Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Friday, 27 October 2017
KENAL NABI
LEMAH LEMBUT TERHADAP WANITA.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. memiliki seorang penunggang unta yang bagus suaranya. Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya, "Wahai Anjasyah, janganlah kau pecahkan botol kaca." Maksudnya para wanita yang sedang dia bawa menaiki unta. (Riwayat Muslim)
CATATAN
1. Rasulullah s.a.w. sangat cermat apabila berinteraksi dengan kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak. Baginda melarang umat Islam untuk menyakiti apatah lagi menzalimi mereka. Dalam peperangan pun, kaum wanita tidak dibenarkan dibunuh tanpa sebarang sebab.
2. Nabi mengibaratkan wanita seperti kaca-kaca yang sifatnya rapuh dan mudah pecah. Wanita sinonim dengan sifatnya yang lembut, sensitif, serta lemah sifatnya berbanding lelaki. Oleh itu, Baginda menasihati orang lelaki untuk menjaga serta melindungi golongan wanita sebaik-baiknya.
3. Baginda sangat prihatin terhadap kaum wanita baik dalam urusan dunia mahupun akhirat. Baginda akan meluangkan masa untuk mengajar ilmu agama kepada isteri dan kaum wanita lainnya.
Sedaya upaya Baginda membentuk para wanita menjadi golongan yang dipandang mulia, berilmu dan solehah.
4. Rasulullah s.a.w. sering membela wanita yang lemah. Sebahagian besar isteri Baginda ialah janda yang kesusahan. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari atau mencederakan isterinya walaupun ketika dalam keadaan marah.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...