Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Wednesday, 27 July 2016
BANYAKNYA KELEBIHAN SELAWAT DAN SALAM
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatannyang sepenuhnya." (Al-Ahzab:56)
Waktu mengucapkan selawat dan salam.
Orang yang beriman diperintah mengucapkan selawat dan salam dalam pelbagai keadaan. Ada kalanya ia menjadi satu kewajipan, dan ada ketikanya sunat dan harus. Berikut adalahwaktu-waktu kita disuruh untuk berselawat dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.
>> Semasa azan.
Dalam sepotong hadis yang diriwayatkanoleh Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila engkau mendengar azan, sunat bagimu mengulangi apa yang disebut oleh juru azan dan kemudian ucapkan selawat ke atasku. Allah akan memberi 10 kebaikan untuk satu selawat. Kemudian berdoalah sesuatu untukku, yang mempunyai suatu tempat di dalam syurga dan hanya seorang yang terhormat sahaja yang dapat memasuki tempat itu. Aku berharap bahawa akulah orangnya. Dengar, sesiapa yang berdoa untukku ia akan dijamin untuk menerima doa daripadaku." (HR Ahmad)
>> Apabila masuk dan keluar dari masjid.
Puteri Nabi s.a.w. Fatimah meriwayatkan bahawa Rasulullah mengucapkan selawat dan salam ketika masuk dan keluar dari masjid.
>> Dalam tasyahud akhir.
Kebanyakan ahli hukum berpendapat, membaca selawat dalam tasyahud akhir solat adalah wajid.
>> Dalam solat jenazah.
Seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w., ia dibaca selepas takbir kedua solat jenazah.
>> Dalam solat Hari Raya.
>> Di akhir doa.
Diriwayatkan oleh Sayidina Umar; "Doa akan berhenti di antara bumi dan langit sehingga selawat diucapkan, barulah ia naik ke langit." (At-Tirmizi)
>> Hari Jumaat adalah hari terbaik untuk selawat.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari yang terbaik ialah hari Jumaat. Oleh itu, perbanyakkanlah selawat kepadaku. Ucapan selawatmu akan disampaikan kepadaku."
>> Dalam Khutbat Jumaat.
Menurut Imam Syafi'i dan Imam Ahmad, hukumnya adalah wajib.
>> Orang yang di dalam ihram.
Mereka yang di dalam ihram pasti akan melakukan solat, tawaf dan sai, yang memerlukan mereka berselawat.
Banyaknya kelebihan selawat dan salam.
# Dibalas dengan 10 kebaikan.
# Dihapuskan sepuluh kejahatan.
# Dinaikkan 10 darjat.
# Dirahmati 10 kali.
# Menjadi orang yang paling hampir dengan Rasulullah s.a.w. pada hari akhirat.
# Ucapan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. akan sampai kepada Baginda, dan Baginda akan membalas ucapan salam itu.
# Allah s.w.t. akan merahmatinya 10 kali setiap kali bagi setiap selawat dan salamnya.
# Allah dan malaikat akan membalasnya dengan 70 kebaikan.
# Doa yang diakhiri dengan selawat tidak akan terhenti di antara bumi dan langit.
# Selalu mengucapkan selawat ke atas Nabi s.a.w. umpama zakat untuk diri pengucapnya.
Hukum selawat dan salam.
** Para ulama berpendapat, hukum mengucapkan selawat dan salam adalah sunat; diberi pahala jika dilakukan dan tidak pula ada hukuman jika tidak melakukannya.
** Dalam tradisi Islam, telah menjadi amalan teguh mengucapkan selawat dan salam apabila nama Nabi Muhammad s.a.w. disebut.
** Adalah menjadi sunah dan selari dengan tradisi Islam mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w di dalam solat.
** Kesemua mazhab yang empat sebulat suara berpandangan bahawa adalah wajib mengucapkan selawat dan salam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- dari sumber majalah Iman.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...