Friday, 15 July 2016

KELEBIHAN MENJAGA SOLAT




Beruntunglah mereka yang menjaga solat; mendirikannya di awal waktu dengan sempurna, tidak meninggalkannya dan bersembahyang dengan ikhlas dan khusyuk. Di dalam banyak hadis dan firman
Allah s.w.t. pelbagai kelebihan yang diperoloehi orang yang menjaga solat, anataranya;

>>  Mereka telah memelihara tiang agama.

>>  Bila dilakukan di awal waktu, solat mereka naik ke langit dengan bercahaya dan meminta ampun baginya.

>>  Melakukan amal yang semulia-mulianya.

>>  Semasa sujud, mereka berada sangat hampir dengan Allah.

>>  Tidak termasuk dalam golongan orang musyrik jika dilakukan dengan khusyuk.

>>  Menjadi orang beriman yang berjaya.

>>  Djauhi daripada azab neraka, in shaa Allah.

>>  Tidak termasuk orang-orang yang rugi, kerana mengingati Allah dan tidak dilalaikan oleh hal-hal keduniaan.

>>  Tidak dihubungkan dengan kekufuran.

>>  Tidak binasa amalnya.

>>  Mendapat jaminan keselamatan daripada Allah s.w.t.

>>  Solatnya menjadi cahaya dan penyelamat baginya pada hari kiamat.

>>  Tidak dihimpunkan pada hari kiamat bersama empat jaguh kekufuran; Firaun, Qarun, Hamam dan Ubai bin Khalaf.




...sumber dari majalah iman.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...