Wednesday, 27 July 2016

PERKARA DIBENCI ALLAH




Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalm buku karangannya yang bertajuk Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai 10 celaan Allah s.w.t. terhadap manusia akibat daripada kelakuan dan tabiat manusia itu sendiri dalam menempuh kehidupan seharian.
Sepuluh celaan itu berdasarkan 10 sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


>>   Gelojoh ketika makan.
        
Seseorang yang terlalu kuat makan dan bersikap tidak sopan ketika menjamah makanan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang dan menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran.



>>   Banyak bercakap.

Allah s.w.t. mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji, dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.



>>   Suka marah-marah.

Kemarahan boleh membuatkan seseorang bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik sehingga mencetuskan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.



>>   Hasad dengki.

Seseorang yang bersikap dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir daripada perasaan hasad dengki. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Dengki itu memakan segala kebaikan." (HR Muslim)



>>   Kedekut dan bakhil.

Rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan lebih suka disimpan sehingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang daripada membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma , membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.



>>   Bermegah-megah.

Terlalu bermegah-megah dengan kejayaan, status, jawatan, gelaran boleh membawa kepada perasaan riak dan takbur.



>>   Cintakan dunia.

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi sehingga melupakan tuntutan ukhrawi.Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (HR Bukhari dan Muslim).



>>   Ego atau sombong.

Sifat ego dan sombong akan membuatkan seseorang itu berasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara berbanding orang lain sehingga mereka lupa bahawa hanya Allah s.w.t. saja yang bersifat Maha Besar.



>>   Ujud dan suka bangga diri.

Perbuatan ini ada unsur-unsur megah dan sombong diri dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi oleh perasaan sombong dan ego.



>>   Gemarkan pujian atau Riak.

Manusia seperti ini suka meminta dipuji  dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan hati.

Jauhilah daripada sikap-sikap yang dicela oleh Allah s.w.t. ini, kerana jika diamalkan akan termasuk dalam kategori  melakukan dosa-dosa besar.




  




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...