Sunday, 9 April 2017

BERSANGKA BAIK




Masih ada yang sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain, cuai, menghukum orang lain tanpa usul periksa dan memandang serong terhadap orang lain melalui sudut pandangan kita sahaja.

Sering saja kita menyalahkan orang lain dan jarang sekali kita menyalahkan diri sendiri apabila berlaku sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan kita. Yang menjadi masalahnya ialah, orang lain yang selalu kita salahkan sebenarnya tidak bersalah, tetapi sikap berburuk sangka sering menyebabkan orang yang tidak bersalah seolah-olah berdosa dan perlu disingkirkan.

Sikap buruk sangka terhadap sesama Mukmin adalah haram kerana ia akan menyebabkan berlakunya fitnah. Apabila sikap prasangka wujud dalam sesebuah masyarakat atau organisasi, maka masyarakat atau organnisasi akan menjadi lemah kerana prasangka akan mencetuskan perasaan saling tidak percaya, saling ragu meragui, benci membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan diantara satu sama lain.

Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-Hujurat:12 )


Sikap teliti dan tidak cepat menghukum orang lain perlu diamalkan agar diri terhindar daripada dosa-dosa lain seperti memfitnah, mengumpat dan suka mencari kesalahan orang lain.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...