Wednesday, 5 April 2017

SEKADAR PERINGATAN


*  Kita akan jadi berdasarkan apa yang kita makan (you are what you eat ).

*  Pemakanan boleh mempengaruhi iman dan ibadat seseorang.

*  Sekiranya tidak khusyuk solat, semaklah pemakanan dan sumber pemakanan.

*  Sekiranya anak nakal, jangan menyalahkan mereka semata-mata, sebaliknya telitilah makanan dan sumber rezeki yang macam manakah yang ibu bapa berikan kepada mereka.

*  Makanan yang berkat akan mendekatkan kita kepada Allah.

*  Syariat tidak mendatangkan keimanan, sekiranya makanan yang kita makan itu hasil daripada sumber yang syubhah atau haram.

*  Pemakanan berkait rapat dengan pembersihan hati dan menjauhkan kita daripada api neraka.

*  Mereka yang menjaga pemakanan lebih mudah menerima ilmu seperti menghafaz al-Quran, mempunyai akhlak terpuji dan sebagainya.





Makanan menentukan sama ada  hati 'hidup' atau 'mati'.


Makanan yang diambil menentukan  sama ada 'hidup' atau 'mati' hati seseorang, walaupun ia halal daripada segi syarak.
Sebagai contoh, makanan ringan mungkin diklasifikasikan sebagai halal, tentu belum tentu mendatangkan kebaikan kerana kandungannya boleh memudaratkan kesihatan.

Dalam mencari yang halal kita selalu terlepas pandang aspek baik (toyyib). Ada diantara kita hanya memandang pada khasiat dan manfaat dari sudut kesihatan, sedangkan makanan tersebut tidak diketahui kehalalannya.  Mungkin sumbernya halal, tetapi bagaimana cara mendapatkan dan proses penghasilannya.

Adakah bersih, suci dan bebas daripada sebarang kekotoran yang memudaratkan? Misalnya, ayam dibeli di pasar. Mungkin secara zahir ayam itu telah disembelih. Apabila diteliti  dengan terperinci
proses selepas penyembelihan sehingga ayam tersebut sampai kepada pengguna.

Adakah ayam itu mati kerana sembelih atau mati terhimpit? Bagaimana pula proses mencabut bulu? Adakah air yang digunakan bersih atau tercemar? Semua ini mempengaruhi status ayam tersebut, sama ada halal atau haram untuk dimakan.






Konsep syarak, warak, diet Nabi dan halalan toyyiban.


Makan juga dikaitkan dengan IMAN dan AMALAN SOLEH yang menerbitkan Takwa.


Kalau kita hanya memilih makanan yang halal dalam konteks syarak sahaja, kita hanya melepasi syariat, tetapi yang memberi kesan kepada hati ialah warak (iman). Mereka yang menjaga iman, ialah mereka yang sentiasa menjaga pemakanan dan sumber pemakanan.

Ini kerana iman dan takwa dua perkara yang saling berkait. Contohnya seseorang yang menunaikan solat, tanpa perasaan dan ibadat itu tidak meresap ke dalam hati, ia hanya sekadar melepaskan tanggung jawab sebagai seorang muslim. Sedangkan ibadah yang sempurna akan mempengaruhi peribadi seseorang.

Andai tidak dijaga, hati akan dikuasai oleh nafsu dan menjadi sarang syaitan. Seperti dijelaskan dalam firman Allah s.w.t. , surah al-Baqarah: 168, "Wahai manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan...."

"Dalam pada itu,turut ditekankan juga ialah konsep diet Nabi. Ia bukan hanya apa yang Nabi makan seperti kurma, madu, delima, makan dengan tiga jari dan lain-lain.
Sebaliknya, kita melihat konsep pemakanan Nabi dalam konteks spiritual. Kalau kita ikut konsep pemakanan yang betul, kita tidak akan dijangkiti penyakit berbahaya seperti yang dihadapi oleh ramai orang pada hari ini.

Ini kerana Nabi dan para sahabat amat mementingkan konsep dan sumber makanan, bukan sahaja halal daripada segi syarak sahaja, bahkan daripada aspek spiritual seperti yang dijelaskan di atas.
Baginda dan sahabat meninggal dunia disebabkan penyakit biasa seperti demam atau syahid di medan perang, bukannya sebab lain seperti yang berlaku pada hari ini,"



~ sumber majalah iman.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...