Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Friday, 24 February 2017
PELAYARAN MUKMIN
Kekuatan jiwa seorang mukmin itu bergantung kepada pengalamannya seharian. Kesedaran yang menggunung tentang hakikat kejadian diri akan membuat diri seseorang, jelas tentang keberadaannya di dunia fana ini.
Firman Allah S.W.T. " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku" [Al- zariyaat ayat: 56]
Fikrah yang jelas membuat hidup lebih terarah. Sepertimana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah diibaratkan kehidupan kita sebagai hamba Allah di dunia yang fana ini.
Pelayaran kita telah bermula sejak kita dilahirkan lagi. Pelayaran yang perlu dikaut sebanyaknya sebagai bekalan untuk disimpan dan digunakan pada penghujung pelayaran.
Sudah pasti dengan persinggahan yang membuat hati membuat kita terpaut pada yang dinamakan keindahan. Tidaklah salah mencintai keindahan dan kecantikan kerana Allah itu cantik dan Dia suka akan kecantikan. Jadi perlulah berwaspada dengan keindahan yang dijumpai itu, kerana ia bukan milik kekal kita. Yang menjadi pemiliknya ialah Allah S.W.T.
"Kehidupan di dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui." [Al-Ankabut:64]
Carilah sebanyak yang mungkin peluang yang ada, kautlah sebanyak mana yang boleh bekalan kita untuk menuju ke negeri abadi. Tanpa bekalan itu, ternyata sia-sialah hidup manusia itu. Kesempatan yang perlulah digunakan sebaik-baiknya. Jadikan peluang keemasan itu satu reward buat kita semua.
Kata-kata Saidina Umar r.a."Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab" Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan.
Hisablah diri tentang apa yang dibuat sepanjang umurnya, sepanjang hari dan malamnya. Ini kerana di akhirat nanti kita semua akan ditanya tentang waktu kita yang telah dihabiskan. Menjalankan sesuatu pekerjaan perlulah diingatkan dengan ketaqwaan, keikhlasan dan keimanan.
Hiasi ia dengan sifat mahmudah, tawaddu. Renungkan dulu sebelum melakukan sesuatu itu,
bahawa adakah Allah redha buat perkara ini? Betulkah ianya syar'ie? Adakah ia dituntut dalam Islam?
"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui Allah..."[ Al-An'am;59]
Curahkan ilmu dalam segenap hal pada yang tidak mengetahui, jangan menghina pada yang tidak mengetahui, kerana hati sebegitu adalah lebih sakit daripada yang tidak mengetahui. Hiasi sikap dengan kata berhikmah. Jadilah seperti sepohon yang rendang yang berbuah, apabila dibaling batu, diberikan buah sebagai balasan.
Letakkan Allah sebagai tempat mengadu yang paling tinggi. DIA merupakan sebaik-baik tempat mengadu. Usah dibimbang Allah tidak memakbulkan segala doa. Cumanya samada cepat atau lambat.
Firman Allah S.W.T. " Berdoalah nescaya akan AKU kabulkan."
Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila disebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya, apabila dibacakan ayat-ayat Allah, maka makin kuat [iman] dan kepada Allah mereka bertawakal. Kuatkan cinta dan keyakinan kepada-NYA, usah gusar untuk bercinta denganNYA, percaya dan yakinlah, tidak akan siapa yang kecewa dengan cintaNYA. Dan ingatlah kesudahan bagi mukmin itu amat indah, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan nikmat itu. Dunia sebagai penjara bagi mukmin, tapi padaorang kafir sebagai syurga.
Oleh itu rantaikan diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Moga-moga kesudahan yang baik adalah milik kita semua. Aamiin.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga [taman-taman] dan [di dekat] mata air-mata air [yang mengalir] ." [Al-Hijr:45]
Ya Allah letakkan dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami. Sama-sama doakan moga ditetapkan iman. wallahua'alam.
~sumber dari mujahidahserimawar.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...