Wednesday, 15 February 2017

TUJUH JENIS PAHALA YANG DINIKMATI SELEPAS MATI...



Tiga perkara yang yang biasa kita dengar bahawa apabila seseporang itu meninggal dunia maka terhentilah amalannya melainkan sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Namun Anas r.a. menyatakan bahawa tujuh jenis pahala yang dapat dinikmati selepas seseorang hamba Allah apabila dia meninggalkan dunia iaitu;

* Sesiapa yang mendirikan masjid akan terus mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

* Sesiapa yang mengalirkan air sungai, selagi ada orang yang meminumnya.

* Sesiapa yang menulis mushaf, selagi ada orang yang membacanya.

* Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

* Sesiapa yang bercucuk tanam selagi ada yang memakannya, samada manusia atau binatang.

* Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

* Seseorang yang mengajar al-Quran selagi ada orang mengamalkan ilmunya tanpa berkurang pahala terhadap mereka yang mengamalnya.





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...