Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Tuesday, 28 February 2017
MERINDUIMU
Bertahun sudah berlalu
Memori indah jua tetap di jiwa merindu
Ternyata diri ini masih diulit kasihmu
Di sebuah pemergian bernada pilu
Pada ayahanda yang diingati sentiasa
Pergimu bersama kasih-kasih suci selamanya
Senandung doa hadiah buat ayahanda tercinta
Juga menyirami secangkir cahaya di pusara mulia
Selautan kasih dari anak yang merinduimu
Jua dari cinta sejati bunda yang tak pernah layu
Duduk berteleku pada satu keheningan syahdu
Memohon ketenangan pada Yang Satu
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta dan disayangi
Semoga roh mu tenang di sisi-Nya....
Monday, 27 February 2017
RINDU
Kata Pujangga ' Rindu itu amat menyakitkan'
Benar sekali.
Entah kenapa kebelangan ini, saya amat rindukan
hari-hari yang telah berlalu.
Kerinduan yang menyebabkan jadi sebak.
Jiwa sakit merindui hari-hari itu.
Kadang-kadang ada air mata yang menitis keluar.
Rindu yang keluar dari kenangan itu
kadang-kadang amat menekan jiwa.
Hari-hari yang berlalu mencetuskan kenangan di situ,
kenangan yang tersendiri.
Ada rasa rindu di situ dan sentiasa
membasahkan perasaan. Saya tahu menangisi kesedihan
yang berlalu adalah sesuatu yang sia-sia. Hari-hari yang
berlalu tak akan mungkin berulang kembali lagi.
Semuanya telah tersimpan menjadi kisah dan sejarah
yang telah dismpan di dalam lipatan memori...
dan seandainya kita bertanyakan adakah kita bahagia
pada kehidupan yang lalu berbanding hari ini?
Tentu kita ada seribu sebab untuk berkata demikian.
Sesungguhnya semalam telah pun berlalu, hari ini
untuk kita mencorakkan bahagia ataupun derita dan esok pun
belum tentu milik kita atau pun kepunyaan kita.
Mungkin telah tersurat tidak sempat untuk kita menikmati
matahari pagi....
Kehidupan ini harus terus dihadapi...ia satu pusingan perubahan yang
tiada hentinya. Dan hidup sebenar ialah hari ini.
Inilah realitinya. Namun segala kenangan yang mengetuk di jiwa
selepas perjalanan masa tetap akan mematangkan
fikiran dan diri. Nostalgia itulah yang mengajar erti kehidupan
ukhuwah, cinta dan kasih sayang..
~Al Fatihah buat arwah Papa tersayang....
CETUSAN RASA
Cuba kau memandang dalam diri sendiri
Cuba kau renungi sekitar hidup ini
Cuba perhatikan perwatakan manusia
Pasti kau mendapati tiap satu berbeza
Akan pasti kau akui
Keagungan Maha Esa
Cuba kau bertanya dari mana asal kita
Cuba menjawabnya dengan fikiran terbuka
Cuba kau bandingkan nasib tiap manusia
Pasti engkau mendapati tiap satu berbeza
Akan pasti kau temui
Berbagai-bagai cerita
Langkahmu langkahku mungkin tak sehaluan
Caramu caraku tiada persamaan
Nyanyimu nyanyiku nadanya berlainan
Mimpimu mimpiku warnanya bertentangan
Satu perkara yang tak berbeza
Kau dan aku serupa disisi Maha Esa....
~ nukilan AF ~
Friday, 24 February 2017
PELAYARAN MUKMIN
Kekuatan jiwa seorang mukmin itu bergantung kepada pengalamannya seharian. Kesedaran yang menggunung tentang hakikat kejadian diri akan membuat diri seseorang, jelas tentang keberadaannya di dunia fana ini.
Firman Allah S.W.T. " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku" [Al- zariyaat ayat: 56]
Fikrah yang jelas membuat hidup lebih terarah. Sepertimana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah diibaratkan kehidupan kita sebagai hamba Allah di dunia yang fana ini.
Pelayaran kita telah bermula sejak kita dilahirkan lagi. Pelayaran yang perlu dikaut sebanyaknya sebagai bekalan untuk disimpan dan digunakan pada penghujung pelayaran.
Sudah pasti dengan persinggahan yang membuat hati membuat kita terpaut pada yang dinamakan keindahan. Tidaklah salah mencintai keindahan dan kecantikan kerana Allah itu cantik dan Dia suka akan kecantikan. Jadi perlulah berwaspada dengan keindahan yang dijumpai itu, kerana ia bukan milik kekal kita. Yang menjadi pemiliknya ialah Allah S.W.T.
"Kehidupan di dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui." [Al-Ankabut:64]
Carilah sebanyak yang mungkin peluang yang ada, kautlah sebanyak mana yang boleh bekalan kita untuk menuju ke negeri abadi. Tanpa bekalan itu, ternyata sia-sialah hidup manusia itu. Kesempatan yang perlulah digunakan sebaik-baiknya. Jadikan peluang keemasan itu satu reward buat kita semua.
Kata-kata Saidina Umar r.a."Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab" Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan.
Hisablah diri tentang apa yang dibuat sepanjang umurnya, sepanjang hari dan malamnya. Ini kerana di akhirat nanti kita semua akan ditanya tentang waktu kita yang telah dihabiskan. Menjalankan sesuatu pekerjaan perlulah diingatkan dengan ketaqwaan, keikhlasan dan keimanan.
Hiasi ia dengan sifat mahmudah, tawaddu. Renungkan dulu sebelum melakukan sesuatu itu,
bahawa adakah Allah redha buat perkara ini? Betulkah ianya syar'ie? Adakah ia dituntut dalam Islam?
"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui Allah..."[ Al-An'am;59]
Curahkan ilmu dalam segenap hal pada yang tidak mengetahui, jangan menghina pada yang tidak mengetahui, kerana hati sebegitu adalah lebih sakit daripada yang tidak mengetahui. Hiasi sikap dengan kata berhikmah. Jadilah seperti sepohon yang rendang yang berbuah, apabila dibaling batu, diberikan buah sebagai balasan.
Letakkan Allah sebagai tempat mengadu yang paling tinggi. DIA merupakan sebaik-baik tempat mengadu. Usah dibimbang Allah tidak memakbulkan segala doa. Cumanya samada cepat atau lambat.
Firman Allah S.W.T. " Berdoalah nescaya akan AKU kabulkan."
Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila disebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya, apabila dibacakan ayat-ayat Allah, maka makin kuat [iman] dan kepada Allah mereka bertawakal. Kuatkan cinta dan keyakinan kepada-NYA, usah gusar untuk bercinta denganNYA, percaya dan yakinlah, tidak akan siapa yang kecewa dengan cintaNYA. Dan ingatlah kesudahan bagi mukmin itu amat indah, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan nikmat itu. Dunia sebagai penjara bagi mukmin, tapi padaorang kafir sebagai syurga.
Oleh itu rantaikan diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Moga-moga kesudahan yang baik adalah milik kita semua. Aamiin.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga [taman-taman] dan [di dekat] mata air-mata air [yang mengalir] ." [Al-Hijr:45]
Ya Allah letakkan dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami. Sama-sama doakan moga ditetapkan iman. wallahua'alam.
~sumber dari mujahidahserimawar.
REHATKAN MINDA
Hati-hatilah terhadap prasangka. Sesungguhnya prasangka adalah pembicaraan paling dusta.
[HR Bukhari]
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda, sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.
Janganlah pandang pada siapa yang bercakap, tapi dengarkanlah apa yang dikatakannya.
Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
[Saidina Ali]
Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara. Sedang diam itu juga memberi manfaat pada sesetengah ketika.
Peliharalah (perintah dan larangan) Allah, nescaya kamu akan selalu merasakan kehadiran-Nya.
[HR Tirmidzi]
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga- Al-Baqarah 2:25.
Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian dan tetap diam bila tertimpa fitnah.
Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik.
[HR Abu Dawud]
Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.
Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita juga kena telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
Tak ada sesuatu yang ditelan seorang hamba yang lebih afdal disisi Allah daripada menelan (menahan) amarah yang ditelannya kerana keredhaan Allah.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat bagi orang yang membacanya.
Bila kamu berdoa memohon sesuatu kepada Allah maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahawa doamu akan terkabul.
[HR Ahmad]
Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikirkan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.
Usia tidak akan mengampunkan segala dosa yang kita lakukan, mintalah keampunan dengan bertaubat.
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.
Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan itu benihnya kepintaran, kepintaran itu jawabnya kecemerlangan.
Penantian itu satu penyeksaan, tepatilah masa apabila mempunyai temu janji, agar mereka tidak terseksa.
Senyum itu manis. Salam itu mudah. Tetap mengapa menyoal perkara yang mudah dilakukan menjadi payah. Sedangkan senyum dan salam adalah pembuka jalan menjalinkan ukhuwah.
Thursday, 23 February 2017
AKU INGIN MENJADI...
seperti Siti Hawa.
tidak pernah menyerah keliling dunia untuk dipertemukan dengan Adam-nya.
seperti Siti Hajar.
tidak pernah lelah berjalan Shofa dan Marwah untuk menemukan banyu demi Ismail-nya.
seperti Siti Khadijah.
cerdas dan kaya. supaya bersama suami-nya bisa berbagi untuk sesama.
seperti Aisyah.
menunggu sampai tertidur di depan pintu saat kesayangannya belum pulang.
seperti Fathimah.
begitu menjaga diri sehingga Allah memberikannya seseorang yang begitu menjaga hatinya.
seperti Ibu.
yang meneladani Siti Hawa, Siti Hajar, Siti Khadijah, Aisyah dan Fathimah.
yang menjadi teladan untuk kami, anak-anaknya.
aku ingin jadi yang terbaik.
tidak hanya yang terbaik dari diriku sendiri.
tetapi juga yang terbaik dari yang mungkin kau dapatkan.
yang bisa kau bayangkan.
aku ingin menjadi hadiah untukmu.
seindah pelangi.
~sumber.
Wednesday, 22 February 2017
PERTEMUAN
Tanpa pertemuan maka tidak wujud perpisahan
Perpisahan juga akan membuka peluang untuk pertemuan yang lain.
Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan
Tetapi perpisahan tidaklah membenarkan terputusnya persahabatan.
Setiap pertemuan akan menorehkan kenangan dalam hidup
Tetapi setiap perpisahan tidaklah semestinya menghapus kenangan itu.
Kadang-kadang pertemuan yang sebentar lebih memberi
kesan yang lebih daripada pertemuan yang tidak berhujung.
Namun perpisahan dalam waktu yang singkat akan
menorehkan rasa rindu yang berpanjangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? Kerana hari ini
Aku akan naungi mereka dengan naugan-Ku pada hari yang tiada naugan lagi
selain naugan-Ku"
[ Riwayat Muslim ]
Ya Allah kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu,
Kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari
redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu.
Aamiin ya Rabbal'alamin....
~ sumber perjalanan yang singkat.
WASIAT
Jika hendak hidup beriman
Serta mulia di sisi Tuhan
Marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman.
Wajiblah kita menjaga diri
Cabaran hidup banyak sekali
Janganlah kita lupakan diri
Hidup ini menuju mati.
Bila melihat mungkar yang nyata
Maka janganlah hanya mengata
Tapi bangkitlah menabur jasa
Membimbing umat menjadi pelita.
Umat Islam perlu didakwah
Nasihat baik serta berhikmah
Dengan semangat ukhuwah
Hubungan kita tambah meriah.
[ Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki ]
LUAHAN RASA
Dalam hidup seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita
mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah
supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi dengan hanya memberi kemaafan sahajalah kita akan mengubati hati yang telah terluka.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Jadilah dirimu bagai pohon rendang di mana insan dapat berteduh, jangan seperti pohon kering tempat Sang Pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api....
sumber- perjalanan yang singkat.
PASRAH
Ada hal-hal yang di luar kuasa kita, ia adalah takdir. Seperti tentang siapa jodoh kita, yang mana rezeki kita atau bila kita akan meninggal menghadap-Nya.
Dalam kehidupan kita pasti akan dihadapkan pada persoalan takdir kita yang dengan indah sudah dalam skenario-Nya. Entah episod takdir itu menyenangkan untuk kita ataupun menyedihkan untuk kita, kita tidak bisa menolaknya.
Kita boleh jadi menerka-nerka takdir yang indah, tak ada salahnya. Namun yang harus kita yakini bahawa ujian kehidupan atu akan ada, dan akan selalu ada. Entah dalam suka entah dalam duka.
Dan jika ujian untuk takdir kita setidak bahagia episod yang kita inginkan. Bersabarlah sebab, sungguh Allah s.w.t. senang bersama orang=orang yang sabar.
Dan berdoalah semoga kesulitan ujian yang tengah, sedang dan yang telah kita hadapi menjadi penggugur dosa kita.
Tidak ada satu pun musibah (cubaan) yang menimpa seorang mukmin , walaupun berupa duri, melainkan dengannya Allah akan mencatat untuknya satu kebaikan atau menghapus satu kesalahannya. (HR Muslim)
Dan marilah kita memohon perlindungan-Nya saja, agar kita dikuatkan, agar kita dimudahkan, agar kita disabarkan. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari berikut:
Mintalah perlindungan kepada Allah dari cubaan yang menyulitkan, kesengsaraan yang menderitakan, takdir yang buruk dan cacian musuh. (HR Bukhari)
Bismillah, semoga apa-apa yang hilang dari kita menjadi tabungan kita di akhirat. Sebab sungguh semua yang kita miliki hanya titipan-Nya.
Tetaplah berhusnudzan sama Allah s,w,t. Pasrahkan kepada-Nya segala takdir yang terjadi dalam kehidupan kita. Jagalah harapan-harapan baik kita, semoga harapan-harapan baik dan doa-doa kita di Aamiin kan juga oleh semesta.
~fikratus sofa muzakkiya.
KE PINTU BAHAGIA
Bertimbun moral yang dapat kita ambil dari kisah drama ini...ke Pintu Bahagia..
~ Sang suami berselingkoh sebenar sedar akan perbuatannya tersebut merobek kebahagiaan rumah tangganya dan isterinya tetapi dia tetap berselingkoh. Pendek kata dia buat dalam sedar. Pelikkan?
~ Sang suami menyesal setelah berselingkoh, seringkali mereka berpendapat perempuan baru bukanlah seindah dan boleh diharap seperti kehidupan dengan isterinya dulu....Pulak dah...Pelikkan?
~ Carilah orang gaji yang tua atau monopouse.....kalau tak suami kita akan suka balik ke rumah bila kita tiada. Atau mereka balik awal...haaaa.
~ Sebaik-baiknya selidiki dulu nurseri yang kita nak hantar anak kita tersebut....ada lesen ker tak?
~ Memang banyak lelaki yang tak guna, tetapi bukan semua. Ada juga yang baik dan setia....tapi mungkin baik dan setia sebab takada peluang/ kesempatan...haaa (yea ker...? jangan marah)
~ Walaupun isteri cantik, putih, kurus ada juga lelaki yang cari lain. Dan yang dicari itu pulak bukanlah cantik macam isteri dia pun...Pelikkan?
~ Cinta tak selalunya bahagia, ada kalanya suka dan duka.....Rumahtangga tak selalu berjaya, adakalanya hancur dan lebur...
~ sumber dari Sukiman Ishak.
Tuesday, 21 February 2017
CINTA YANG MEMBANGKITKAN JIWA...
Dari Ibnu Qayyim rahimahullah dalam kitab ad Da wa ad-Dawa....
Cinta membangkitkan jiwa dan menata perilaku. Mengungkapkannya
adalah satu kewajaran dan memendamnya menjadi beban.
Lalu beliau berkata:
Mereka berucap: Kita tidak memungkiri kerosakan cinta jika terpalit
di sana perbuatan tercela kepada sesama makhluk.
Yang kita dambakan adalah cinta suci dari seorang laki-laki idaman
yang selalu komitmen kepada agama, kehormatan dan akhlak.
Jangan sampai cinta itu menjadi jurang pemisah antara manusia dengan
Khaliq-Nya dan penyebab antara pencinta dengan yang
dicintainya jatuh ke dalam perbuatan nista......
Monday, 20 February 2017
CINTA
Cinta itu membahagiakan. Benar ia diuji,
tetapi ujian dalam bercinta selalunya
seronok untuk dihadapi.
Cinta sejati pasti diuji. Ujian itu sakit dan pahit,
kerana itu ubat dan penawar yang
paling mujarab.
Cintailah Allah untuk mencintai orang lain.
Hanya apabila kita mencintai Allah barulah akan semarak
cinta kita sesama manusia.
Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi
Siapa lagi akan terus kasih dan sudi
mencintai ketika semuanya telah berpaling....
kecuali Allah.
Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati.
Hanya satu cinta akan bertakhta dalam satu jiwa. Apabila
cinta Allah terpnggir, maka terpinggir jugalah
segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh
selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala
kejahatan dan kekejian!
Cinta perlu diperbaharui. Baharuilah cinta itu dengan kata-kata
baik. Jangan bisu dan jangan tuli. Sentiasalah
jadikan lidah menuturkan kata yang baik dan telinga sentiasa
terbuka untuk mendengar.
Kita akan diuji dengan apa yang kita sayangi dan oleh apa
yang selalu kita katakan.
Raihlah cinta Allah daripada telapak tangan hamba-Nya
yang meminta. Penuhilah permintaan hamba-Nya
yang melarat, nescaya cinta Allah semakin mendekat!!
Cinta kerana Allah asasnya iman, tujuannya ibadah,
jalannya mujahadah.
Orang yang cinta kepada seseorang dengan keyakinan
orang yang dicintainya itu dicintai Allah,
tetap akan mendapat kelebihan orang yang mencintai kerana
Allah walaupun andainya orang yang dicintai itu
bukan orang yang mencintai Allah.
Namun berdoalah supaya kita mencintai orang yang
benar-benar mencintai Allah.
Siapa yang paling cinta kepada seseorang, dialah yang paling banyak
memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak kerana ibu
lebih banyak memberi berbanding anak. Dan di atas segala-galanya
Allah jualah yang Maha Penyayang, justeru, pemberian
nikmat-Nya tidak mungkin dapat dihitung.
Cinta itu indah tetapi bukan mudah.
kerana setiap cinta menagih korban, apatah
lagi cinta Allah.
Ramai orang yang mengakui cintakan seseorang, tetapi sebenarnya
mencintai dirinya sendiri. Dia memperalatkan cinta untuk
kepentingan diri.
Hanya cinta Allah dan cinta orang yang mencintai Allah
sahaja yang benar-benar suci tanpa mencari manfaat
tanpa memperalat!
Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah,
sejauh mana dia telah memberi.
Memebri perhatian, kemaafan, doa, pertolongan,
masa dan pengorbanan.
Cinta kita kepada kebenaran mesti mengatasi cinta musuh
kepada kebatilan.
Dan jangan sampai kebencian kita terhadap kemungkaran
menyebabkan hilang rasa kasihan belas kita
kepada pelakunya.
Dengan tusuk rasa kasihan bukan kerana rasuk amuk
kebencian. Bukan dengan kekuatan diri kita
tetapi dengan bantuan Allah.
Sesiapa yang mencintai Allah dia akan mendapat
kelebihan untuk mencintai orang lain.
Dan sesiapa yang mencintai orang lain, maka orang
lain akan mencintainya.
ingat itu.....
Cinta Allah ialah modal kita untuk mencintai manusia.
Justeru iman dan kasih sayang sangat sinonim
hubungannya.
Cinta tidak semestinya bertemu, kerana cinta itu membebaskan,
bukan membelenggu...
Cinta tidak semestinya indah, tetapi diperindahkan oleh orang yang bercinta...
~sumber seraut kata selaut rasa~
~ Pahrol Mohamad Juoi~
Thursday, 16 February 2017
BILA HATI MENGADAP TUHAN...
Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam...
Melakukan amal ibadah, amal soleh
dan seluruh perbuatan baik secara
terus menerus
setahap demi setahap
ibarat membangun benteng diri yang kukuh.
Mengurus batu bata satu persatu
secara terus menerus akhirnya berdirilah
sebuah bangunan yang megah.
Inilah amal yang dicintai Allah,
yakni melakukan kebaikan dan ibadah
tanpa henti meskipun
hanya sedikit.
Beramal sedikit demi sedikit tetapi
terus menerus juga ibarat;
* menanam benih pohon
* memberinya baja
* menyiraminya dengan air
Pohon itu adalah jiwa kita sendiri.
Baja dan air adalah amal-amal ibadah dan keimanan.
Sedikit dalam beramal yang dilakukan terus menerus
juga sama dengan memupuk dan menyiram pohon iman
sehingga ia akan tetap tumbuh segar dan tidak layu.
Akar pasti mencengkam kukuh tanpa goyah.
Sebegitulah dikiaskan sebagai
ketetapan iman dalam diri.
Hasilnya,
jiwa terus terangkat menuju darjat yang lebih baik
serta menjejaki tangga-tangga
ke arah kesempurnaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...
-
Kita selalu dinasihati supaya bersabar, tetapi jarang ditekankan tentang keperluan menepati waktu. Jika sabar itu nilai murni. B...