Penyakit manusia itu adalah selalu berusaha mengapai yang jauh tanpa menyedari bahawa di dekatnya ada yang mungkin jauh lebih baik. Tapi , yea bagaimana lagi.
Perasaan itu bukan soal jauh atau dekat, tapi soal memilih untuk membuka hati atau menutupnya rapat-rapat.
Biasanya jalan keluar itu kuncinya satu: Berserah
Sebab tidak ada yang mengalahkan indahnya kerelaan dan keikhlasan kerana Allah.
Uwais Al-Qarni yang berasal dari Yaman, hidup sezaman dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak pernah bertemu dengan Nabi s.a.w.
Namanya mungkin tidak dikenali di dunia tetapi begitu popular di akhirat.
Sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada para sahabat, sekiranya dapat bertemu dengan Uwais, maka mintalah beliau mendoakan untuk mereka, kerana doanya makbul.
Saidina Umar al-Khattab sendiri, seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat hebat, pernah meminta Uwais mendoakan untuk dirinya. Bukan calang-calang orang Uwais ini. Sehinggakan sahabat yang hebat seperti Umar pun merendahkan dirinya meminta Uwais berdoa untuknya.
Itu Uwais al-Qarni. Mungkin tidak begitu glamour di dunia tetapi sangat glamour di kalangan penduduk langit.
Kita lihat pula seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Bilal bin Rabah. Seorang hamba yang hitam, tidak punya apa-apa di dunia, tidak punya pangkat dan kedudukan, tidak punya harta, tapi namanya dijunjung sampai ke langit.
Modalnya hanyalah keimanan dan suaranya.
Pernah sekali malaikat turun bertanya kepada Nabi s.a.w., "Apakah tidak ada solat subuh pada hari ini?" Rupanya, tempat Bilal pada hari itu diganti oleh muazzin lain. Bukanlah kerana suara Bilal lebih sedap, cuma mungkin keikhlasan Bilal itu menyebabkan suaranya itu didengari sampai ke langit.
Dan bila digantikan dengan orang lain, suaranya pula tidak didengari oleh para penduduk langit.
Lihatlah mereka itu,Tidak begitu dikenali mereka itu di dunia, tetapi begitu terkenal sekali langit sana.
Jangan risau jika kita bukan orang yang femes. Tidak penting dikenali di dunia jika tidak ada manfaat untuk Islam. Yang penting terkenal di akhirat kelak. Femes di dunia hanya 60 tahun saja lamanya. Femes di akhirat akan femes selama-lamanya.
Tidak semua yang kita alami harus difahami segera. Tidak semua yang kita lewati harus ada penjelasannya.
Penjelasan itu boleh jadi sudah datang lebih dahulu sebelum kejadian. Juga bisa jadi " amat terlambat". Tidak merugi orang yang bersabar.
Diantara mencintai dan dicintai, kau lebih memilih yang mana? Jika tidak keberatan, luangkanlah waktumu untuk memikirkan hati seseorang yang mencintai kita.
Kau akan tahu bagaimana sakitnya ia tentang hati yang tak kau anggap itu. Risiko dalam mencinta adalah sakit, risiko dalam dicinta adalah membuat orang sakit.
Dan risiko dalam saling mencintai adalah saling kehilangan....