Friday, 23 June 2017

SALAM AIDIL FITRI



Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidil Fitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon dimaafkan kesilapan diri.


Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.

Hiasilah malam raya ini dengan takbir, tahmid dan selawat atas jujungan.
Hidupkanlah malam dengan beribadah dan berdoa.

Dalam hadis ada  dinyatakan bahawa:
'Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, necaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hatinya.' (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ubadah r.a)

Menurut pendapat ulama, yang dimaksudkan mati hati ialah:

Pertama terbelenggunya hati dengan kecintaan terhadap dunia yang memutuskannya darupada melakukan amalan kebaikan dan kewajiban agama.

Kedua menjadi kafir.

Ketiga ketakutan hari kiamat.

Dalam hadis ini juga dinyatakan bahawa, diriwayatkan dari Sayyidina Ibnu' Umar ra.
Beliau berkata:
"Lima malam yang tidak ditolak padanya akan doa: malam Jumaat, awal malam Rejab, malam Nisfu Sya'ban dan dua malam raya (Aidil fitri dan Aidul Adha).

(Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq di dalam Mushannaf dan juga al-Baihaqi di dalam Syua'b al-Iman-mauquf)


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.





Wednesday, 21 June 2017

PESAN SAHABAT




Kebahagiaan akan lebih dihargai oleh mereka yang terluka, kerana mereka telah tahu betapa tidak patut sebarang kebaikan disia-siakan, ada seseorang, Allah swt simpan untukmu tapi dirahsiakan waktu. Maka demi waktu bersabarlah, jika tidak kamu akan kerugian.

Kerana Allah itu selalu ada. Maka bertahanlah walau dalam duka, kan Allah yang ciptakan hati kita, mesti Dia tahu nak rawat bila patah, jadi serah pada Dia sahaja.

- ingatkan diri, jangan merindui manusia, melebihi rindu pada Rasulullah saw yang bakal memberi syafaat.

- ingatkan diri jangan mendoakan orang lain, melebihi doa dari kepada kedua ibu bapa.

- ingatkan diri, dahulukan Allah kerana Allah pemilik dunia, akhirat, syurga dan neraka.

- ingatkan diri dahulukan ibu bapa sebelum orang lain kerana redha mereka adalah redha Allah.

- ingatkan diri, jangan mencintai kerana rupa , harta, pangkat dan kata-kata. Cintailah orang kerana imannya.

- ingatkan diri, jangan tenggelam dengan angan-angan, kerana orang yang panjang angan-angan akan melupakan mati.

- ingatkan diri, jika ada seseorang melangkah pergi, Allah masih disisi.

- ingatkan diri, jodoh itu in shaa Allah, sedang mati itu pasti.

- ingatkan diri, jangan mudah melafazkan cinta, kerana ada tanggung jawab pada keluarga yang belum terlaksana.

- ingatkan diri, jika orang tidak mahu didekati, hormatilah dia, kerana dia sedang jaga batas agama.

- ingatkan diri, rindu itu sia-sia, jika merindukan sesuatu yang belum pasti masa depannya.

- ingatkan diri, dakwahi diri sendiri sebelum bisa mendakwah orang lain.



~ abuhanifah



MUHASABAH DIRI (aku)



Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang mengatur perjalanan hidup setiap makhluk.

Justeru, tiada siapa yang mengetahui ketentuan masa bilakah 'kita' akan keluar dari jasad ini. Semuanya tersimpan di dalam rahsia Allah swt. Jika jasad ini kita hiasi dengan kesombongan, yang akan menjadi tanah jua akhirnya, kitalah yang akan menanggung akibatnya.  Di akhirat kita pasti termasuk dikalangan mereka yang rugi dan menyesal.

Kita dikurniakan akal. Dengannya kita dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan indah dan sempurna. Akal berfungsi sebagai pengimbang, pembeza dan pemilih. Akal yang sihat mampu berfikir dengan waras dan rasional, maka kita dapat membezakan mana satu yang baik serta memberi manfaat dan mana satu yang buruk serta memudaratkan.

Malanglah jika akal yang dikurniakan ini kita sia-siakan dengan merosakkan fungsinya. Sebab itulah Islam melarang merosakkan akal dengan pengharaman arak dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan kewarasannya.

Kita adalah makhluk yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Kita dijadikan dalam keadaan fitrah dan bersih. Sekiranya fitrah yang suci itu kita cemari dengan dosa dan maksiat, maka mohonlah rahmat keampunan-Nya. Sesungguhnya rahmat keampunan-Nya seumpama air bersih yang mengalir membawa pergi segala kotoran.

Muhasabah Diri.

Apabila terbitnya matahari di pagi hari, bermakna bertambahlah usia kita sehari. Ia juga bererti helaian catatan perjalanan hidup kita pada hari semalam turut berlalu tanpa dapat kita pastikan ia dipenuhi dengan perkara-perkara kebaikan atau sebaliknya.

Bagi seorang muslim yang prihatin, pastinya perjalanan hidup yang telah berlalu  sentiasa dimuhasabah dan direnungi, agar perjalanan yang seterusnya benar-benar berada di landasan yang betul dan tidak tersasar ke jalan yang dimurkai-Nya. Ini adalah kerana jiwa manusia sangat cepat berubah. Ada ketika baik dan ada ketika tidak. Malah kecederungan untuk melakukan perkara terlarang lebih kuat dorongannya.

Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan aku tidak membersihkan diriku ( dengan mengatakan aku tidak bersalah) kerana sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani." (Yusuf : 53)

Justeru, adalah menjadi suatu kemestian bagi kita memohon kepada Allah swt agar memberi petunjuk dalam menjalani kehidupan ini. Suburkanlah keimanan dengan memperbanyakkan amal ibadat. Di samping itu hendaklah kita sentiasa melazimi majlis ilmu supaya dengan ilmu pengetahuan akan menjadikan amal lebih sempurna dan berkualiti.

Sebagai akhirnya, marilah kita bermuhasabah atau koreksi diri bagi menilai sejauh mana peningkatan diri kita khususnya di dalam melaksanakan perintah Allah swt  dan menuruti sunnah Nabi saw.

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matitiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam."


~sumber kembara mencari hamba.


Tuesday, 20 June 2017

MERENUNG SEJENAK



Menanti hari-hari mendatang adalah keinsafan, kerana tidak pasti adakah sempat menyelak tibanya hari yang baru. Meninggalkan hari-hari yang dilewati, menerbitkan gusar dan kebimbangan. Helaian demi helaian amalan yang dipersembahkan, apakah ia diterima untuk membuahkan ganjaran kebaikan atau jauh tersisih berterbangan. Persis debu yang ringan ditiup angin nan lalu.

Dunia semakin menuju akhir usia. Namun dunia juga semakin terlihat cantik dan mengecurkan. Gamitnya melambai-lambai sang pencipta agar datang merangkul erat penuh cinta.

Semua kita semakin tua. Suka? Benci? Tidak mampu diingkar. Kematian pula mengintai-intai di celah detik dan waktu. Ada yang ingat dan ada yang alpa.

Seorang ahli akhirat, akan semakin terungkai tali-tali duniawi daripada tubuhnya manakala tali-tali akhirat akan mengikat kemas memegangnya.
Dia semakin lunak dengan kebaikan, lembut menerima peringatan. Balasan untuknya adalah nikmat kesenangan, sedang ia termasuk dalam golongan yang beruntung.

Allah swt berfirman:

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berbondong-bondong, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: "Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya."(az-Zumar: 73)

Seorang ahli dunia pula, tali -tali duniawi sentiasa merantai dan membelenggunya. Ketika akhirat memanggilnya, dia berlari menjengah pada dunia yang akan lebur. Akhirnya tiada apa yang didapati melainkan sesuatu yang hilang. Maka, akhirnya jadilah ia golongan yang sebenar-benar menyesal.


~sumber kembara mencari hamba

Monday, 19 June 2017

MASA EMAS


Syaikh 'Aidh bin Abdullah al-Qarni menyebutkan sebuah kata-kata pujangga Arab dalam kitbnya berjudul 'Asyiq:

"Pelajarilah ilmu nescaya ia akan mengawalmu dan membimbingmu di waktu kecil. Di kala kamu tua nanti, ia akan mengangkat dan menjadikanmu seorang pemimpin. Ilmu boleh membaiki kesilapan, menundukkan musuh dan orang-orang yang dengki kepadamu.
Ilmu dapat meluruskan sesuatu yang terpesong serta membangkitkan semangat dan harapan."

Sebuah kata-kata hikmah menyebutkan:

"Betapa ramai orang kerdil diangkat tinggi kerana ilmunya dan betapa ramai orang besar direndahkan kerana kebodohannya."




SYUKUR TANDA TAAT





Syukur bermaksud menggunakan segala nikmat Allah kepada jalan yang diredhai-Nya. Imam al-Ghazali berkata dalam kitabnya, Ihya 'Ulummiddin:

"Bersyukur kepada Allah hanya akan berlaku apabila seseorang hamba itu mengetahui perkara yang disukai Allah dan perkara yang dibenci-Nya. Ini kerana, bersyukur itu bermaksud menggunakan nikmat Allah pada perkara-perkara yang disukai Allah. Bagi mencapai tahap itu, kita perlu menggunakan dua sumber iaitu wahyu dan mata hati."


Ibn al-Qayyim mengulas tentang syukur dalam Madaarij al-Salikin:

"Syukur ialah menzahirkan nikmat Allah pada lisan hamba, dengan pujian dan pengiktirafan. Ia membekas di hati dengan timbulnya rasa cinta dan diperlihatkan pada tindak tanduk dan amal perbuatan yang menzahirkan ketaatan kepada Allah."



Saturday, 17 June 2017

RINDU



Rembulan memang tidak purnama
Tapi indah terlihat
Meski dibatasi awan sinarnya
Tapi rembulan tetap tak tergantikan

Saat ku tatap wujudnya
Terusik rindu ini akan dirimu
Meski kau tak seindah rembulan
Namun rindu tetap untukmu.

Kerna kau bagaikan rembulan
Yang selalu kurindu
Meski awan menghalangi
Meski hujan menutupi


Kerna kau rembulan yang selalu dinanti.







Malam ini bulan terang
Menyinariku di bibir pantai
Dalam kesendirian dan kerinduan
Tanpa teman menemani

Hangat udara malam tak menjadikan rinduku luluh
Rasa hangat ini bukan kernamu
Justru rindu ini mengingatkan akan dirimu
Kala kau memandangku sambil tersenyum pilu.




Terkadang ego diri
Terkadang gengsi hati
Mengalahkan rasa dalam hati
Mengubur rindu dalam diri

Membuat lupa ucapan hati
Membuat lupa luapan diri
Kerana cuba menutup dan melupanya
Meski diri dan hati terasa nyeri


* Kau siksa hati dan diri hanya kerana ego dan gengsi.









Kabut pagi mengiringi dinginnya
Menerpa bekunya hati
Menyingkap kerinduan
Akan mimpi yang selalu hadir

Benakku bertanya
Menyapa mimpi malam tadi
Menimbun semua dinginya  pagi
Yang tak memberi kabar tentang dirimu

Kerinduan ini tak bisa terhapuskan
Hatiku selalu bertaut pada rasa
Yang mungkin tak bisa musnah
Oleh masa dan dinginnya pagi.







Ketika hati tak bisa lepas dari ingatan
Ketika hati selalu merindu
Ketika hati terasa sunyi
Ketika hati merasa kehilangan

Percayalah semua itu proses
Percayalah semua itu ujian
Percayalah ujian itu kita mampu melewatinya
Percayalah Allah Maha Segala-Nya

Meski rindu ini tak bisa dibendung
Meski kehilangan ini tak bisa terganti
Meski ingatan ini tak bisa dihapus
Meski hati ini tak lepas

Rindu itu kerana sayang
Tak terganti itu kerana cinta.....



~ Tulisan dIri.

BICARA SAHABAT



Dia adalah lelaki yang mengerti keadaanku. Lelaki yang jarang memberikan 
semangat tetapi setiap kalimatnya kadang menenteramkan hati.
Dia lelaki sejati, mungkin. Begitulah ia terlihat di mataku. Dia selalu berusaha
membantuku dalam hal apa pun. Sangat mengeti apa yang aku perlukan.
Dia adalah lelaki kedua selain ayahku yang mengerti aku....






Cukuplah Allah yang tahu betapa remuknya kamu, betapa kamu rasanya tidak
sanggup menghadapi setiap ujian yang menghampiri.
Betapa lelahnya kamu dalam resah mengakui ketidakmampuanmu,
cukuplah Allah yang tahu. Allah tidak pernah tidak melihat air matamu,
Allah tidak pernah tidak melihat usahamu, Allah tidak pernah tidak mendengar
doa-doamu. Kamu berhak terlihat kuat dan baik-baik sahaja di hadapan
sesiapa pun. Sama halnya kamu berhak untuk tidak mengeluh di hadapan hamba
yang sama-sama tiada dan upaya kecuali pertolongan-Nya.

Bersabarlah. 
Sebab boleh jadi ada redaNya diantara  derita yang kamu terima.
Dan kelak, kebaikan akan banyak Allah kurniakan di sana
di tempat kita sebenar-benarnya berada untuk selamanya. Jannah.
Kuatlah Allah selalu bersamamu. Andalkanlah Allah dalam setiap keadaan
kerana hanya Allah yang tidak akan pernah mengecewakanmu.





Wednesday, 14 June 2017

TENANG DI HATI

Dalam pada kita gembira
Kita lupa pada yang menderita
Dalam pada kita bahagia
Ada di sana yang berduka lara....
Hari ini mungkin hari mereka
Esok lusa...
Mungkin kita diujiNya jua.....





Petikan dari Blog Genta Rasa
Ustaz Pahrol



Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu
adalah takdir Allah swt. Yang mampu kita buat hanyalah
meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah,
disamping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Ungkapan yang terkenal:
We can't direct the wind but we can adjust our sail
- kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin,
kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati.
Hati yang bersifat bolak balik (terutamanya bila diuji)
hanya akan tenang jika kita beriman kepada Allah
- yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya.
Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita
adalah bermaksud baik sekali pun kelihatan negatif.
Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas,
namun pada pandangan-Nya Yang Maha Luas
semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud
baik.


Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa
(bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian),
namun jika masalah tidak juga dapat diselesaikan,
bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya;
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu
dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu,
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak
mengetahuinya."
Surah al- Baqarah; 216








Seorang ahli hikmah berkata, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini
menerusi katanya,
"barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah
terpisah dalam takdir-Nya,
maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan
akal dan mata hati seseorang."

"Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa,
hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu.
Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan
memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya,
namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan.
Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni
cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini
tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita
dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai:
"It's not what happens to you, but it's what you do about it.
It is not how low ypu fall but how high you bounce back!"





Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat disebalik sesuatu yang tersurat.
Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar
dengan satu ujian.
Hikmah hanya dapat ditempa oleh"mehnah"
- didikan langsung daripada Allah melalui  ujian-ujian-Nya.

Rasulullah saw bersabda,
"perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian,
bagai besi yang di masukkan de dalam api,
lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan
tinggallah yang baik sahaja."

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu
hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda,
pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Firman Allah:
Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga
sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan
sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada
kamu, iaitu mereka yang ditimpa kesengsaraan,
kemelaratan dan kegoncangan,
sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman,
bersamanya merintih:
"Bilakah  datangnya pertolongan Allah.?"
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata bagi orang beriman,
ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah
sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik disebaliknya.
Malah dalam keadaan berdosa sekali pun,
ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
Manakala dalam keadaan taat,
ujian ditangkan untuk meningkatkan darjat.





Monday, 12 June 2017

PESANAN DARI TEMAN



Izinkan aku pulang
Pada senyum yang meneduhkan
Pada gelak yang meriuhkan
Pada kisah yang menghidupkan
Pada ruah doa yang menguatkan.






Didik diri kita untuk sentiasa buat, cakap,
fikir dan lihat yang baik-baik sahaja...


Jangan sombong dan memandang rendah pada
sesiapa. Rendahkanlah suara saat bicara.....


Kamu adalah inpirasi tulisanku,
hari-harimu lembarannya,
kenangan kita sebagai penanya
kebahagiaan kita dulu sebagai tintanya.






Kesudahan orang-orang yang baik adalah
juga dalam kebaikan.
Maka teruslah berbuat baik mesti tak
diperlakukan dengan baik.


Orang buat kebaikan kita perlekehkan dan
persoalkan keikhlasan.
Orang buat kejahatan kita caci maki
dan kata-kata kesat dihemburkan.


Berhenti menghukum dan teruskan berbuat
kebaikan kerana biarpun lewat di akhir
nanti, yang baik sentiasa akan menang disisi
Tuhan...






Wahai hati yang bersedih
jangan kau teruskan kesedihanmu
Kerana kasih sayang Allah jauh lebih besar
dibanding kesedihanmu...


Jika kamu mahu berubah tetapi buntu dari mana
harus bermula, mulakan dengan
solat dan taubat. Kedua ini permulaan jalan
yang tiada sesat.

Saat otak tepu, dan usahamu rasa seperti sudah tiba
jalan buntu, periksa ikhlasmu.
Ikhlas itu magis pembuka semua pintu kelapangan.








Wahai Allah yang selalu hadir dan selalu
juga menemani kami
kasihilah hamba-Mu ini dengan kasih sayang-Mu.


Tuhan sentiasa punya 1001 cara membalas
kejahatan kita. Jika tidak di dunia,
pastinya kita akan mampu terlepas di 'sana'.


Buat pembuli, kamu kira kamu boleh lari.
Kamu lupa tali orang-orang yang
dizalimi mampu mengikatmu hingga nanti
rebah menyembah bumi.







Tersenyumlah, kerana dengan tersenyum
kau menjadikan hidupmu saat ini
lebih baik dari sebelumnya.


Yang baik itu tidak mudah jalannya tetapi
saat tiba nanti di 'sana', semuanya
berbaloi untuk dikenang sampai bila-bila.


Allah menggenggam semua doa kita
dan Dia lepaskan satu persatu
mengikut masa-Nya.


Dari celik mata hingga pejam mata
jangan putus doa.
Jika belum dikabulkan, sabar dan
jangan berhenti walaupun
hampir putus asa.


Ibumu adalah syurgamu, maka selagi mana
ibumu bernyawa, selagi itu kau punya
talian hayat doa yang bukan calang-calang
'mustajabnya'






Belajarlah memahami aturan kehidupan.
kehidupan tidak akan sentiasa sama
seperti yang kita impikan.


Tidak pernah terlambat untuk kita
lakukan perkara yang baik
dalam hidup ini. Yang terlambat
bila kita duduk tanpa buat apa-apa.


Hidup bermula dengan percaya.
percaya diri sendiri.
Kau mampu melangkah jauh dari
apa yang kau sangka.
Percaya, lakukan...kau akan berjaya.


Bukan mudah membentuk orang jadi
lebih baik. Semua orang
perlu masa untuk memperbaiki.
Jangan memaksa. Biar semuanya
datang dari hati.








Jika kita faham semuanya dari Allah,
kita tidak akan resah dan gelisah
jika kita tidak peroleh apa-apa dari manusia.



Dengar suara hati. Tak perlu dengar
cakap orang lain. Mereka hanya
mampu beri pandangan. Segala keputusan
dalam hidup itu  dari kita juga.



Jangan fikir tentang apa yang Tuhan
mahu beri. Tetapi fikirlah
berapa banyak kita telah beri pada Ilahi


Jalan cerita kita berbeza. Episod hidup kita
tidak sama. Bersabarlah. Masa itu akan
tiba jua. Saat itu akan menjelma bila tiba masa.



Usah persoalkan tentang rezekimu. Semuanya
dari Dia. Tapi persoalkan bagaimana
usahamu untuk mendapatkan rezeki itu.
Itu yang perlu difikir.




BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Ada diam yang tak ingin ditanya mengapa ia tak bersuara. Ada diam yang tak ingin ditanya mengapa ia tak mengucap sepatah kata.
Ada diam yang inginnya sendiri saja. Ia tak ingin ditemani, kecuali oleh bayangannya sendiri.

Ada sepi yang lebih nyaman dari keramaian. Ada sepi yang lebih indah dari sekadar percakapan  bersama teman. Ada sepi yang ia nikmati hanya sendiri. Sepi yang ia gunakan untuk merenungi diri. Sepi yang ia gunakan untuk merenungi diri. Sepi yang ia gunakan untuk mengoreksi diri.

Diamnya hanya ia perlu waktu sendiri untuk berbicara dengan hati. Sepinya kerana ia sedang ingin berdialog dengan sisi lain dalam dirinya yang lebih bijak.

Didalam benaknya hanya ada satu pertanyaan sederhana yang membuatnya benar-benar tidak ingin diganggu; Pencapaian apa yang sudah aku buat hingga hari ini?

Semoga kita menjadi diri yang terus mengevaluasi diri.....



SOLAT PATUK AYAM



Mencuri merupakan dosa besar yang diketahui ramai. Semua orang benci perbuatan tersebut. Namun betapa ramai orang yang membenci pencuri tapi dia sendiri pencuri. Ya, mencuri tanpa sedar iaitu mencari dalam solat.

Apakah yang dimaksudkan dengan mencuri dalam solat? Maksudnya tidak melakukan tamakninah dalam solat. Tamakninah ertinya diam sebentar ketika melakukan rukuk; iktidal, sujud duduk antara dua sujud dalam sembahyang. Solat dengan tenang, bukannya laju seperti sedang berlumba. Bak kata orang tua-tua, "solat patuk ayam."

Perbuatan itu merupakan dosa yang dipandang remeh oleh ramai orang. Rasulullah saw bersabda, "Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solatnya." Para sahabat bertanya bagaimana mencuri dalam solat. Lalu Baginda menjawab, "Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." [Riwayat Ahmad]

Tamakninah ialah rukun dalam solat. Seseorang yang meninggalkannya mala solatnya terbatal. Dalam sebuah hadis , Rasulullah saw  pernah melihat seorang lelaki solat dalam keadaan laju dan tergesa-gesa. Seusai solat, Baginda menegur lelaki tersebut dengan berkata, "Kembali dan solatlah semula kerana kerana sesungguhnya engkau masih belum solat." [Riwayat al Bukhari dan Muslim]



~ sumber majalah solusi~

Sunday, 11 June 2017

DUNIA TEMPAT BERPENAT LELAH




ADAT HIDUP DI DUNIA.

Setriap hari kita memandu di jalan raya. Kadang-kala mendapati sejak kita memulakan perjalanan, kita berhadapan dengan sebuah lori yang mengganggu pemanduan kita. Lantas, bila ada saja peluang, kita memecut memotong lori itu.

Terasa leganya, boleh kembali fokus memandu.

Sayangnya, lega itu tidak lama. Dua tiga minit selepas itu, kita bertemu pula dengan lori yang lain. Sekali lagi, kita mencari peluang memotong lori tersebut. Begitulah rutinnya sehingga kita berjaya sampai ke destinasi yang dituju.

Malah, kadang-kadang bukan sebuah lori yang kita temui dalam satu masa. Begitulah kehidupan di dunia ini. Sejak mula kita lahir sampai mati, kita tidak akan terlepas daripada ujian.
Firman Allah swt dalam Surah al-Mulk, maksudnya; "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dalam hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya." [Surah al-Mulk 67:2]

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan sememangnya Allah menciptakan hambaNya di dunia ini untuk diuji. Diuji, untuk Allah melihat siapakah yang lebih baik amalannya.
Ya, siapa yang lebih baik amalannya!
Tiada manusia yang terlepas daripada ujian di dunia. Cumanya, setiap orang ujiannya berbeza mengikut kemampuan masing-masing.





DUNIA INI TEMPAT BERPENAT LELAH.

Ketika peristiwa iblis enggan mengikut perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam, Allah memberi peringatan kepada nabi Adam dan Hawa bahawa Iblis itu musuh buat mereka.

"Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua  keluar daripada syurga, kerana dengan yang demikian engkau [dan isterimu] akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari." [Surah Taha 20:117-119]  

Di sini, Allah telah menjelaskan kepada Nabi Adam, bagaimana sifat Syurga yang sepenuhnya berbeza dengan dunia.

Syurga itu tempatnya dikelilingi dengan berbagai nikmat. Yang mana, ahli Syurga tidak akan merasa lapar dan dahaga di dalamnya. Tidak akan bertelanjang di dalamnya, dan tidak akan merasa panasnya
terik matahari.

Senuanya nikmat!

Berbeza benar dengan dunia, kita merasa penat dengan kehidupan di dunia yang menuntut kita bekerja keras memenuhi keperluan hidup daripada dua sudut iaitu fizikal dan rohani.

Materialnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Ruh pula menuntut kita memberikan santapan rohani seperti membaca al-Quran dan sebagainya. Malah, kita terpaksa memenuhi keperluan hidup ini buat keluarga kita. Semuanya memerlukan tenaga dan masa.

Beginilah sunnah kehidupan kita di dunia. Dunia ini tempat kita berpenat lelah. Tempat rehat kita, hanyalah di Syurga yang abadi.





SEMUANYA BAIK DI SISI ORANG BERIMAN

Rasulullah saw bersabda, "Sungguh ajaib urusan seorang Mukmin, semua urusan baik bagi dirinya. Tidaklah kita dapati perkara ini melainkan hanya orang beriman. Apabila dia mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka yang demikian itu baik buat dirinya. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka yang demikian itu baik buat dirinya." [Riwayat Muslim]

Begini cara kita diajar menghadapi ujian dan nikmat di dunia. Bersyukur saat mendapat kesenangan, dan bersabar saat diuji.

Semoga kita juga mengikut jejak langkah orang beriman....

~sumber majalah solusi.


Saturday, 10 June 2017

KESEDIHAN ADALAH KASIH SAYANG-NYA



Kehidupan ini dipenuhi onak dan liku-liku. Ada perkara yang menggembirakan dan tidak kurang juga perkara-perkara yang mendukakan. Kita tidak akan merungut atau runsing disebabkan sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kita banyak mengeluh dan mengadu kepada 'sesiapa' ketika ditimpa kesedihan dan kekecewaan. Keresahan dan kegelisahan mudah terpancar di riak wajah tatkala ditimpa kesedihan.

Apakah yang kita lihat di sebalik kesedihan dan kekecewaan itu. Mungkin kita merasakan diri bernasib malang dan sebagainya. Bahkan ramai yang begitu, merasakan seolah-olah tiada sehari dalam hidupnya mengecapi kebahagiaan apabila ditimpa kedukaan.

Bicara mengenai kesedihan, seringkali kita memandangnya dari sudut yang negatif. Mengapakah kita tidak melihat itu semua adalah proses didikan Allah. Benar didikan dan aturan Allah buat hamba-Nya yang sentiasa lalai dan alpa. Proses didikan yang membuka ruang untuk muhasabah diri bahawa kita adalah hamba yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Kita adalah hamba yang sepatutnya meletakkan sepenuh pengabdian diri semata-mata untuk-Nya.


Hikmah Kesedihan.




Antara perkara-perkara yang Allah boleh campakkan ke dalam hidup manusia dan manusia itu tidak boleh berbuat apa-apa untuk menolaknya. Allah mencampakkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa dia, seorang raja atau rakyat biasa, si miskin atau si kaya, orang tua atau muda, iaitu perasaan dukacita atau kesedihan.

Bahkan kadang-kadang kesedihan atau dukacita mendatangi hati manusia tanpa manusia itu mengetahui mengapa dia bersedih. Boleh jadi ada perkara-perkara yang mengundang kesedihannya tetapi bagi orang lain ia tidak menimbulkan sebarang kesedihan.

Tatkala bersedih, manusia mula runsing dan mencari-cari jalan bagaimana untuk keluar daripada kesedihan itu. Mereka melakukan berbagai-bagai usaha menghilangkan kesedihan daripada kehidupan mereka.

Memang kita tidak disuruh meminta kesedihan. Bahkan Rasulullah saw mengajar doa memohon perlindungan daripada kesedihan yang lalu dan yang akan datang. Namun, kadang-kadang dukacita dan kesedihan berjaya merubah seseorang itu daripada satu watak kepada watak yang lain.

Pernahkah kita terfikir, atau mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa ramai orang yang mencari dan menemui Allah ketika mereka ditimpa kesedihan. Dan realitinya tidak ramai orang yang mencari Allah ketika dia gembira dan berada di dalam keadaan selesa. Mudahkah bersyukur ketika diri berada dipuncak kesenangan berbanding ketika diri berada di segenap kekurangan.

Fikirkanlah....

Ada orang yang sombong dan angkuh suatu masa dahulu tetapi menjadi tawadhuk dan rendah hati kerana ada perkara-perkara yang mendukacitakannya. Ada juga orang yang dahulunya sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat dan tetapi berubah menjadi soleh dan ahli ibadat setelah Allah timpakan kesedihan kepadanya. Benar, jika tidak kerana ada perkara-perkara membibitkan kesedihan, mungkin ramai yang terleka dan tersesat lalu mati menjadi ahli neraka, na'udzubillah.

Demikianlah besarnya hikmah kesedihan bagi sesiapa yang melihatnya dengan cahaya hati. Oleh itu laluilah kehidupan ini dengan sebaiknya. Kesedihan dan dukacita bukannya musibah yang seharusnya dibenci. Tetapi lihatlah ia sebagai satu 'jemputan' daripada Allah menuju kepada kasih sayang-Nya

Tidakkah kita mahu merasakan begitu?




~sumber dari kembara mencari hamba.~



SEDIH DAN GEMBIRA



Kegembiraan dan kesedihan tidak akan terlepas daripada kehidupan manusia.
Ada masanya kita ketawa keriangan apabila mendapat sesuatu yang
menggembirakan, dan tidak disangka-sangka dalam ssst gembira itu mungkin
ada saja sesuatu yang menyebabkan kita bersedih, lalu menangis teresak-esak.

Kita gembira dan bersedih kerana sesuatu. Kadang-kadang kesedihan kita kerana dihimpit
kesusahan dan penderitaan, boleh jadi kerana kehilangan sesuatu. Atau tanpa
sebab yang jelas, kita sendiri tidak mengerti mengapa kita bersedih. Bahkan begitu juga
kegembiraan, mungkin mendapat sesuatu yang berharga, atau terlepas dari mendapat
dugaan yang berat, dan ada juga orang tidak tahu mengapa dia merasa gembira.


Ada pula kegembiraan yang mengharukan. Seperti seseorang mendapat sesuatu kejayaan.
sehingga dari saat gembira, dia pun menangis tersedu-sedu....pelik sungguh
perasaan sedih dan gembira ini.

Sesungguhnya yang mengatur itu semua adalah Allah swt. Dia yang berkuasa memberikan
kegembiraan dan kesedihan ke dalam hati manusia. Firmannya:

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menitiskan air mata."
(an Najm : 43)


Lantaran itu kita sentiasa diingatkan agar tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu
yang meyenangkan hati, malah mesti melahirkan rasa syukur kepada Allah swt.
Begitu juga jangan terlalu bersedih jika datang sesuatu yang mendukakan hati. melainkan
dapat menguasai diri dengan bersabar. Kegembiraan dan kesedihan yang sukar
dijangka, kerap kali kita terlupa bahawa di dalam kedukaan dan kegembiraan yang 
datang itu terletak rahsia kehidupan yang tidak dapat kita selak maknanya, melainkan setelah
kita menempuhinya terlebih dahulu.







SISI LAIN DARI PATAH HATI



Kau tahu sisi lain dari patah hati? Yang mungkin sebagian orang tidak pernah tahu dan menyedarinya. Sisi lain dari patah hati adalah mengenal diri sendiri.

Patah hati itu mendewasakan.

Apakah kau pernah mendengar kata-kata itu? Menurutku kata-kata itu benar. Kerana saat patah hati kita akan belajar agar menjadi peribadi yang lebih baik dan lebih banyak mengenali diri sendiri. Dan lebih mengerti tentang keikhlasan kerana seribu kali aku memohon dan berharap. Tidak akan bisa menahan hati yang pada dasarnya ingin pergi.

Aku percaya setelah dirimu pergi, itu bukanlah akhir. Kerana aku hanya peri terbiasa kembali kepada hati yang tanpamu.

Aku bukan manusia super kuat, kenyataanya sedih dan sakit selalu setia menemaniku saat kau pergi, tapi aku berusaha kuat kerana kerana aku tak akan tega melihat keluargaku, temanku, dan orang yang masih peduli terhadapku bersedih hanya kerana melihatku terpuruk keranamu.

Sudah, kini biarkan aku merasakan ampas atas kopi yang telah kau teguk itu. Biarlah aku menjadi sekacau-kacaunya. Biarkan aku menikmati patah hati ini. Menikmati semua ampas yang kau tinggalkan sampai tak lagi bisa ku rasakan pahitnya.

Kurasa cukup terlalu banyak catatan yang ku tulis ini. Biarkan aku menikmatinya dengan rasa pahit yang masih saja menempel dalam ingatanku. Dan kau tahu? Semesta lebih tahu berpamitan daripada dirimu.

Akhirnya aku memang harus mengikhlaskan apa yang harus diikhlaskan, persis seperti apa yang kau mahu. Menjadikan harapan kita menjadi masa lalu dan membiarkannya berdebu.



Tidak ada kepastian dalam cinta, entah akhirnya akan kecewa atau bahagia,
tetapi untuk sekarang biarlah semua berjalan semestinya.
Tanpa perlu resah pada takdir semesta.

Biarkan masa lalu berada di tempatnya. Agar tidak ada lagi ingatan tentang
rasa sakit penuh tanda tanya. Merelakan apa yang harus diikhlaskan
lalu percaya bahawa terkadang tersakiti adalah bagian dari kedewasaan.

Kerana hidup selalu memberikan pilihan, bahagia atau terluka? semua
adalah hasil dari pilihanmu sendiri. Jadi berjalan sajalah....



~Arsa Nugraha~

Friday, 9 June 2017

JANGAN BERI SEMUA



"Andai dinda menjadi bunga....kanda menjadi kumbangnya..
Andai terpisah di lautan berapi.....akan diri renangi jua..
Cinta kasih di hati ini sepenuh jiwa dan raga..
Ibarat bintang di langit.....buih-buih di lautan..
Yang tiada tolak tandingannya..


SABDA RASULULLAH SAW,

"Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau."

(Riwayat At Tarmizi)





RASULULLAH SAW PERNAH BERSABDA:


"Cintailah, kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu)
sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti
mungkin ia akan menjadi orang
yang engkau benci...

Dan

Sekiranya membenci seseorang, bencilah seseorang sekadar sahaja
kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang
yang engkau kasihi..."


Sebegitulah Rasulullah memberi panduan dan bimbingan
kepada kita betapa perlunya mengawal dan mendidik jiwa
agar cinta kasih yang berputik di hati tidak diberikan semuanya....
tetapi perlu juga ditinggalkan sedikit waspada.
sedikit kebencian
atau
sekelumit kemarahan....
Agar apa jua yang berlaku di kemudian hari
masih terdapat ruang pemikiran 
serta kewarasan
dengan tiada rasa
kekecewaan yang 
membuak....








Mencintai, Merindui,
Mengasihi Manusia
seharus sekadar-kadar sahaja
Melainkan mencintai
ALLAH DAN RASUL-NYA
Perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaan..
Kerana itulah 
Cinta Hakiki Yang Abadi.





~ sumber cetusan minda~

PESAN MURABBI



"Sekiranya dunia yang seluas mata memandang kamu rasakan sempit
Keluarlah dan lihat bagaimana langit diangkat!
Tidakkah kamu tahu bahawa Allah yang mengangkatnya.......
Mampu untuk menyelesaikan kesulitan sebesar manapun ia........."





"Anak-anak! Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini adalah
kerana hebatnya diri kamu. Sebenarnya kamu tidak ada apa-apa
jika bukan berkat doa ibu bapa kamu walaupun mereka tidak
berpelajaran sekali pun !"






Anak murid Tok Guru bertanya mengapa Tok Guru boleh bersabar
tatkala dihina sehingga moyang pun dihina.

"Jika seseorang datang dengan hadiah ditangan dan anakanda tidak menerimanya,
akhirnya hadiah itu milik siapa?" Tanya Tok Guru kembali.

"Orang yang memberi hadiah itu, Tok Guru," jawab anak muridnya.

"Sama juga dengan perasaan dengki, marah dan penghinaan," kata Tok Guru.
"Apabila ia tidak diterima, ia kembali ke tangan orang yang membawanya."

"Oh sebab itu dihujung tadi orang itu yang jadi marah, " walhal dia yang nak Tok Guru berasa marah."

Tok Guru tersenyum sambil mengusap kepala anak muridnya. "Senyum"






"Kalau kamu kenal nilai sebenar harga dirimu,
kamu tidak akan hinakannya dengan maksiat.
Sesungguhnya Allah menghalau iblis dari rahmat-Nya kerana
ia tidak sujud kepada dirimu.
Alangkah peliknya bagaimana kamu boleh berdamai dengan
musuh dan tinggalkan kekasih."

~Imam Ibnu Qayyim~





"Apabila kamu berada dalam kegelapan malam di sisi Tuhan yang
amat mengetahui....
Gunalah perangai kanak-kanak tatkala meminta sesuatu yang tak
diberi pasti menangis sehingga memperolehinya.....
Maka jadilah kanak-kanak itu.....mintalah hajatmu."

~Imam Ibnu Jauzi~






"Aku cukup bimbang kepada diriku daripada kehidupan
yang tidak membawaku ke syurga."




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...