Saturday, 16 July 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Kita hidup dengan izin Tuhan, dianugerahkan dengan pelbagai perbezaan....ada yang mewah dan berlebihan dan tak kurang yang serba kesederhanaan malah ada juga yang serba kekurangan.

Tentunya ada hikmah disebalik ketentuan....tak seharusnya dipersalahkan nasib dan keadaan yang berlebihan bukan untuk kebanggaan tak menghargainya kebesaran Tuhan.

Mereka yang berkurangan pula tak seharusnya merintih nasib menangis hiba menyalahkan takdir semata-mata....masih ada ruang membaiki segala rezeki Allah bertaburan ada di mana-mana terletak pada kerajinan dan daya usaha....

Mereka yang berlebihan juga harus memberi menghulurkan tangan tanda simpati...rezeki melimpah makin diberkati yang berkurangan pula merasa dihargai....

Alangkah amannya dunia ini....andai semua manusia baik laku pekerti. Masing-masing tahu menilai diri....yang berkurangan bermuhasabah diri.....yang berlebihan pula ada keikhlasan hati....kerana harta melimpah pun hanya di duniawi.

Berlebihan dan berkurangan perkara berbeza. Seharus dinilai dengan hati dan akal bijaksana...kelebihan bakat beribu nikmatnya....kelebihan kudrat berlimpah hikmahnya.

Ada orang boleh lakukan banyak kerja walaupun dalm satu masa.Kerjanya baik dan berhemah pula...dipuji sahabat dan juga ketua...dinilai pula dengan bijaksana... Ada pula yang tak mampu...nak ikut sedikit kerja pun tersangkut-sangkut...kerja kurang tapi yang banyak hanya merungut...

Orang lain dipuji dia geram bergelut....sudahnya dia pula jadi penghasut, mengharap orang lain jadi pak turut......yang peliknya ramai pula yang mengikut, akhirnya semua jadi kelam kabut.

Sudahnya bermasam muka sesama sendiri...berpuak-puak berbelah bahagi. Biasanya puak yang tak elok ramai yang dipengaruhi.....mula saling menyakitkan hati....di sana sini benih fitnah ditaburi disiram  pula baja dengki mendengki semakin suburlah sikap busuk hati kutuk mengutuk dan benci membenci....sehingga kerja semakin tak menjadi ...salah orang lain asyik di cari...salah sendiri sengaja dikaburi.

Selagi keinsafan belum dimiliki selagi itulah kebaikan menjauhkan diri....laknat Allah sedia menanti bagi mereka yang bersikap keji.



-  Al Bima Sakti.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...