Alhamdulillah.
Bersederhana dan kesederhanaan dalam segala perkara, percakapan, perbuatan, pemikiran, tingkah laku, pemakanan, perasaan dan segalanya. Bersederhana dalam kehidupan itu bukan bermakna kita menyerah sahaja kepada nasib atau redha sahaja pada apa yang ditetapkan.
Kalau hidup kita susah, tiada makanan mencukupi, andai tidak pandai dalam pelajaran kita diam saja...kalau hari ini kita bekerja dapat gaji sedikit dan tidak dapat menampung keperluan keluarga kita redha...itu bukan konsep kesederhanaan...tidak begitu makna redha dalam agama kita...kita disuruh perbaiki taraf hidup....mungkin bekerja lebih masa...andai kita tidak pandai dalam pelajaran, kita boleh bertanya dengan guru atau rakan yang lebih bijak dari kita, andai kita dalam situasi kemiskinan atau kurang kemampuan, kita boleh mohon bantuan atau membuat pelbagai kerja dalam satu-satu masa....
....ini bermakna kita berdoa, berusaha dan bertawakal untuk memperbaiki taraf hidup...kesederhanaan ini akan tercapai apabila segala usaha itu tidak menimbulkan sifat riak, ujud dan takbur dalam diri kita.....tiada pembaziran ....sebaliknya berhemah dalam melakukan sesuatu perkara...Islam tidak pernah melarang untuk kita berusaha tapi Islam mencegah kita dari melakukan kemungkaran...Islam itu sendiri adalah kesederhanaan....
- sumber.
Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Jangan jadikan diri kita lebih buruk dari orang yang gemar memburuk-burukan kita dengan sengaja agar ramai yang membenci dan menjauhi di...
-
Ada ketikanya orang yang memberi tidak menghulur cintanya sepenuh hati, kurang ikhlas dan mengharapkan imbal balik, lalu orang yang mene...
-
Sering kali kita menilai orang lain dengan hanya membaca atau mendengar daripada sumber-sumber lain tanpa kita sedari bahawa apa yang...