Cinta itu membahagiakan. Benar ia diuji,
tetapi ujian dalam bercinta selalunya
seronok untuk dihadapi.
Cinta sejati pasti diuji. Ujian itu sakit dan pahit,
kerana itu ubat dan penawar yang
paling mujarab.
Cintailah Allah untuk mencintai orang lain.
Hanya apabila kita mencintai Allah barulah akan semarak
cinta kita sesama manusia.
Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi
Siapa lagi akan terus kasih dan sudi
mencintai ketika semuanya telah berpaling....
kecuali Allah.
Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati.
Hanya satu cinta akan bertakhta dalam satu jiwa. Apabila
cinta Allah terpnggir, maka terpinggir jugalah
segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh
selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala
kejahatan dan kekejian!
Cinta perlu diperbaharui. Baharuilah cinta itu dengan kata-kata
baik. Jangan bisu dan jangan tuli. Sentiasalah
jadikan lidah menuturkan kata yang baik dan telinga sentiasa
terbuka untuk mendengar.
Kita akan diuji dengan apa yang kita sayangi dan oleh apa
yang selalu kita katakan.
Raihlah cinta Allah daripada telapak tangan hamba-Nya
yang meminta. Penuhilah permintaan hamba-Nya
yang melarat, nescaya cinta Allah semakin mendekat!!
Cinta kerana Allah asasnya iman, tujuannya ibadah,
jalannya mujahadah.
Orang yang cinta kepada seseorang dengan keyakinan
orang yang dicintainya itu dicintai Allah,
tetap akan mendapat kelebihan orang yang mencintai kerana
Allah walaupun andainya orang yang dicintai itu
bukan orang yang mencintai Allah.
Namun berdoalah supaya kita mencintai orang yang
benar-benar mencintai Allah.
Siapa yang paling cinta kepada seseorang, dialah yang paling banyak
memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak kerana ibu
lebih banyak memberi berbanding anak. Dan di atas segala-galanya
Allah jualah yang Maha Penyayang, justeru, pemberian
nikmat-Nya tidak mungkin dapat dihitung.
Cinta itu indah tetapi bukan mudah.
kerana setiap cinta menagih korban, apatah
lagi cinta Allah.
Ramai orang yang mengakui cintakan seseorang, tetapi sebenarnya
mencintai dirinya sendiri. Dia memperalatkan cinta untuk
kepentingan diri.
Hanya cinta Allah dan cinta orang yang mencintai Allah
sahaja yang benar-benar suci tanpa mencari manfaat
tanpa memperalat!
Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah,
sejauh mana dia telah memberi.
Memebri perhatian, kemaafan, doa, pertolongan,
masa dan pengorbanan.
Cinta kita kepada kebenaran mesti mengatasi cinta musuh
kepada kebatilan.
Dan jangan sampai kebencian kita terhadap kemungkaran
menyebabkan hilang rasa kasihan belas kita
kepada pelakunya.
Dengan tusuk rasa kasihan bukan kerana rasuk amuk
kebencian. Bukan dengan kekuatan diri kita
tetapi dengan bantuan Allah.
Sesiapa yang mencintai Allah dia akan mendapat
kelebihan untuk mencintai orang lain.
Dan sesiapa yang mencintai orang lain, maka orang
lain akan mencintainya.
ingat itu.....
Cinta Allah ialah modal kita untuk mencintai manusia.
Justeru iman dan kasih sayang sangat sinonim
hubungannya.
Cinta tidak semestinya bertemu, kerana cinta itu membebaskan,
bukan membelenggu...
Cinta tidak semestinya indah, tetapi diperindahkan oleh orang yang bercinta...
~sumber seraut kata selaut rasa~
~ Pahrol Mohamad Juoi~