Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Sunday, 16 December 2018
TENTANG HATI...
Aku harap setiap kamu bertemu dengan seseorang yang miripku, akan muncul sebersit harapan di dalam lubuk hati kecilmu yang berharap kalau itu adalah aku..
Jagalah bila memang dia baik untuk mu, namun lepaskanlah bila hanya menyiksa diri. Yang terbaik tidak akan salah alamat, yang pantas tidak akan mundur dengan cepat.
Mereka tahu ke mana harus kembali dan menemukan diri. Jika nyatanya tidak, biarkanlah dia menemukan maunya dan biarkan pula dirimu menemukan pulangmu.
Hidup terlalu singkat untuk terus kamu habiskan dengan orang yang nyatanya tidak tepat untukmu.
Kasihani dirimu yang terus patah berulang kali pada orang yang sama. Kamu berhak bahagia.
Sesukses apapun dirimu, itu tidak akan dianggap cukup oleh orang yang tidak tepat untukmu. Jika dia orang yang tepat, saat kamu sedang jatuh pun, dia tetap akan menganggap dirimu berharga untuknya.
Friday, 14 December 2018
KATA HATI...
Terima kasih sudah menunggu disaat
aku terluka.
Terima kasih untuk tidak pergi disaat
aku tersesat.
Terima kasih tetap ada disaat aku sudah mulai
tidak percaya.
Terima kasih kerana telah bersabar meski pernantianmu
tidak sebentar.
Terima kasih telah membuatku yakin bahawa kau adalah
sebaik-baiknya tempatku memantapkan hati...
~ibnufir~
Di dunia ini ada banyak manusia-manusia yang merasa kesepian meski di tengah ramai banyak manusia berlalu lalang.
Setiap dari mereka banyak bercerita tentang kesakitan
dan kepahitan dalam hidupnya.
Ada yang cuba memahami, tidak sedikit pula yang tidak peduli.
Rupa-rupa manusia selalu menawarkan perasaan yang berbeza-beza.
Maka adalah hal yang mengecewakan bila kebahagiaan kita
kita sandarkan kepada makhluk yang bernama
manusia. Sebab pemilik setiap hati bukanlah mereka, mereka
hanya dititipi sebuah hati dan diminta untuk menjaganya
dengan sebaik mungkin.
Maka bila demikian, sudah sepatutnya tidak terlalu banyak berharap
pada makhluk. Agar kecewanya tidak terlalu dalam, agar
sembuhnya ketika patah bisa segera membaik.
Iya, meletakkan harap dengan sekadarnya sahaja. Begitu seharusnya.
Maka untukmu, selamat menenun harap yang baik pada-Nya saja,
Jangan takut patah, sebab keputusanmu telah benar dengan
menyandarkan bahagiamu pada-Nya sahaja.
~andromedanisa~
Thursday, 13 December 2018
BICARA SAHABAT...TERSENYUMLAH
Tersenyum tidak bermakna gembira
ceria tidak bermakna bahagia...
tenang hatinya tidak bermakna
setenang raut wajahnya...
indah matanya tidak bermakna
seindah perjalanan hidupnya
andai yang dilihat itu bahagia...
selamilah kelukaannya...
andai yang dilihat itu gelak dan tawa
rasailah kepedihannya...
Ukhwah itu mudah
Ukhwah itu indah...
Ukhwah juga pembawa riang tawa
dan mesra
ukhwah jualah yang mmenghapuskan
mutiara jernih
tatkala ada yang menitiskan tanpa
sengaja...
Ya Allah..
manisnya anugerah-Mu
indahnya nikmat-Mu
lebih indah lagi kerana ia terjalin
di atas jalan-Mu
Ya Rabb...
Alhamdulillah ku amat bersyukur
mengenali mereka yang selama ini
tidak pernah ku kenal...
semoga ukhwah ini terjalin buat
selamanya...
In shaa Allah.
PELIHARA LIDAH
Dalam media sosial menyebarkan maklumat palsu dan mengadu domba serta menimbulkan fitnah yang dirancang amatlah mudah. Tetapi disebabkan dosa ini telah sebati dalam diri maka ia dianggap normal sehinggakan dirasai pelik jika ada orang yang tidak terlibat dalam dosa mengata, mencaci, membuli orang.
Manusia telah sampai pada tahap hilang rasa kesian, prihatin, empati dan simpati pada orang lain. Ini merupakan tanda-tanda sakit jiwa yang teruk yang dialami secara beramai-ramai dan dikongsi secara meluas setiap saat. Demi memburu gerakan viral antarabangsa maka berlumba-lumbalah manusia menaip komen paling pedas dan tajam sedunia. Ada satu hadis yang dikhaskan untuk para wanita yang memiliki penyakit jiwa yang teruk sehinggakan tidak pernah rasa puas hatinya jika belum mencarut sesuka hati dalam komen bengis mereka di media sosial.
Ditanyakan kepada Nabi s.a.w. : "Wahai Rasululllah, sesungguhnya si Fulanlah suka solat malam, puasa di siang hari, mengerjakan [berbagai kebaikan] dan bersedekah, tetapi dia suka mengganggu para jiran tetangganya dengan lisannya? Rasulullah bersabda: Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka. Mereka pun bertanya lagi: Sesungguhnya si Fulanlah [yang lain] mengerjakan [hanya] solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorang pun? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dia termasuk penghuni syurga". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Wahai wanita, malangnya jika lidahmu menjadi sebab diharamkannya syurgamu! Penjarakanlah ia semoga Allah menolong kita daripada kejahatan diri sendiri...
~ Hentikan Trend Buka Aib Di Media Sosial!!~
KHASIAT ALAMI
LADA BENGGALA
Lada benggala memiliki pelbagai variasi dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Lada benggala memiliki pelbagai warna daripada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat sehinggalah hitam.
Walaupun warnanya berbeza, semua jenis lada benggala ini tergolong dalam tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya, Capsicum annuum.
Rupa lada benggala adalah seperti loceng yang memiliki lobus atau cuping sebanyak tiga atau empat. lada benggala berwarna hijau dan ungu memiliki rasa yang sedikit pahit. Sementara warna merah, oren dan kuning lebih manis seperti rasa buah.
Di dalam lada benggala terdapat antioksidan dan zat fito anti keradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoid dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta -karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin.
Lada benggala juga kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium. Berikut adalah kebaikan lada benggala untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN TAHAP KOLESTEROL.
Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam lada benggala dikenali sebagai capsaicin dan ia hanya dijumpai dalam jumlah yang kecil. Capsaicin memiliki antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan anti diabetik.
Sebagai perangsang kardiovaskular, lada benggala dikatakan mampu membantu dalam merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolesterol.
Ciri-ciri pemanasan dalam lada benggala dikatakan amat berguna untuk merawat masalah peredaran yang kurang baik pada tangan dan kaki.
Ia dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL buat mereka yang obes. Capsaicin juga mampu meningkatkan kadar metabolik tanpa menaikkan tekanan darah dan kadar denyut janyung sekali gus membantu dalam mengurangkan berat badan.
MERANGSANG PEREDARAN DARAH.
Warna merah lada berikutaan dengan kandungan vitamin A yang tinggi. lada benggala telah digunakan selama berdekad sebagai mangkin untuk herba-herba lain. Disebabkan lada benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah, ia dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan untuk sistem peredaran.
MELEGAKAN KESAKITAN DISEBABKAN ULSER.
Lada benggala juga dikatakan boleh digunakan sebagai bahan pembantu pencernaan untuk melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membran mukus pada perut dan melegakan kesakitan yang disebabkan ulser.
BAIK UNTUK PENGLIHATAN.
Kaya dengan vitamin C dan mampu membantu mencegah kebutaan waktu malam. Kehadiran karotenoid dalam lada benggala mampu merendahkan risiko kemerosotan makula dan membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.
MENCEGAH KEKURANGAN ZAT BESI.
Vitamin C dalam lada benggala dikatakan mampu membantu dalam penyerapan zat besi. Ini akan mencegah kekurangan besi dan anemia.
MENCANTIKKAN KULIT WAJAH.
Pengambilan lada benggala mampu membantu dalam penghasilan kolagen, satu bahan yang bertanggung jawab dalam kulit sihat dan anjal. Antioksidan dan fitokimia dalam lada benggala juga mampu membantu memastikan kulit kekal muda.
~sumber mingguan wanita
SAMPAI MASANYA KEKAYAAN TIDAK BERMAKNA..
Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini? Kemewahan? Kekayaan? Nama atau Popular? Jika semua itu yang dicari, banyak yang perlu difikirkan semula. Berapa ramai selebriti yang memiliki kekayaan, kemewahan, nama dan popular namun akhirnya membuat pilihan mengakhiri hidup dengan bunuh diri. Beberapa tahun kebelakangan ini ramai selebriti terkenal barat mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan membunuh diri. Sekadar menyebut beberapa contohnya, Chester Bennington [penyanyi utama kumpulan Linkin Park], Lex MacAllister [pelakon], Kurt Cobain [penyanyi Nirvana] Robin Wlilliams [pelakon] dan ramai lagi.
Begitu juga dengan negara Jepun yang serba maju, mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan penuh dengan pekerti murni. Hinggakan ramai pemikir hebat di Malaysia mengungkapkan kata-kata, "Jika mahu mencari Islam carilah di Jepun?" Namun disebalik semua itu kes bunuh dirinya juga tinggi.
Apa kurangnya dengan Korea Selatan, di mana ramai selebritinya memilih membunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada tekanan kehidupan. Kebanyakannya kisah yang disebut itu adalah manusia terkenal, kaya dan memiliki segala-galanya.
Cuma satu yang mungkin mereka tidak miliki rasa cinta, redha dan kebergantungan hidup kepada Allah. Kunci kepada segala-galanya dalam kehidupan ini adalah Allah. Terungkap dalam hadis Rasulullah s.a.w., "Perbuatan yang paling afdal ialah cinta pada Allah dan benci kerana Alla."
Ungkapan yang diluahkan oleh Steve Jobs, pengasas Apple Inc, amat mendalam maknanya. Dipetik luahannya, kekayaan yang dimiliki tidak akan kita bawa bersama saat mati. Rasa cinta, kasih dan sayang itulah kekayaan sebenar yang akan mengirngi sepanjang jalan kehidupan, memberi kekuatan, menerangi dan menceriakan hari-hari akhir.
Anda boleh mengupah orang lain menjadi pemandu untuk membawa ke mana saja arah hendak dituju. Anda juga boleh menggaji dan mengarahkan orang lain membawa keuntungan dan menghasilkan wang yang banyak. Tapi anda tidak boleh mengupah orang lain mengalihkan rasa kesakitan yang dialami.
Seluruh harta benda dan kemewahan yang hilang boleh dikumpulkan semula. Hidup.....apabila ia hilang tidak ada siapa yang mampu mengumpulkannya semula. Saatnya apabila diri melangkah masuk ke bilik pembedahan, bermakna sebuah buku 'kehidupan' sudah habis 'dibaca'- buku yang bernama Kehidupan Sihat. Itulah saatnya, tirai dilabuhkan dan berakhirnya.....
Kejarlah apa saja impian yang hendak dicapai, himpunlah segala kejayaan walau setinggi mana pun, semua itu terletak di tangan dan hati setiap orang. Sayangi keluarga, sayangi pasangan dan sayangi sahabat-sahabat. Jagalah dan sayangi diri sebaik mungkin. Dan jangan lupa untuk menggembirakan orang lain.
Itulah sebahagian ungkapan kata-kata dari Steve Jobs, walaupun dia bukan seorang Islam namun luahan hatinya boleh memotivasikan. Pada akhir hayatnya dia menyedari bahawa kekayaan yang dimiliki tidak bererti ketika berdepan dengan kesakitan yang tidak ada penawarnya hanya menanti saat kematian. Segala kekayaan yang diimiliki tidak mampu langsung untuk mengalihkan kesakitan yang dialami walaupun sedikit.
Namun Allah berikan cara yang terbaik untuk orang Islam melalui segala keperitan, kesulitan, kesusahan dan kesengsaraan. Allah yang memberikan kekuatan hati kepada manusia agar mereka menjadi tenang dan tenteram...
Tuesday, 11 December 2018
CETUSAN RASA
Takdir yang kita jalani sekarang, ibarat sedang meniti tepi jurang. Terus menjalaninya begitu mengerikan, mahu putar balik sama saja. Mahu lepas, ertinya kita harus lompat dan terjun ke bawah. Semua pilihan yang ada, nyaris kita tidak sanggup menanggung konsekuensinya. Sampai di titik kita hampir menyerah, saat kita membuka diri dan hati, saat kita melihat seksama. Ternyata kita tidak sendiri meniti jalan ini.
Semakin dekat semakin sulit untuk kita melihat, tapi semakin mudah hati kita untuk merasakan. Seperti itulah pencarian mu selama ini bukan?
Matamu menuju ke segala penjuru arah, terpesona pada paras`wajah dan apa-apa yang terlihat di matamu, terdengar di telingamu. Sementara yang benar-benar mengenalmu, ada untukmu, banyak berdoa untukmu, yang selama ini santun kepadamu adalah ia yang dekat denganmu. Hatimu tidak pernah kamu bawa ketika kamu mencari.
Beberapa dari kita terpaksa belajar di tengah perjalanan. Dan itu lebih sulit, daripada kita belajar sebagai persiapan di awal. Di hidup ini, ada banyak hal yang sebenarnya bisa dipersiapkan dengan lebih baik, lebih matang, sehingga di perjalanan nanti kita bisa lebih siap dengan segala tantangannya. Apakah kita baru mahu belajar berenang ketika sudah di tengah lautan. Begitu juga dengan pilihan -pilihan penting yang akan kita ambil...
~masgun
Monday, 10 December 2018
PESANAN ....
Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan surah Al-Hujurat: 11 dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: "Jika seseorang menceritakan sesuatu hal padamu lalu pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]
Seorang penyair menyebutkan
"Wajib taubat bagi manusia....
Namun meninggalkan dosa-dosa lebih wajib....
Sabar menghadapi musibah adalah berat....
Tapi hilang pahala adalah lebih berat....
Perubahan dalam setiap zaman selalu aneh....
Namun yang lebih aneh adalah kelengahan manusia yang semakin menjadi-jadi....
Sungguh cepat semua perkara datang dengan tiba-tiba....
Namun kedatangan maut adalah lebih cepat dan memeranjatkan...."
Berzikir kepada Alah itu merupakan magnet bagi setiap hati.
Ia akan menarik bagi orang yang suka berzikir dari kelalaian kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
[Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad]
Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur dengan berbuat ketaatan kepada Allah.
Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur didalam mentaati Allah." [Hadis riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya]
Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan dalam taat kepada Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya."
[Hadis riwayat Jabir]
Thursday, 6 December 2018
BICARA SAHABAT
Allah tak pernah janji langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.
Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan, Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
Redha dengan segala perancangan Ilahi, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang. La tahzan innallaha ma'anna . Jangan bersedih...Allah bersama kita.
SELALU BERSYUKUR
Selalu bersyukur dipertemukan dengan orang-orang baik, mengajarkan betapa hidup itu luas, tak hanya sebatas aku dan kamu. Tak lagi hanya melakukan ini untukku. Yang kemudian membuka kaca mata ini untuk melihat lebih jauh, mendewasakan nurani, mengerdilkan ego.
.....Yang kemudian membuka kacamata ini untuk melihat lebih jauh....
Tariklah nafas sejenak. Lapangkan dada dengan udara kau hisap. Biar hilang segala rasa sesak.
Pergilah ke mana pun kau ingin pergi. Larilah ke arah kau ingin sembunyi. Kau berhak menghilang sesaat dari dunia. Kau berhak meluangkan waktu sendirian saja.
Disaat orang lain sibuk terlelap, kau bisa bersujud lama-lama. Tumpukan segala keluh itu pada-Nya. Luapkan segala penatmu di hadapan-Nya.
Lalu jika kau sudah kembali siap, pastikan untuk menghadapi dunia dengan lebih bijak. Pastikan perjuanganmu terus berlanjut. Mengejar lagi daftar mimpi yang telah lama kau rajut.
Dan satu hal yang perlu kau ingat, setiap kali merasakan lelah, kau bisa mundur selangkah. Barang sejenak untuk menghilangkan penat. Tapi nanti harus kembali lagi dengan niat yang lebih kuat.
~catatan sederhana
Wednesday, 5 December 2018
CERTUSAN RASA
Sebab semua tangisan, lelah dan letih telah selesai engkau ceritakan kepada Allah dalam panjangnya bait-bait doa. Sampai akhirnya Allah kurniakan untukmu hati yang lapang, untuk melalui waktu demi waktu.
Allah Maha Mendengar.
Dan Allah, hanya Allah yang mengetahui bagaimana dalam menjagamu dengan penjagaan terbaik. Menenangkan hatimu agar engkau percaya sepenuhnya, bahawa semuanya akan baik-baik saja.
Sebab engkau telah memilih berserah sepenuhnya.
Sebab engkau telah memilih berprasangka baik kepada-Nya.
Maka bila hari ini ada sesuatu yang engkau tahu harus engkau ikhlaskan kerana-Nya, barangkali engkau sedang diuji untuk lebih mengetahu segalanya harus sesuai dengan yang Allah pinta. Bahawa segalanya adalah sementara bukan milikmu sendiri bahkan diri kita sendiri.
Seerat apa pun kita menggenggamnya. Sekeras apapun kita pernah mengupayakannya. Pilihannya tetap bagaimana Allah redha.
Tetaplah dengan tulusnya doa-doamu. Merendah, mengakui bahawa kita tak kuasa atas apa pun, bahkan diri kita sendiri.
Menyerah...
~menyapamentari.
Sunday, 25 November 2018
ARAHKAN HATI..
Sepatutnya para wanita menyedari, tidak semua perhatian kaum lelaki tanda mereka mencintai. Pun sepatutnya para lelaki memahami, tak semua respon baik kaum wanita bertanda mereka memiliki rasa.
Ini yang harus dipahat baik-baik pada hati yang masih sendiri.
Yang demikian akan kiranya para wanita mampu mengarahkan hati mereka kala tunas harap mulai menumbuh. Kebahagiaan dipedulikan sesama memang fitrah. Tapi ingat, ketika bahagia itu melahirkan kerinduan, lantas menyimak segala tentangnya menjadi kebiasaan, bukan itu yang dinamakan cinta, apalagi beratas namakan ukhuwah.
Pun pria, meski sebahagian besar peribadi lelaki terbilang abai, tapi rasa sayang juga tak hilang dari hati mereka. Meski karakter lelaki terkenal keras, tapi kelembutannya bahkan bisa memeras air mata.
Sebab itu mengenali wanita dengan akrab tak begitu saja menyelamatkan ia dari menaruh pilihan.
Fahamilah, hatimu miliki titik terdalam bernama nurani. Terkadang kita salah mentafsirkan rasa yang menyinggah, kagum, peduli, suka, semua dinobatkan cinta. Atau terbungkus segera dalam angan, aku ingin bersama dia.
Pada hali sedikit saja kita bersabar, merenungi hakikat rasa yang ada, tentu kita tak terjatuh pada perkara cinta. Perasaan kita tak mudah terbawa. Pun segala amalan kita tak lagi sekadar mendapat perhatian dan nilai darinya.
Fahamilah, hatimu berada diantara dua jari Allah. Itu tandanya bisa saja kita yang sebelumnya berdekatan, lalu jauh. Dan yang tadinya tak mengenal, lalu dekat seakan saling merupakan pakaian bagi sesama.
Pertanyaan sekarang adalah, untuk apa memelihara rasa dan angan yang belum tentu sesuai?:
Lakukan apa yang bisa kita lakukan. Ia itu dengan mengarahkan hati tuk senantiasa berbenah. Tuk sentiasa memberikan cinta pada yang berhak, serta kerap melangitkan dedoa pinta cinta mereka yang mencintai-Nya. Agar kelak, sebab cinta kita tak lain adalah redha Allah semata.
~Relawanliterasi
Saturday, 24 November 2018
BERTEMU AKAN BERPISAH
Seringkali kita menghindari apa yang dinamakan perpisahan. Kerana perpisahan seringkali meninggalkan bekas kenangan yang baik atau buruknya akan kita kenang atau kita abaikan.
Aku pun dulu demikian, menghindari perpisahan.
Tapi sering jalannya waktu, semakin mengerti. Bahawa cepat atau lambat perpisahan itu akan datang dengan atau tanpa kita kehendaki.
Kerana pertemuan adalah pesta yang dirayakan untuk menyambut perpisahan.
~menjalin
Friday, 23 November 2018
KEBAIKAN YANG HATI-HATI
Kebaikan itu lahir dari hati, bergetar dari hati yang kemudian menggetarkan hati-hati yang lain. Hati-hati yang tulus memberi akan mudah diterima oleh hati-hati yang lapang.
Hanya saja kebaikan yang lahir hari ini semakin sulit dikenali. Entah apa yang terjadi pada hati manusia. Apakah dunia beserta segala kepentingannya telah membuat orang lalai pada hati mereka sendiri. Tidak mengenali perasaannya, sibuk memanipulasi perasaan untuk kepentingan diri sendiri.
Semoga kebaikan-kebaikan itu kembali tumbuh bagai rumput, tidak mati begitu saja kerana terinjak, terpotong, bahkan kerana musim kering. Kalau suatu hari aku harus menentukan untuk hidup bersama siapa, aku hendak memilih dengan hati yang baik. Siapapun orangnya, siapa pun itu yang memiliki hati yang baik.
Thursday, 22 November 2018
PEREMPUAN...
Perempuan itu seperti kopi. Jika engkau abaikan, ia menjadi dingin sampai dalam hal cita rasanya.
Saat perempuan diam di depan orang yang ia cintai, maka munculah banyak kata dalam bentuk air mata.
Perempuan pada mulanya takut untuk mendekatimu. Namun pada akhirnya ia menangis saat engkau menjauh. Sedikit sekali yang memahami ini.
Perempuan itu mengubati pada hal ia demam, menghibur meski ia bersedih, bangun malam ditengah lelahnya dan menangis (bersedih) bersama siapa walau tak dikenalnya...
Jangan engkau mengetuk hati perempuan bila tidak membawa sekantung perhatian.
Perempuan yang tenang dan lembut, ternyata pembuat kebisingan terbesar di hati lelaki.
Perempuan sangat takut pengkhianatan, permusuhan, kehilangan dan tidak mudah melupakan perginya seseorang yang dicintainya, ia rela mengawasinya dari jauh...
Perempuan mampu mendidik anak tanpa seorang ayah. Tapi tak memungkinkan bagi lelaki mendidik anak tanpa ibu. Di sinilah keutamaan perempuan.
Maka janganlah kamu tanpa suatu apa pun, sedang menginginkannya (perempuan) memiliki segalanya...
Ketika ditiupkan ruh kepadamu, kamu berada di dalam perut perempuan. Ketika kamu menangis, kamu berada dipelukan perempuan. Dan ketika kamu merasa cinta, kamu berada di hati perempuan.
AKHLAK DAN ADAB
Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperolehi melalui mujahadah membersihkan hati...
Jangan pelik melihat orang berilmu tetapi tiada akhlak kerana hatinya masih kotor dengan dosa dan penyakit hati...
Tidak aku temui orang yang kuat berzikir, melainkan akhlaknya amat lunak dan menenangkan...
Akhlak dan adab mendepani ilmu. Ilmu tanpa adab dan akhlak itu umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang...
~Kalam Sufi.
Tuesday, 20 November 2018
BERARAK MENDUNG KELABU
Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh kehidupan
namun aku tetap akur
Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur
Derita oh derita
engkau di mana-mana
walau pun jauh aku lari
mahu pun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya
Derita oh derita
engkau di mana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma...
~allycat
MAULIDUR RASUL
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang)" (al-Ahzab: 21)
Indahnya peribadimu duhai Rasulullah bagaikan pancaran mata air yang tidak pernah kering, untuk diteguk oleh umatmu.
Sempurna akhlakmu memancarkan kejernihan budi di atas hamparan kemuliaan.
Engkau bagaikan permata yang menyinari diri dan umat dengan cahaya kebenaran.
Umpama pembawa obor penerang hidayah ketika berhala-berhala dijadikan tuhan sembahan.
Engkau membawa rahmat dan keberkatan disaat dunia gelap diserkup kejahilan.
Engkau tinggalkan dunia ini setelah lengkap risalah dan aturan.
Sedangkan kami sentiasa mendakap sebuah kerinduan.
Syafaatlah kami duhai Rasulullah, disaat gelap gelita menghadang.
Sedangkan kami pula tiada kuat untuk menahan...
Semoga Allah swt melimpahmu salam kesejahteraan, selama roda kehidupan dunia berjalan.
Juga kepada ahli keluargamu, berserta seluruh sahabat dan pendukungmu sekelian.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu cintakan Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ali - Imran: 31)
Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awal 1440H
~Kembara mencari Hamba~
Tuesday, 6 November 2018
ALLAH YANG BERKUASA
Memahami kedudukan Allah swt di langit adalah bukan daripada apa yang difahami Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana di dalam Al-Quran Nur' Karim menafikan akan keberadaan Allah swt di langit sahaja. Menyatakan Allah swt berada di langit, seolah-olah Allah swt berhajat pada tempat. Berhajat pada tempat itu adalah sifat makhluk.
Sedangkan Allah swt tidak memerlukan tempat, ruang dan masa. Malaikat Allah berada di langit. Allah swt meliputi bumi, meliputi langit, meliputi kursi, meliputi Arasy'. Semuanya itu adalah makhluk yang berada di bawah kekuasaan Allah swt.
Keberadaan tempat itu menunjukkan adanya batasan walaupun tempat itu amat luas. Sementara Allah swt tidak berbatas, tidak berhad. Tiada had. Oleh itu, soalan Allah itu di mana sudah salah. Jadi jawapannya itu juga mestilah salah. Kerana di mana itu menunjukkan tempat, sementara Allah swt tidak memerlukan tempat.
Allah swt itu wujud sebagaimana keadaan-Nya sebelum adanya ciptaan dan selepas adanya ciptaan-Nya. Dan jika kita perhatikan semua yang berada di cekerawala ini, semua bergerak didalam orbitnya. Lihatlah kehebatan Allah swt. Segalanya di dalam pentadbiran Allah.
Semua yang berada di dalam galaksi ini, bintang-bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah swt. dan berjalan di atas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada di dalam galaksi kita. Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak.
Di dalam Al-Quran, Allah swt mengatakan;"Dan kamu melihat dengan mata kamu gunung-ganang. Dan kamu menyangka gunung itu tetap. Kamu menyatakan gunung itu bersifat tetap." Tidak! Gunung itu bergerak. Kita juga bergerak. Dalam masa yang sama, Bumi ini juga bergerak pada orbitnya.
SubhanAllah, begini Allah swt mentadbir alam ini. Di dalam Allah swt mentadbir bintang-bintang yang besar, Allah juga mentadbir makhluknya yang kecil. Ilmunya Allah itu meliputi segala-galanya. Dalam Allah swt mentadbir berjuta-juta bintang, Allah tidak pernah leka mentadbir setiap bunyi tapak kaki semut. Allah tidak pernah leka dengan setiap degupan jantung seekor semut sekali pun.
Hatta di dalam diri manusia pun ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro, alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalamnya pentadbiran Allah.
Sehingga dilihat dalam dirinya manusia Allah swt ciptakan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, lihat nafsu Allah swt ciptakan di dalam dunia di dalam dirinya, roh, nafsu syahwat, hati , qolbi, sir, akal minda, sesuatu yang tidak dapat difahami dengan pemikiran seseorang dan ianya berada di dalam dirinya.
Allah swt tak pernah lalai walau sedikit pun. Allah tidak pernah penat dan letih dalam mentadbir segala-galanya. Semuanya dalam pentadbiran dan kekuasaan Allah. Kita hadir di dalam majlis ini, Allah swt yang menggerakkan kita untuk datang ke sini.
Tidak bergerak setiap pasir-pasir di pantai di dalam lautan, tidak gugur sehelai daun sekali pun dari dahan pokok sekali pun tanpa izin dari-Nya Allah. Allah juga menghidupkan, Allah juga mematikan, memuliakan dan menghinakan. Allah juga yang menggerakkan makhluk-Nya. Kita akan lihat Allah swt adalah segala-galanya. Segala-galanya di dalam kekuasaan Allah swt.
~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
Monday, 5 November 2018
BICARA SAHABAT
Saturday, 3 November 2018
ENGKAU REDHA KEPADA PERKARA YANG DICINTAI
Cinta dan redha. Dua sifat yang perlu ada untuk menjaga hubungan. Dengan siapa? Sudah pastilah hubungan dengan Allah. Bukankah hubungan itu yang lebih penting? Cinta dan redha itu sentiasa bergandingan. Sesungguhnya, apabila seseorang cinta terhadap sesuatu pihak, maka ia akan redha terhadap apa jua yang ada dan dilakukan oleh pihak yang dicintainya.
Bahasa mudahnya, ia memberi makna cinta datang terlebih dahulu, baru diikuti oleh rasa redha. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulum al-Din mengungkapkan, "Apabila tetap teguhlah gambaran cinta terhadap Allah s.w.t. serta tenggelam dalam keadaan tidak sudah-sudah mengingati-Nya, maka cinta sedemikian pastilah akan menerbitkan sifat redha terhadap apa jua perbuatan pihak yang dicintai (Allah), iaitu bagaikan sakit menjadi tidak terasa, atau kalaupun terasa sakitnya, tapi redha dengan rasa sakit tersebut."
Justeru, dua sifat mahmudah ini menjadi bertaut dalam penghayatan seseorang hamba dalam hubungannya dengan Allah. Sepertimana yang diungkapkan oleh seorang sufi, 'Umar b. 'Uthma al-Makki, "Ketahuilah bahawa cinta adalah termasuk dalam redha; maka, tidak ada cinta tanpa redha dan begitu juga, tidak ada redha tanpa cinta. Ini kerana engkau cinta hanya kepada perkara yang engkau redha; demikian pula engkau redha hanya terhadap perkara yang engkau cinta."
Maka itu, hal ini juga bermakna bahawa cinta dan redha merupakan rangkaian sifat yang tidak boleh dipisahkan. Ia terwujud secara serentak dalam penghayatan seseorang manusia, tanpa mengambil kira matlamat serta fokus ke arah mana cinta dan redha itu ditujukan.
Monday, 22 October 2018
MENJAGA PANDANGAN
"Kata Baginda Nabi, Tidak ada fitnah dasyat setelah aku terhadap ummatku melebihi, dasyatnya fitnah perempuan pada laki-laki. Kalau lelaki boleh jaga maruah, tak mengorat perempuan, tidak akan ada perempuan yang berlengguk-lengguk di tepi jalan. Wahai kaum laki-laki jaga maruah, tidak kacau orang, tidak ganggu orang, tidak mengorat perempuan, jika kamu menjaga itu, perempuan akan menjaga dirinya."
"Tapi perempuan akan mula jaga maruahnya, kehormatannya, apabila laki-laki yang mula menjaga dulu. Jika tengok perempuan berhias lebih-lebihan, tundukkan kepala, jika ia menggoda, dan laki-laki tidak melayan, pada saat itu perempuan akan menjaga maruahnya. Akan tetapi selagi lelaki gatal, selagi itu perempuan menggoda. Jadi kena mula dari siapa? Ya laki-laki dulu. Jangan salahkan perempuan sorang. Engkau jaga diri kamu, nescaya perempuan akan menjaga diri mereka."
"Sebab itu yang pertama sekali disuruh oleh Allah, adalah laki-laki. Ia itu katakanlah; "Wahai Muhammad, pada laki-laki untuk menjaga mata mereka. Yang kedua, menjaga pada perempuan. Wahai Adam dan Hawa masuklah kamu ke syurga. Wahai Adam dan Hawa iblis musuh kamu, Wahai Adam dan Hawa jangan sampai iblis keluarkan kamu dari syurga."
"Jika tidak kamu Wahai Adam akan celaka. Kenapa Adam saja yang celaka? Kenapa tidak kedua-dua? Ini sebab tanggung jawabnya itu ada pada laki-laki. Kita bukan kena garang pada perempuan, tidak saya tidak cakap begitu. Kita menjalankan tugas syarak, yang ditentukan syarak, seperti sesuatu yang dikehendaki oleh syarak, atu adalah tanggung jawab laki-laki."
~Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
Thursday, 18 October 2018
ESOK
Esok, ketika kekecewaan dan kesedihan hari ini membuat kita tersenyum. tersenyum kerana kita mengerti dan memahami mengapa kesedihan dan kekecewaan itu harus kita alami hari ini.
Kita bersyukur bahawa apa yang terjadi hari ini menghantarkan kita kepada kebahagiaan yang hakiki.
Esok, ketika segala penolakan yang kita terima membuat kita tersenyum. tersenyum kerana kita menyedari bahawa penolakan itu membuat kita menemukan apa yang sejatinya untuk kita, kita menemukan ketulusan yang kita cari susah payah hari ini.
Esok, ketika segala pengorbanan kita membuat kita lega. Kerana tidak ada yang sia-sia dari sebuah perjuangan dan kita menyedari bahawa apa yang sedang kita korbankan hari ini, entah itu waktu kita, tenaga kita, bahkan perasaan kita. Esok, seluruhnya tergantikan dengan sesuatu yang tak terduga dan itu membuat kita merasa pengorbanan ini terasa sangat berharga.
Esok, ketika kita telah sampai kepada jawapan dari pertanyaan-pertanyaan hidup kita hari ini. Menjadi apa nanti? Siapa pendamping hidup kita? Berapa anak kita? Kerja di mana? dan segala pertanyaan membuat kita resah. Kita memahami bahawa keresahan itu membuat doa-doa kita lebih memiliki kekuatan, lebih tulus dan lebih berserah.
Esok, apa yang terjadi dalam hidup kita hari ini. Akan kita fahami esok hari. Terus melangkah, meski melelahkan, meski menyita perasaan. Tujuan itu tidak akan ke mana-mana. Jangan berhenti nanti tidak sampai...
~dokterfina
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...
-
Kita selalu dinasihati supaya bersabar, tetapi jarang ditekankan tentang keperluan menepati waktu. Jika sabar itu nilai murni. B...