Sunday, 17 July 2016

WANITA ACUAN AL QURAN




Wanita acuan al-quran ialah seorang wanita yang beriman 
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah Swt 
Yang sentiasa haus dengan ilmu 
Yang sentiasa dahaga dengan pahala 
Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak pernah takut berkata benar 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 


Wanita acuan al-quran ialah wanita yang menjaga tuturkatanya 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya 
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang 


Wanita Acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapanya 
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga 
Yang bakal memelihara keharmonian rumahtangga 
Yang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama islam 
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat 


Wanita Acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya 
Yang hidup di bawah naungan al-quran 
Dan mencontohi sifat rasulullah saw serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah Ke Atasnya 


Wanita Acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa 
Matanya kepenatan kerana kuat membaca 
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan 
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan 


Wanita Acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga sentiasa.. 



Wanita Acuan Al-Quran ialah wanita yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia 
Kerana hatinya amat mengimpikan syurga.. 




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...