Thursday, 6 April 2017

BICARA KATA PAHROL MOHAMAD JUOI



Maafkanlah kesalahan orang lain jika kita inginkan keampunan Allah. Dan  mohonlah kemaafan atas kesalahan kita kepada orang lain agar Allah mudahkan jalan taubat kita kepada-Nya.
Selagi bernama manusia, selagi itulah kita akan terus melakukan kesalahan...


Terasa begitu banyak perkataan yang kita hamburkan pada masa lalu telah menimbulkan penyesalan buat diri kita hari ini...
Dan di akhirat nanti pasti akan lebih banyak penyesalan akibat kata-kata yang kita luahkan ketika hidup di dunia ini....




Ada syurga di sini sebagai petanda syurga di sana. Syurga dalam bentuk ketenangan hati. Hati yang mendapat makanannya- iman. Hati yang menerima rawatannya - zikrullah.

Itulah kekayaan yang hakiki, Bila diuji dengan nikmat, syukur. Bila diuji dengan musibah, sabar. Jika dapat sedikit masih mencukupi. Bila dapat banyak mampu memberi.



Mohon petunjuk dari Allah istikharahlah.
Minta pandangan dari orang yang soleh, istisyarahlah.
Libatkan Allah dan orang- orang soleh dalam hidupmu.



Ironinya mungkin dosa kerana mengumpat, mengutuk dan melaknat orang yang berdosa itu lebih banyak dan lebih berat daripada dosa pendosa  itu sendiri.





Ubati hatimu yang letih dengan istighfar dan taubat.
Tanda hati letih bila ada rasa bosan, malas, jemu, kosong, lalai dan mudah kecewa.
Hati itu sudah penat dalam mujahadah yang selalu kalah tetapi tetap tidak mengalah.
Hati yang apabila melakukan ketaatan tidak ada kenikmatan dan apabila melakukan kemaksiatan selalu diburu keresahan.
Bila hati letih itu petanda hatimu digamit oleh Allah untuk kembali kepada al-Quran.


Baik tidak semestinya dibalas baik. Inilah dunia. Sebab itu Allah ciptakan akhirat agar manusia terus melakukan kebaikan meskipun tidak mendapat balasan.
Kerana pembalasan yang lebih baik dan kekal hanya di akhirat. Dan itulah ajaibnya iman.


Yang paling malang dalam hidup ini bukanlah tidak disayangi tetapi apabila kita gagal menyayangi....






Musibah akan menyerlahkan warna kita yang sebenar. Kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kejian dan perpisahan akan mengeluarkan isi hati dan sikap yang selama ini kita sembunyikan.
Musibah akan mengoyak topeng seluruh dan sepenuh sikap kepura-puraan dan lakonan kita.
Dan musibah paling getir ialah detik berdepan dengan sakaratul maut...pada masa itulah hakikat diri akan tersingkap namun kita tidak punya kesempatan lagi untuk memperbaiki diri.

Justeru wahai diri, berubahlah ketika musibah demi musibah datang dalam hidupmu. Seriuslah dengan solat, al-Quran, zikir, selawat dan sedekah....sementara masa dan nyawa masih ada.
Sebelum datang sakaratul maut yang melenyapkan segala-galanya. Dan kau akan bertemu Tuhan dengan kesedaran bahawa hati dan dirimu masih kotor dan hina.





Pembodek tidak ada kepak untuk naik. Apabila hilang ranting tempatnya bertenggek...dia akan jatuh tergolek.
Penulis sejati menulis kerana perinsip. Dia umpama akar tegar yang mencengkam padu. Penulis palsu menulis kerana mengampu. Dia umpama belon terapung tanpa hala tuju..



Keikhlasan adalah penawar keletihan dalam melakukan kebaikan. Wahai diri jika kau merasa terlalu keletihan dalam melakukan kebaikan maka teliti kembali hatimu.


Dunia akan kelihatan semakin kecil dari jendela hati yang sudah semakin dekat dengan Allah. 
Yang menghalang kebesaran Allah masuk ke dalam hati adalah kebesaran dunia yang sudah bertapak di dalamnya.
Hati yang cinta dunia tidak akan dapat merasai kebesaran Allah.




Ketika aku mengejar dunia, kematian sedang mengejarku. Hati ini masih tidak mampu mengucapkan, "Selamat tinggal dunia ku....Selamat datang kematian ku."


Kekadang kau minta kekayaan tetapi Allah berikan kecukupan kerana Allah lebih menyayangi dirimu berbanding dirimu sendiri.
Sedarlah kecukupan itulah kekayaan sejati. Ingatlah wahai diri, orang yang taat dikurniakan rezeki yang cukup. Manakala ahli maksiat dikurniakan rezeki yang tidak cukup-cukup.


Diberi hidayah untuk berdoa itu lebih bernilai berbanding makbulnya doa.
Namun masakan Allah tidak makbulkan doa hamba-Nya apabila Allah sendiri yang memberi hidayah buat si hamba untuk berdoa. Maka berdoalah supaya dikurniakan hati yang terus mampu berdoa.







Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...