Thursday, 28 July 2016

AMALAN SEHARIAN INDIVIDU MUSLIM

                         
         

"Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (Al-Asr:1-3)



AMALAN PADA WAKTU PAGI

Bangun awal pagi. 

Awal pagi merupakan waktu penting untuk menentukan perjalanan hidup kita seharian. Mood pagi yang ceria dan gembira akan menghasilkan hari yang indah untuk kita dan orang lain. Setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah s.w.t. kerana telah diberikan nikmat kehidupan.


Segera sucikan diri.

Ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajud. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari  akhirat di tempat yang terpuji." (Al-Israk:79)




Banyakkan berdoa.

Waktu awal pagi adalah antara waktu mustajab untuk berdoa. Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?" Baginda bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat Fardu." (HR at-Tirmizi)



Solat subuh berjemaah.

Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barang siapa yang solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah." (HR Imam MUslim)


Berzikir.

Selepas solat subuh, sentasalah amalkan zikir (tasbih, tahmid dan takbir) serta berselawat dan beristigfar. Zikir sangat penting untuk melindungi diri daripada fitnah dajal.


Amalkan membaca al-Ma'thurat.

Al-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w.. Wirid, doa,zikir dan istighfar dalam al-Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa, mendidik hati agar sentiasa merindui IIahi dan memberi kelapangan hidup serta kesihatan jasmani.


Amalkan solat sunat Dhuha.

Daripada Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Frman Allah dalam hadis kudsi maksudnya: "Hai anak Adam. solatlah kerana-Ku dua rakaat duha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani dalam Al-Kabir)


Amalan Pada Waktu Tengahari Dan Petang.

Amalan tidur sebentar di waktu selepas atau sebelum Zuhur (qailullah) merupakan amalan sunah, sesiapa yang mengamalkannya dengan niat mencontohi Rasulullah s.a.w. maka dapat ganjaran pahala. Waktu tengahari merupakan masa paling sesuai untuk tidur seketika (15-20 minit) kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Selain dari itu kajian membuktikan bahawa mereka yang tidur sebentar di waktu tengahari mempunyai daya ingatan dan kebolehan menyerap ilmu dengan lebih baik daripada mereka yang tidak tidur atau rehat sebentar ketika tengahari.


Solat Zuhur dan Asar berjemaah.

Daripada Ibnu Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Membaca al-Quran dan Zikir.

Amalkan membaca al-Quran pada setiap hari sekurang-kurangnya 10 ayat. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati.


Amalan pada waktu malam.

Solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Sebelum menjelangnya waktu Maghrib, pastikan setiap ahli keluarga berada di dalam rumah. Selesai solat Maghrib berjemaah, lakukan solat sunat Auwabin, kemudian bacalah al-Quran semetara menunggu solat Isyak.
Pada waktu Maghrib dan Isyak adalah waktu yang paling sesuai untu menghafal al-Quran.


Membaca surah-surah al-Quran.

Selesai solat Isyak berjemaah, digalakkan membaca surah al-Mulk agar terpelihara daripada azab kubur. Nabi s.a.w. tidak akan tidur selagi tidak membaca surah al-Mulk dan surah as-Sajadah.


Muhasabah Diri.

Setiap malam apabila hendak tidur, ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat dan bacalah ayat-ayat tiga Qul. Muhasabah diri dan pohonlah keampunanmu kepada Allah s.w.t. di atas dosa-dosa yang dilakukan dan nyatakan kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang dikurniakan. Sebelum tidur fikirkan dan renungkanlah (muqarabah) mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.
Muqarabah adalah perlu untuk membentuk sifat taqwa. Selepas itu tidur lah dengan cara yang beradab dan pastikan kaki tidak di hala  ke arah kiblat.



Mari kita semua cuba mengamalkan amalan mudah ini setiap hari. Amalan yang berterusan akan membentuk taubat. In shaa Allah tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir hayat kita.
Daripada Aisyah.r.a.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksudnya "Amalan yang paling disukai disisi Allah ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan. sekalipun sedikit." (HR Muslim)


Muhasabah dirii dan pohonlah keampunanmu kepada Allah s.w.t diatas dosa-dosa yang dilakukan
dan nyatakan kesyukuran kepada Allah s.w.t. diatas segala nikmat yang dikuniakan







        

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...