Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu juga tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah
Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba aku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan di hati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan
Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati ini boleh di 'scan' dengan mata kasar
Kaulah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun kutetap yakin
Engkau terlalu kuat dan tabah
Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau hati
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat dan disayat
Kau tetap terus berfungsi untuk ku
Hanya untuk aku
Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmu?
Guna plasterkah?
Guna guntingkah?
Atau guna iodine kah?
Jika guna plaster, luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah
Alhamdulillah hati
Allah ajarkan pada aku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakanmu
Juga yang menciptakanku
Sungguh benar hati....
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang esa.
Wallahu'alam.....