"Solat satu-satunya cara untuk tulang rawan mendapat bekalan darahnya," hasil kajian yang dilakukan oleh Osman Imamoglu, penyelidik dari Fakuliti Sains Sukan Yasar Dogu, Universiti Ondokuz Mayis, Turki.
Penting sangatkah tulang rawan hingga kita perlu menjaganya dengan baik? Jawapannya, SANGAT PENTING! Tanpa tulang rawan yang ada pada persendian nescaya setiap pergerakan yang dilakukan akan mengundang rasa sakit. Tulang dengan tulang akan bergesel, hilang kelenturan, sakit sendi dan paling kronik kita akan lumpuh.
Jika mengikut cara moden, tulang rawan dijaga dengan melakukan aktiviti secara teratur dan senaman. Tapi orang Islam ada keistimewaan kerana kita diwajibkan solat.
Pergerakan dalam solat itu adalah salah satu cara untuk menjaga tulang rawan kekal sihat. Memang benar solat itu adalah salah satu cara untuk menjaga tulang rawan kekal sihat. Memang benar solat itu adalah ibadat yang diwajibkan tetapi disebaliknya banyak manfaat kepada tubuh orang yang mengamalkannya secara khusyuk.
Apa itu tulang rawan? Tulang rawan adalah tisu hidup yang sangat unik kerana ia tidak mempunyai bekalan darahnya sendiri dan cara untuk ia mendapatkan nutrien dan oksigen ialah dengan menggerakkan sendi-sendi yang mempunyai rawan. Jika sendi itu tidak bergerak [umpamanya ketika menggunakan komputer] tisu rawan akan mati dan haus., lalu menyebabkan artritis, sakit sendi dan lumpuh.
Sebab itulah dalam al-Quran diperintahkan solat kepada kita, ".... dan dirikanlah sembahyang [dengan tekun] ; sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar....." [al-Ankabut: 45]
Nabi s.a.w. bersabda, "Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingati mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya)." [HR al-Baihaqi dalam kitab al-Zuhd]
KESAN FIZIKAL
menurut Osman Imamoglu, setiap gerakan dalam solat boleh dianggap sebagai senaman regangan, namun pergerakannya amat lembut dan mudah untuk dilakukan oleh orang pelbagai usia dan keadaan.
Otot yang mengendur dan meregang bersilih ganti apabila bersolat menghasilkan fleksibiliti tanpa mengundang rasa penat. Apabila kajian dilakukan, didapati gerakan dalam solat ini menyamai pergerakan yang dilakukan dalam yoga dan pilates. Namun begitu bukan bermakna kita menggalakkan orang Islam melakuakan yoga kerana solat itu jauh lebih baik.
Dengan mengkaji pelbagai gerakan dalam solat, Osman Imamoglu mendapati bukan hanya gerakan utama dalam solat yang bermanfaat, malah gerakan kecil seperti ketika iktidal, turun untuk bersujud, bangun dari posisi bersujud untuk berdiri, kedudukan tangan dan kaki semasa bersujud juga mempunyai kesan tersendiri.
Gerakan solat ini membantu proses pemulihan pesakit yang berumur dengan memperbaiki aliran darah dan menambah kecergasan otot dan tulang. Berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam jangka pendek adalah senaman ringan yang tidak memerlukan banyak tenaga dan membantu kesihatan mental dan fizikal seseorang. Segala pergerakan dalam solat mempunyai kesan secara langsung dan tidak langsung pada seluruh tubuh.
"Solat memperbaiki postur, meningkatkan pengambilan oksigen dan menambah fungsi sistem pernafasan, aliran darah, endokrin dan perkumuhan.
"Ia juga menguatkan ligamen dan tendon, mengelakkan kecederaan otot dan sendi, merehatkan mata, menyingkirkan cas elektrik dalam badan, artritis, hipertensi dan vena varikos.
"Fungsi organ seperti otak, jantung, perut, pundi kencing, pankreas, buah pinggang dan salur kencing juga bertambah baik apabila seseorang melakukan solat," penjelasan Osman Imamoglu.