Tuesday, 31 October 2017

KALAM HIKMAH



BANGKITLAH. ITU PERINTAH TUHANMU.

Malang sungguh andai al-Quran hanya dibaca ketika seseorang terlantar nazak padahal kalam Allah ini seharusnya diakrabkan dalam kehidupan muslim semasa sihat. Al-Quran bukan sekadar bacaan untuk orang yang mati, sebaliknya bacaan untuk mereka yang masih hidup agar hidupnya tidak mati sebelum hadirnya kematian sebenar. 

Mahu tip berjaya, kaya, cerdik dan lain-lain? Allah! Al-Quran ada semua itu.




MEMBACA

"Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan berdiam diri (untuk mendengarnya ) agar kamu mendapat rahmat."
[surah al-A'raf 7:204]

Membaca itu salah satu sumber pengetahuan. Mendengar juga kunci ilmu. Dua elemen ini perlu disepadukan dengan memerhatikan apa-apa yang dibaca dan didengar.
Apatah lagi jika yang dibaca , didengar, dan diperhatikan itu kalam-Nya yang penuh hikmah.





BERFIKIR.

"(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengirng dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
(surah Ali'Imran 3: 191)

Allah memuliakan manusia dengan kurniaan akal. Namun, adakah Dia menjadikannya secara kebetulan atau suka-suka? Sekali lagi, manusia tidak memanfaatkan sepenuhnya anugerah akal yang dikurnia Ilahi padahal banyak pelajaran yang boleh direnungi dalam hidup setiap hari.






MERANCANG.

"Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa-apa yang telah disediakannya ( daripada amalannya ) untuk hari kiamat, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu lakukan."
[surah al- Hashr 59: 18]


Perancangan muncul hasil daripada kekuatan tekad. Bukankah Allah menyebut: "Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Dia?"
Pastinya hanya dengan kesedaran hasil daripada membaca dan berfikir, baru muncul kekuatan dan kemahuan untuk merancang.






BERTINDAK.

"Sesungguhnya orang yang beriman dan melakukan amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya."
[surah Yunus 10: 9]

Inilah tingkat terakhir yang memerlukan usaha dan kekuatan. Hanya yang berbuat akan beroleh hasil. Menariknya, jika tulus dengan apa-apa yang dicari, Allah pasti akan menunjukkan arah yang lurus.



Friday, 27 October 2017

KENAL NABI


LEMAH LEMBUT TERHADAP WANITA.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. memiliki seorang penunggang unta yang bagus suaranya. Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya, "Wahai Anjasyah, janganlah kau pecahkan botol kaca." Maksudnya para wanita yang sedang dia bawa menaiki unta. (Riwayat Muslim)


CATATAN


1.  Rasulullah s.a.w. sangat cermat apabila berinteraksi dengan kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak. Baginda melarang umat Islam untuk menyakiti apatah lagi menzalimi mereka. Dalam peperangan pun, kaum wanita tidak dibenarkan dibunuh tanpa sebarang sebab.


2.  Nabi mengibaratkan wanita seperti kaca-kaca yang sifatnya rapuh dan mudah pecah. Wanita sinonim dengan sifatnya yang lembut, sensitif, serta lemah sifatnya berbanding lelaki. Oleh itu, Baginda menasihati orang lelaki untuk menjaga serta melindungi golongan wanita sebaik-baiknya.


3.  Baginda sangat prihatin terhadap kaum wanita baik dalam urusan dunia mahupun akhirat. Baginda akan meluangkan masa untuk mengajar ilmu agama kepada isteri dan kaum wanita lainnya.
Sedaya upaya Baginda membentuk para wanita menjadi golongan yang dipandang mulia, berilmu dan solehah.


4.  Rasulullah s.a.w. sering membela wanita yang lemah. Sebahagian besar isteri Baginda ialah janda yang kesusahan. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari atau mencederakan isterinya walaupun ketika dalam keadaan marah.



Thursday, 26 October 2017

KATA-KATA HIKMAH



~ Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.

~ Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

~ Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.

[HR MUSLIM]



~ Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?

[HABIB ALI ZAENAL ABIDIN]




Pernahkah kita merasai gula-gula yang pahit pada mula kita menggigitnya, namun, manis bila kita sudah mengunyahnya. Begitulah mujahadah. Hanya pada permulaannya sahaja, mungkin kita akan rasa keperitan dan kepahitan. Kerana Allah mahu menguji, apa benar mujahadah kita kerana-Nya? Sebab itu, Dia datangkan ujian dan cubaan untuk kita, yang bergelar hambanya.

Maka, jika kita sudah mengetahui betapa mahalnya syurga Allah itu, perlukah kita berusaha dengan lebih keras dan bersungguh -sungguh dalam mahu memenangi redha dan rahmat Ilahi, untuk kita ke syurga-Nya.
Usaha dan amalan ke arah kerja-kerja Islam perlu ditingkatkan. Ibadah juga perlu seiring ditingkatkan. Fokuskan hati untuk lebih mencintai akhirat. Bukan menjadikan dunia sebagai keutamaan.





Salah satu tanda Allah nak makbulkan doa kita, bila Allah gerakkan bibir kita untuk terus berdoa. Kalau hari-hari kita mohon syurga, maka ketahuilah bahawa Allah memang nak bagi benda itu..(syurga)


Ada kalanya Tuhanmu memberikanmu kekayaan dunia ini, akan tetapi, Dia tidak memberikanmu taufiq dan hidayat-Nya. Dan ada kalanya Tuhanmu tidak memberikanmu kesenangan dunia ini. Akan tetapi, Dia memberikanmu Taufiq dan hidayat-Nya. Demikian mana yang lebih baik? Jika kamu mengerti.
[Ibn Athoillah As Sakandari]





Manusia mencari makhluk demi makhluk, kerana kecewa dengan makhluk-makhluk sebelumnya. Maka merekalah yang sebenarnya mengecewakan diri mereka sendiri, kalau begitulah kisahnya.


Bersikap tegar dan kuatlah engkau di depan makhluk-Nya dan tunjuklah kelemahanmu hanya di depan Tuhanmu Allah Yang Maha Haq, seorang mukmin itu tegar dan kuat. Jangan sebaliknya engkau, malah menunjukkan kelemahanmu di depan manusia dan bersifat tegar(sombong) di depan Allah.
[Maulana Syeikh Yusri Rusydi Al Hasani]


Jangan tinggalkan perempuan sendirian. Bila taaruf , istikharah dan ternyata tidak sesuai, kenalkan perempuan itu pada sahabat lain sehingga dia bertemu jodohnya.
Taaruf itu pula, lakukan secara tertutup,  (dan menurut syara) Tidak dihebah-hebahkan.
[Syeikh Sufyan Nur Marbu Al-Banjari Al -Makki]


Jadilah orang yang selalu terlihat bahagia di hadapan manusia, walaupun hatimu menyimpan berbagai pedih dan luka.
[Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwy Alkaff]


Duhai anakanda, jika banyak merungut dan tidak redha dengan ketentuan takdir juga musibah. Maka kamu belum benar-benar bertauhid.
[Walid Al-Malik]



Pondasi agar seseorang mendapatkan kenikmatan dalam beribadah adalah menyatukan tujuannya hanya kepada Tuhan, lalu memaksa hati kita agar selalu menghadirkan Allah s.w.t.  dan bergaul bersama-sama dengan orang yang saleh dan membaca biografi mereka. Melalui semua itu seseorang akan mendapatkan kenikmatan dalam beribadah.

Seseorang arif ditanya: "Apakah mereka yang bermaksiat kepada Allah akan mendapatkan kenikmatan dalam beribadah?" Ia menjawab: "Tidak akan,bahkan mereka yang memiliki rencana bermaksiat tidak akan mendapatkannya."
[Al Alim Al Allamah Al Musrid Al Habib Umar bin Hafidz]





Akan tiba satu zaman di mana orang-orang tua kamu mengekali berbuat dosa, ulama kamu munafiq, orang muda kamu tidak lagi menghormati orang tua dan orang kaya kamu tidak lagi membantu orang fakir.
[Syaidina Ali bin Abi Talib]


Bagaimana mungkin hati mampu memahami kelembutan "rahsia" batin jika diri ini tidak pernah menghampiri gerbang taubat dari kesalahannya.
[Ibnu Atha'illah]


Berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan di dalam hati, kerana cahaya Allah itu akan dimasukkan ke dalam hati yang suci dan soleh.
[Habib Umar bin Hafidz]


Janganlah kamu mengharapkan hikmah dari-Nya, jika kamu banyak makan. Janganlah kamu mengharapkan kesucian hati, jika kamu banyak berbicara dan janganlah kamu mengharapkan khusnul khatimah, jika kamu cinta kepada dunia.
[Ibrahim bin Adham]



Wednesday, 25 October 2017

BICARA SAHABAT


Bukan mudah mempunyai hati yang suci dan tak membenci.  Kerana ia satu proses yang akan sentiasa kita pelajari sepanjang kehidupan. Tapi sekurang-kurangnya tutuplah kekotoran hati itu dengan adab dan akhlak yang baik., pemikiran yang baik dan perkataan yang baik.

Jangan tunjukkan di khalayak apa yang kurang baik yang ada dalam hati kita.
Stop the negativity please and try to see the beauty in people, things and life itself.

Berpesan dengan kebenaran.
Berpesan dengan kesabaran.






Ada sebab mengapa sesetengah cerita duka hanya berlaku dalam satu fasa tertentu sahaja dalam kehidupan kita.
Supaya kita belajar untuk sembuh, memaafkan dan melupakan.

Ada yang cakap,
"You have to tell the pain out loud to heal."
Tidak semestinya.
Kerana, 
Ada luka yang semakin dicerita, semakin ia berdarah kembali.

Jadi teruskan melangkah dalam kehidupan.
Duka semalam usahlah terus diratap
dan
Hiduplah untuk hari ini sekali lagi!

Life is a bless,
the same goes with living.
Right?






Jangan mulakan sesuatu jika kamu belum bersedia.

Orang mungkin akan salah faham dan akan anggap kamu sedang bermain-main.

Sedangkan kehidupan bukanlah satu permainan, dan bukan sesuatu  yang boleh dibawa main.





Itukah aku , Ya Allah? Dengan ibadah sering melalaikan. Dengan waktu sering terlenakan.
Pandai membicara kesalahan orang lain, tapi lupa dengan kesalahan diri sendiri.
Mengatakan sesuatu kebaikan, tapi tak melakukan.
Melakukan suatu keburukan, tapi tak mengakui....







Pada dasarnya perempuan adalah makhluk yang mengedepankan perasaan.  Setegar apapun sampulnya dalam menghadapi situasi, mereka tetap tak dapat merasa dan berfikir tanpa menggunakan campuran rasa sekalipun sedikit.

Sedihnya sebab apa saja, tangisnya bersumber dari mana saja. Maka wajar perempuan sering kali menangis, bahkan menangisi sebab mengapa dia harus menangis.

Selembut itu rasa kaum perempuan.

Hari kemarin, entah sebab lupa, emosi, keadaan atau entah apa pun itu, aku melupa itu semua.
Aku memilih menuruti aku yang juga ingin dimengerti. dan lihat hasilnya? Pada akhirnya yang lembut tetap saja terluka.

Jika diperkenankan, aku ingin mengais maaf dari kamu, kemudian mengulang suasana bicara seperti malam itu. saling nyaman  menyampaikan isi kepala, juga isi hati..

Tertanda; lelaki.




Tuesday, 24 October 2017

BICARA-BICARA AKHIR SANG KEKASIH



Detik yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam ialah saat menjelang masuk waktu zohor, hari Isnin. 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Itulah tarikh kewafatan Rasulullah s.a.w.  Anas bin Malik r.a. menceritakan, "Tiada hari yang lebih menggembirakan bagi penduduk Madinah selain daripada hari kedatangan Rasulullah ketika Hijrah. Dan tiada hari yang lebih menyedihkan bagi seluruh penduduk Madinah, lebih menyedihkan daripada hari kewafatan Rasulullah."

Apa yang dituturkan oleh Anas r.a. itu bukan hanya menggambarkan keadaan penduduk Madinah, tetapi ia merupakan kesedihan yang dirasai oleh setiap  umat yang menyayangi dan mencintai Rasulullah. Perasaan sedih mengenangkan peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita lemah.

Alangkah baik jika kita fokus kepada ajaran yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda. Apatah lagi terhadap pesanan ketika Baginda berada di hujung hayatnya. Ia pasti mempunyai nilai ilmu yang mendalam dan garapan emosi yang tersangat hebat.

Wasiat akhir Rasulullah s.a.w. dinilai sebagai pelengkap kepada keseluruhan ajaran yang telah diajarkan melalui bicara, perbuatan, sunah dan perjuangan sepanjang hidup baginda. Mari hayati pesanan Rasululllah agar kita mendapat inti pati terbaik daripadanya.



1. PESANAN AGAR MENGUTAMAKAN AKHIRAT BERBANDING DUNIA.

Rasulullah sentiasa mengajak umat baginda agar mengutamakan akhirat beebanding kehidupan dunia. Tarbiyah Rasulullah berpaksi untuk mendidik hati agar tidak terpaut terhadap dunia. Akhirat sentiasa diutamakan. ia bertindak sebagai pemangkin motivasi diri.

Berkata Aisyah r.ha, "Ketika Rasulullah sakit yang membawa kepada kewafatannya, aku mendengar Rasulullah menyebut, "Bersama mereka yang diberikan nikmat daripada Nabi-Nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Itulah sebaik-baik teman." Maka aku tahu bahawa Rasulullah memilih kehidupan akhirat berbanding dunia. [Riwayat al- Baihaqi]


2. PESANAN AGAR BERSIFAT TAWADUK.

Rasulullah terkenal dengan sifat tawaduk. Peribadi baginda dipenuhi sifat rendah diri. Ia menjadikan hati-hati manusia lunak kepada Baginda. Justeru, akhlak ini menjadi pesanan akhir Rasulullah. Baginda berwasiat kepada umatnya agar sentiasa merendah diri  dan bersifat tawaduk. Ibnu Mas'ud r.a berkata, "Saat Rasulullah sakit, kami menziarahi Baginda di rumah Aishah r.ha. Rasulullah s.a.w. berpesan sambil berlinangan air mata, "Janganlah kalian meninggi diri terhadap Allah, kepada hamba-Nya dan bumi-Nya. Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku dan kalian, 'Itulah kehidupan akhirat yang kami jadikan bagi mereka yang tidak mennggi diri di dunia dan tidak melakukan kerosakan itulah balasan bagi golongan bertaqwa.'

Dan Allah berfirman lagi, Bukankah neraka jahanam adalah tempat kembali golongan yang membesarkan diri?"" [Riwayat al- Thabarani dalam al-Du'a]



3. PESANAN AGAR BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH.

Rasulullah mendidik umat perkara paling asas dalam soal hubungan makhluk dan khaliq. Insan yang sempurna iman sentiasa percaya dan yakin terhadap Allah. Ini terjelma di dalam hatinya apabila sesuatu dugaan itu berlaku, sejauh mana mereka bersangka baik terhadap Allah. Kerana pentingnya perkara ini, Rasulullah menyebutkan pesanan ini saat akhir hayat Baginda. Dari Jabir bin Abdullah berkata,
"Aku mendengar  Rasulullah bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, "Janganlah kalian mati kecuali dengan berbaik sangka terhadap Allah.'"
[Riwayat Muslim]



4. PESANAN AGAR MENJAGA SOLAT DAN MEMBERI HAK ORANG YANG MENJADI TANGGUNGAN.

Rasulullah sentiasa mengajarkan soal keseimbangan antara hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Baginda berwasiat sehingga ke saat terakhir tentang solat yang merupakan hak Allah. Disamping solat, Rasulullah berpesan agar menjaga hak sesama makhluk  terutama bagi golongan yang lemah. Dilaporkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata, "Kesimpulan wasiat terakhir Rasulullah adalah berkenaan solat dan menjaga hak terhadap mereka yang berada di bawah tanggungan."
[Riwayat Ahmad, an-Nasai dan al-Baihaqi]



5. PESANAN AGAR TIDAK MENJADIKAN KUBUR BAGINDA SEBAGAI TEMPAT SEMBAHAN.

Nasihat ini penting agar perasaan cinta terhadap Rasulullah tidak membawa kepada kesyirikan. Rasulullah bersabda: "Laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai tempat ibadah" dalam riwayat lain Baginda bersabda: "Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka telah menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai masjid." [Riwayat al-Bukhari]

Demikianlah beberapa pesanan Rasulullah pada saat -sat terakhir kehidupan baginda. Ianya merupakan nasihat yang bersifat menyeluruh. Ia menjadi pelengkap kepada apa yang telah ditinggalkan di dalam hadis dan sunah Rasulullah. Betapa mendalamnya perasaan cinta Rasulullah kepada umat. Ini dapat dirasai pada setiap patah pesanan Rasulullah tersebut.

Menjadi tanggung jawab bagi kita semua untuk melihat dan menjiwai setiap pesanan tersebut sebagai bukti cinta sebenar terhadap Rasulullah tersebut. Semoga dengannya, kita dapat bersama Rasulullah, dapat minum dari telaganya di hari akhirat kelak bersama para kekasih-kekasih Allah yang lain.


~Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali


Monday, 23 October 2017

4 AMALAN MULIA MENARIK KE SYURGA


Daripada Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah s.a.w.  bersabda maksudnya: 

"Siapa diantara kalian yang berpuasa hari ini?'

Abu bakar menjawab: "Saya."

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Siapa diantara kalian yang menghantarkan jenazah pada hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya"

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Siapa diantara kalian yang memberi makan kepada orang miskin hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya"

Rasulullah s.a.w. kembali bertanya: "Siapa antara kalian yang menjenguk orang sakit hari ini?" 

Abu Bakar menjawab: "Saya"

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah seseorang melakukan perbuatan ini melainkan dia akan masuk syurga." 
(Riwayat Muslim)


Friday, 20 October 2017

ADAB BERDOA. LEPAS DI MULUT, LEPAS DI HATI


Sudah menjadi amalan rutin ketika berdoa, individu meluahkan segala hajat tidak kira hajatnya panjang atau pendek maka semuanya diungkapkan dengan lidah secara jelas dan terperinci. Bagi individu yang kreatif serta mampu menyusun bait-bait doa yang indah serta berkesan di hati maka gaya bahasa yang indah itu diluahkan ke hadrat Ilahi.

Tidak kira daripada mana sumber doa yang dipilih, baik doa yang bersumberkan al-Quran dan al-hadis atau doa ciptaan sendiri, doa itu disebut atau diluahkan melalui mulut. Doa terus diamalkan sebagai  suatu ibadah yang dilakukan demi memenuhi keperluan hidup sebagai hamba.

Berdoa pada tahap inilah yang dimaksudkan dengan melepaskan doa di mulut. Cakap atau sebutlah segala hajat anda ke hadrat Ilahi berserta harapan doa itu diperkenankan. Usah jemu meluahkan permintaan anda melalui kata-kata kerana Tuhan tidak pernah jemu mendengar kata-kata permohonan daripada hamba-hambanya.


PRIHATIN SOAL HATI

Sebenarnya tidak ada kesalahan pada tahap doa di mulut ini. Individu bebas menyatakan segala doa dengan sepuas hati kepada Ilahi. Cabaran berdoa adalah tentang persoalan di hati. Adakah doa itu terbit daripada hati yang pasrah dengan menyerah serta melepaskan segala-galanya kepada Ilahi.

Sesungguhnya Islam amat mengambil berat tentang hati ketika berdoa. Hati menjadi tumpuan pandangan Allah swt. Hati menjadi penyebab bagi doa  diterima atau ditolak. Keadaan hati menyumbang kepada kesungguhan serta kepasrahan ketika berdoa.

Bagaimana dikatakan seseorang belum melepaskan di hatinya ketika dia berdoa, walau dia sudah melepaskannya di mulut? Contoh mudah, individu berdoa dalam keadaan lalai. Mulut berdoa tetapi hati dan perasaan entah ke mana. hati tidak memahami atau menghayati apa yang diungkapkan oleh mulut.

Contoh yang lain, individu berdoa dalam keadaan hati masih ragu-ragu terhadap Tuhan. Doa diluahkan di mulut namun hati masih ragu-ragu, adakah tuhan akan makbulkan doa itu. Hati masih ada rasa syak terhadap janji-janji Tuhan yang telah berjanji akan memperkenankan setiap permintaan hamba-Nya.

Sebagai contoh yang lain, individu yang berdoa dalam keadaan dia merasai bahawa segala yang dimiliki boleh membantunya andai hajatnya belum dipenuhi. Bagi individu yang berharta maka dia merasai hartanya boleh membantunya. Bagi individu yang berkuasa atau pengaruh maka dia merasai kuasa dan pengaruh yang ada itu boleh membantunya dalam keadaan tertentu.

Inilah gambaran berdoa tanpa melepaskannya di hati. Individu berdoa dengan kesombngan hati. Mereka berdoa sekadar melafazkan di mulut melalui kata-kata tetapi hati masih berprasangka negatif terhadap Allah swt.


BELAJAR PASRAH DIRI KEPADA TUHAN

Justeru itu, bagi mencapai maksud yang positif daripada doa yang dipanjatkan maka individu disarankan untuk berdoa dalam keadaan benar-benar pasrah diri kepada kepada Allah swt. Mulut melafazkan doa dan hati membenarkan kebesaran dan keagungan Ilahi.

Cuba didik hati untuk merasai bahawa diri ini tiada apa-apa [kosong] Segala yang dimiliki pada hakikatnya adalah kepunyaan Allah swt. Selarikan apa yang diucapkan di mulut dengan rasa di hati yang menyerahkan segala urusan hidup ini ke hadratNya. Mudah-mudahan hati beroleh kelapangan dan kepuasan pada setiap kali doa dipanjatkan.

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas." [Surah al-A'raf, ayat 55].


~ sumber majalah mingguan wanita.


BUANGKAN DENDAM.....MAAFKAN DIA


Hati disakiti, perasaan dilukai dan jiwa luka lantaran sikap orang lain terhadap kita. Setelah begitu teruk perasaan didera, mampukah kita memaafkan orang tersebut begitu sahaja?

Saya tahu jawapannya adalah sukar malahan adakalanya amat sukar, tetapi siapakah kita untuk terus memendam perasaan benci, marah dan kecewa pada orang lain? Allah sudah bekalkan perasaan belas insan dalam jiwa-jiwa manusia untuk kita hidup berkasih sayang dan bermaafan antara satu sama lain.

Lihatlah betapa kukuhnya jiwa belas insan dan pemaaf dari dalam diri beberapa ibubapa yang anak-anak mereka hangus terbakar dalam tragedi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah lebih sebulan yang lalu. Betapa mulianya hati mereka. Maafkan dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka. Iya ....bukan semua orang mampu menjadi sekuat itu hatinya.


Belajarlah memaafkan semua orang! Inilah pelajaran paling berharga yang saya dapat dari peristiwa dan tragedi menyayat hati. Saya juga selalu teringat kata-kata dan pesanan daripada pakar motivasi, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, maafkan semua orang setiap hari sebelum tidur. Bimbang tidur kita tidak bangun-bangun lagi selepas itu dan kita pergi dengan hati yang masih menyimpan dendam.

Memaafkan memang tidak semudah menyebutnya, tetapi apabila kita berjaya melaksanakan perkara ini, kesan dari dalam jiwa kita akan dapat kita rasai. Ia kemudian akan terpancar ke wajah. Inilah hikmah lain yang boleh kita peroleh apabila suka memaafkan orang lain, selain jiwa terasa tenang, dan wajah pun akan berseri.

Memang benarlah untuk apa kita menyimpan dendam kesumat di dada kerana dada kita sendiri pun akan terasa sakit kerana dendam itu. Selain rasa benci, marah dan tertekan, apakah kebaikan yang akan kita peroleh kerana menyimpan perasaan tersebut?


Kerap juga berlaku perselisihan antara rakan, adik beradik, ibu bapa dan anak beranak yang terputus kerana masing-masing lebih mendaulatkan rasa ego daripada merendahkan hati untuk saling memaafkan di antara satu sama lain.

Sebenarnya semua masalah seperti ini akan menjadi mudah, apabila kita berjaya memulakan langkah pertama iaitu melapangkan dada untuk memberi kemaafan, walau sebesar apa pun kesalahan orang lain kepada kita.

Semoga kita tidak terperangkap dalam ataupun tergolong dalam 'penjara dendam'. Dengan memberi kemaafan kepada orang lain, orang juga akan sentiasa memaafkan kita. Dan rezeki orang yang sentiasa memaafkan orang lain ini akan dilapangkan Allah, paling tidak rezeki hati yang tenang.

"Jangan biarkan hati kecil kita mati kerana membesarkan hati besar kita itu."





Wednesday, 18 October 2017

SUBHANALLLAH

















KESEDIHANKU.....


Kesedihan
kadang kala menginspirasikan
mendorong menulis
kata-kata memujuk diri dari hati
saat beban tak mampu dikongsi

tulis dan terus menulis
apa yang ingin didengari
sisi lain hati,  giat mencari inspirasi dalam mengharungi kesedihan

itu saat kuat...

Saat rebah
kesedihan membuatkan kita diam
menyimpannya semua dalam satu ruang
memilih diam sebagai jalan paling selamat
terlalu penat memproseskan segalanya
tulisan tidak lagi menjadi penyembuh sementara
kerana itu kadang diam
diam yang terlalu lama
diam daripada menulis

saat diam berbicara...







"Ada perkara yang perlu disyukurkan, ada perkara yang perlu disabarkan. Ada doa yang dimakbulkan
ada doa yang ditangguhkan."

untuk semuanya Alhamdulillah....


"Tanyalah diri. Bahagia yang kita cari, berpaksikan apa...
Rasa hati kita semata-mata atau redha Allah?"



"Buatlah kebaikan
Dan lupakan.

Taburlah budi dan bakti,
Dan lupakan.

Jangan menyimpannya terlalu kemas dalam memori
Takut menjadi racun kemudian hari.

Semoga, 

Saat satu hari nanti
Bila kau dikhianati
Bila kau ditinggalkan
Bila kau dilupakan
Bila tak ada yang mahu membantu
Kau tak terlanjur mengungkit
Kau tak terseksa mengingat
Apa dulu yang telah sanggup engkau lakukan
dan korbankan
Untuk insan-insan yang hari ini
Mencalar hatimu
Disaat engkau sangat memerlukan.

Lupakanlah segala kebaikan yang pernah engkau
lakukan
Semoga suatu hari nanti
Tak ada yang engkau ingat untuk kau
Sesalkan dan untuk engkau ungkitkan

Semoga, mudah-mudahan.

Kerana tak semua pertolongan
akan mampu dibalas juga dengan pertolongan.

Kesat air mata.
Ikhlas?
itu biar Allah yang menilainya.
Semoga, aku cepat lupa."



"I'm used to it
I'm used to being cancelled on
I'm used to being left out
I'm used to being the second option
I'm used to being forgotten about
I'm used to being ignored
I'm used to getting the blame

It's ok
So don't feel bad if you do any of these things to me
I've learned to keep my expectations low
Just so none of these things would matter...."


"Setidaknya, bentuk kasih sayang manusia yang paling sederhana,
namun paling nyata adalah, kehadiran."



"Lewat doa-doa yang disemai,
pasti ada yang menumbuh mekar.

Doa tulus sang hamba
Tak akan Tuhan biar tidak berjawab.

Semoga saat Tuhan memakbulkan setiap
doa-doa itu,
Kita benar-benar telah bersedia."



" It's not about perfect. Its about effort. When you bring that effort single day, that's
where transformation happens."

"If someone really wants to see you, they'll find a reason, they'll find a way, and they'll make the effort."







"Jika kau bersedih,
Aku faham.

Jika kau perlukan masa
Aku faham.

Tapi jika kau melukankan semua yang
menyayangi kau
Hanya untuk menyatakan bahawasanya
engkau seorang saja yang terluka,
Kau silap.


It's always good to be sad sometimes.
But it isn't when you're shutting doors to people,
As if you're blaming life for what had happened,

Don't. "









Always remember
No matter which situation
you're in right now.

Allah chose it for you.
Don't be sad.
Don't complain.

Allah knows best.
And he will give you the best.
Even if it takes time.

Be thankful for everything,
Say Alhamdulillah.



Tuesday, 17 October 2017

PRASANGKA....


Prasangka
Bagaimana rasanya miliki prasangka? Yang terjebak pada hal ambigu yang diciptakan sendiri. Mengapa tak kau tanyakan pada yang bersangkutan? Hati yang bertanya-tanya itu tak boleh hidup dengan baik. Rasanya mengetahui hal sesungguhnya bukankah lebih baik daripada memendam rasa penasaran. Ungkapkan ....



Yang sulit bukan melupakan, melainkan menerima keadaan...

Sudahlah...Ia memang datang di hidupmu untuk memberi pelajaran meski harus dengan cara yang menyakitkan. Belajarlah menerima, lapangkanlah dada. Menangislah sepuasnya., tapi cukup sebentar saja. Terlalu larut dalam kesedihan boleh menjauhkanmu daripada prasangka baik terhadap Tuhan.

Sudahlah....Yang harus pergi biarlah pergi. Tidak perlu diharap datang kembali. Belajarlah menerima keadaan bahawa ada banyak pelajaran yang boleh membantumu memperbaiki diri. Cubalah melihat sesuatu bukan dari satu sisi.

Sudahlah.... Jangan terus sedih.



Sebab aku selalu percaya, disetiap jarak yang Tuhan ciptakan ada pelajaran yang seharusnya difahami.
Aku pernah mengeluhkan jarak, berpuluh-puluh kali hingga lelah datang sendiri. Aku pernah menyesalkan jarak, beratus-ratus kali hingga bosan kemudian menghampiri.
Aku pernah mengutuk jarak, beribu-ribu kali hingga lupa sendiri dengan segalanya.
Namun aku pernah sekali bersyukur dengan hadirnya jarak yang ternyatakan mendekatkan, dan setelahnya aku tidak pernah lagi meragukan apa-apa yang Tuhan takdirkan.
Sebab ternyata selalu ada yang boleh dimaknai jika kita melihatnya dari sudut yang tidak sama.


Sunday, 15 October 2017

MENUJU BAIK


Dalam  hidup ini, akan selalu ada perubahan yang terjadi. Tentu dari kita selalu menginginkan perubahan yang baik. Di dalam perjalanannya berubah, ada yang berusaha menjaga sikapnya terlalu dalam, berusaha terlihat seperti orang lain, hingga tak nampak  lagi tingkahnya yang biasa. padahal tidak perlu seperti itu.

Perjalanan menuju baik jangan sampai membatasi hal-hal pernah disukai. Jangan sampai cara berpakaian membatasi diri akan kecintaanya dengan alam, hobi mengunjungi tempat-tempat yang jauh jaraknya atau kesukaan mendaki puncak...

Selama itu baik, kenapa tidak?

Tetaplah memeluk erat semua mimpi-mimpi. Tak perlu menghapus cita-cita yang sudah sejak lama dilukiskan dalam relung hati. Tidak usah khawatir. Jangan sampai perjalanan menuju baik  membuat diri harus menghilangkan impian sejak kecil. Peluklah mimpi -mimpi itu di jalan yang benar. Selama itu baik, kenapa tidak?

Kehidupan ini sebentar adanya, sedangkan dunia ini begitu luas diciptakan oleh-Nya. Cubalah melihat langit dari tempat yang berbeza-beza. Meski langit tidak selamanya biru, kerana dengan hiasa mendungnya ia akan menjatuhkan titik-tik airnya. Walaupun begitu jangan sampai kaos kaki luput dari kaki. Sebab barangkali , hujan adalah salah satu cara Allah menguji mereka yang sedang dalam perjalanan menuju baik.

Jangan sampai perjalananmu menghambat hal baik lainnya. kerana perjalanan menuju baik itu harus menyenangkan.

Selama itu baik, kenapa tidak?

Tetaplah konsisten dala berpakaian, dalam perjalanan akan selalu ada penghalang, dan boleh jadi dari orang terdekat pula. Semoga itu tidak menjadi penghambat yang begitu bererti.

Jangan lupa sentiasa berdoa dalam perjalanan. Jangan lupa menyiapkan bekal. Semoga bertemu dengan orang baik, semoga sampai dalam keadaan baik.


SURAT UNTUK UMMI


Seterang rembulan seelok embun di pagi hari
Jiwa seolah-olah masih merindu pada elegi pagi
Setitik demi setitik mulai merekah
Pena usang mulai menjalankan tugasnya
Huruf demi huruf mulai kurangkai
Kata demi kata kutuangkan dalam secarik kertas
Kalimat demi kalimat terlihat mulai tersusun rapi pada kertas putih
tanpa noda


Terangkai penuh cinta dan tertulis selembut sutera
Sepucuk surat untuk ummi tercinta
Sebuah kertas untuk wanita yang menjadi ratu bahkan bidadari
dalam istana kecilku
Dari seorang anak gadis yang masih terlatih menuju cahaya kedewasaan


Teruntuk engkau wahai bidadari yang selalu menemani
Tak ada satupun  yang mampu kubalas dari setiap titis air susumu
Takkan mampu kubalas seluruh waktu yang kau berikan serta kasih sayang
yang telah kau sirami pada jiwa ini
Aku hanya mampu  menjaga setiap kewajibanku
Hanya mampu menjalankan setiap amanahku
Ku saring dengan baik-baik setiap kata yang keluar dari
gerakan lidahku
Keran itu dunia tahu, anak ini digurui oleh seorang bidadari


Gertakanmu mampu menebas
Tak punya izin darimu bak malapetaka bagiku
Kerana amarahmu adalah luka bagiku dan bahkan lebih dalam bagimu
Serta mengertikan bahawa aku masih mengecewakanmu
Walau begitu kekanak-kanakannya anakmu
Akanku terus mencuba agar menjadi dewasa
Mendewasa untuk tidak mengecewakanmu dan menjadi yang terbaik
untukmu


Bila kumampu membawa seseorang ke jannah-Nya
Maka sudah pasti engkau juga akan kubawa bersama
Kukepakkan sekuat-kuatnya doaku agar terus terbang ke langit
Kujaga namamu dalam setiap baris doaku
Sebagai tanda sayang dan cintaku padamu
Kerana batinku tahu, selalu ada ingatamu tentang diriku dalam setiap
waktumu
Kerana jiwaku yakin bahawa tanpa aku mengeluh sekalipun,selalu ada
namaku dalam setiap deret doamu


Anak gadismu yang masih belajar.




Saturday, 14 October 2017

PERSAHABATAN


Di sini aku memahami, bahawa persahabatan adalah mekanisme keterkaitan kaitan dua arah. ketika satu mengingatkan, lainnya pun mengingatkan kembali, itulah indahnya.

Kerana setiap orang perlu untuk ingatkan

Bahkan yang terlihat paling bijak sekalipun

Kerana setiap orang perlu untuk dikuatkan

Bahkan yang terlihat paling tegar sekalipun

Sebagaimana Allah memberikan Harun untuk Musa...


CETUSAN MINDA



Tanda orang kalah itu menghina
sebab melawan itu sudah tak bisa
kerananya bila engkau mulai dicela
itu tandanya engkau lebih darinya.

Tak jatuh kehormatan orang yang dihina
justeru yang menghina jadi terbuka
dia bisa dinilai oleh semua manusia
atas buruknya lisan yang berkata.

Tak hilang muka orang yang dicela
malah pencela tampakkan muka
bahawasanya celaan yang dia bisa
tak mampu menandingi karya.

Hadapi cela dengan manisnya rupa
perilaku buruk dengan akhlak mulia
malaikat akan mencatat juga manusia
bahawa yang sabar itu baik akhirnya.

Anggapan orang bukan nilai diri kita
tapi ketaatan itulah takaran jiwa
penilaian Allah cukup bagi kita
ketaatan yang berujung bahagia.


~ustaz FelixSiauw


Friday, 13 October 2017

PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK...



Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat menempuh kehidupan ini dengan lebih tenang dan teratur. Biarkan apa yang dirancang itu mengikut kemampuan diri supaya lebih mudah dilaksanakan.

Perancangan amat penting sebagai persediaan menghadapi segala kemungkinan kesukaran atau kesenangan yang bakal ditempuh. Hidup tanpa perancangan, ibarat kapal layar yang sedang belayar di lautan tenang, kadang kala tetap juga boleh tersesat tanpa haluan. Apatah lagi jika laut bergelora, pastinya akan terumbang-ambing dipukul ombak.

Tanpa perancangan, hidup kita pasti penuh dengan ketidakpastian. Oleh itu, sebagai individu atau ketua keluarga, mahu tidak mahu, anda harus ada perancangan dan matlamat hidup. Meskipun sudah merancang hidup, jika bertembung dengan perancangan Allah, amggaplah itu kudrat lemah kita sebagai hamba-Nya. Ketentuan Allah lebih berkuasa. Maka, percayalah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang, Dia yang menentukan hala tuju hidup hamba-Nya, sungguhpun kita berusaha menggapai segala impian mengikut perancangan, tetapi Dia tetap penentu segala-galanya.

Yang pasti, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Teruslah teguh berdiri mengharapkan rahmat-Nya. Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik untuk kita. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan hebat.

Benarlah sebagaimana firman Allah;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi [pula] kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah: 216]


Setiap manusia bercita-cita untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Dalam kita membuat perancangan, tanpa kita sedar, Allah juga merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmah disebaliknya tidak kita nampak. Ketika kita menyalahkan takdir di atas sesuatu perkara, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah kita terfikir pun sepanjang hidup. Saat itu barulah kita sedar betapa indahnya perancangan Allah.

Percayalah, Allah tidak pernah terlepas pandang setiap hamba-Nya. Walaupun kita sering lalai dan ingkar dengan setiap suruhan-Nya, namun Allah tetap limpahkan kita dengan rezeki yang baik. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kita. Adakalanya apa yang kita hajati itu lambat dimakbulkan oleh Allah. Mungkin Allah mahu gantikan dengan perkara yang lebih baik melalui jalan yang berbeza. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.




HILANG


Sampai waktu yang terbuku
Hilanglah manis selirik senyum
Pergi kasih pergilah rindu
Dalam mimpi hadirmu menguntum.

Thursday, 12 October 2017

DOA



DOA ADALAH OTAK IBADAH

Doa tidak sekadar menjadi ibadah tetapi ia juga menjadi otak ataupun inti ibadah. hadis berikut menjelaskan:

"Doa itu adalah otak ibadah." (Hadis laporan imam yang empat, disahihkan oleh Tirmizi)

Imam Syaukani di dalam bukunya, KitabTuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Oleh sebab doa adalah otak atau pun inti ibadah, setiap ibadah tanpa doa bagaikan buah tanpa isi ataupun umpama jasad yang tidak memiliki otak yang waras.

Oleh itu Allah memerintahkan manusia berdoa kepada-Nya dan mengatakan orang yang enggan berdoa adalah mereka yang sombong di hadapan-Nya. Alangkah buruknya manusia yang sombong di hadapan Allah. Bagaimana seorang hamba yang lemah dan hina sanggup sanggup bersikap sombong di hadapan Allah hingga tidak mahu berdoa kepada zat yang mencipta dan memberikan rezeki kepadanya, yang menghidupkan dan mematikannya, serta yang memberi pahala dan seksaan kepada seluruh umat manusia? Tidak diragukan lagi, kesombongan seperti itu adalah gejala ataupun bibit kekufuran manusia atas nikmat yang Allah berikan kepadanya.


DOA ITU MULIA DI SISI ALLAH

Berdasarkan dua keterangan di atas, tidak ada yang lebih mulia kedudukannya di sisi Allah selain doa. Dalam hal ini, Abu Hurairah merekodkan, Nabi Muhammad menyatakan:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa." (Hadis laporan imam yang empat dan disahihkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim)


~ sumber dari buku Dahsyatnya Doa Ibu.

Wednesday, 11 October 2017

MEMILIKI HATI SETERANG BINTANG



Maksud: "Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan nur Allah adalah seperti sebuah lubang yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu pula laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang diberkati iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mengemukakan pelbagai perumpamaan untuk manusia. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu." (Surah al-Nur 24:35)

Intipati Ayat.

Apabila seorang mukmin meletakkan iman dan al-Quran dalam hati, maka dadanya seperti misykah iaitu lubang yang tidak dapat ditembusi.

Pelita besar ialah al_Quran yang berada dalam dada. Kaca pula seperti hati yang bertindak menjaga al-Quran. Manakala bintang yang berkerlipan seperti mutiara adalah bandingan hati yang telah disinari oleh al-Quran dan keimanan.

Seterusnya, maksud ia dinyalakan oleh minyak daripada pohon yang diberkati adalah melambangkan keikhlasan yang bertapak dalam hati Mukmin.

Pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya pula merujuk kepada kondisi Mukmin yang sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah bahkan selamat daripada fitnah. Walaupun ditimpa ujian, dia akan diberi kekuatan oleh Allah.







Hidayah Allah.

Pada dasarnya, seluruh alam semesta berada dalam kegelapan. Kemudian Allah memberikan cahaya-Nya pada tempat tertentu dengan menjadikan bintang, matahari dan bulan sebagai sumber cahaya yang menerangi sekelilingnya. Oleh yang demikian, kita dapat fahami secara zahir bahawa nur yang dimaksudkan adalah cahaya.

Namun dari sudut yang lain, nur bermakna hidayah yang Allah kurniakan buat hamba-Nya yang terpilih.

hal ini sebagaimana hadis Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk -Nya dalam kegelapan, lalu Dia melemparkan kepada mereka suatu cahaya daripada cahaya-Nya. Maka sesiapa yang terkena cahaya itu, dia mendapat petunjuk dan sesiapa yang terlepas daripadanya, maka dia akan sesat." (Riwayat al-Bazzar).  

Malah menurut Al-Nasafi dalam tafsirnya dan Al-Suyuti dalam Al-Dur al-Manthur, daripada Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Ubay, Allah memberikan cahaya-Nya kepada orang beriman sekali gus menjadikannya berada dalam naungan Allah cahaya Allah. Ayat ini merujuk kepada Mukmin yang berpegang teguh kepada iman dan al-Quran.



Cahaya Atas Cahaya

Apakah yang dimaksudkan dengan cahaya  atas cahaya? Bukankah secara zahir, ia dilihat seolah-olah
perkara mustahil?

Cahaya di atas cahaya ditafsirkan dengan lima cahaya yang diperolehi oleh Mukmin iaitu percakapannya cahaya, amalannya cahaya, kedua-dua tempat masuk dan keluarnya merupakan cahaya lalu disempurnakan baginya cahaya terakhir iaitu syuga yang akan menjadi tempat kembali pada hari akhirat.

Sebaliknya orang yang ingkar pula percakapannya kegelapan, amalannya kegelapan, kedua-dua tempat keluar dan masuknya kegelapan dan kesudahannya pada hari akhirat juga kegelapan iaitu neraka. Nauzubillah!

Orang kafir tidak ubah seperti mayat yang hidup dalam kalangan manusia. Dia tidak mengerti tanggung-jawab  kepada orang lain. Demikianlah mafhum tafsiran Ubay bin Ka'ab seperti yang dikemukakan dalam  Al-Dur al- Manthur.

Apabila nur Allah menerangi hati, wajah dan lisannya juga akan diliputi cahaya. Hasilnya, kata-katanya ibarat ubat yang menenangkan. malah hatinya akan ikhlas dalam segala tindak tanduk yang dilakukan.

Sebaliknya orang yang tidak beriman kepada Allah akan berada dalam kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan atas kegelapan. Percakapannya menyakitkan hati, bahkan perilakunya pula menimbulkan keresahan manusia di sekitarnya.

Malah hidupnya penuh pembohongan. Dia sentiasa memandu manusia berpandukan syahwat dengan menawarkan kesenangan yang hanya berbentuk fatamorgana. Malangnya, ada juga manusia yang menurutinya sekaligus terjebak dalam keseronokan yang menipu bahkan berakhir dengan kesengsaraan.

Sesungguhnya Allah akan membimbing hamba-Nya yang dikehendaki kepada cahaya-Nya. Perbanyakkanlah berdoa. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kelompok tersebut.

Wallahu a'lam.



Dua Golongan.


Hidup dalam cahaya

* Orang yang berilmu.

* Hidup dengan aman dan tenang bahkan dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat.

* Diibaratkan seperti orang yang dapat melihat dengan baik di tempat yang teduh dan sejuk.


Hidup dalam kegelapan

* Orang jahil

* Tidak berilmu.

* Hidup sempit dan kacau bilau.

* Dibebani pelbagai kesusahan dan kesengsaraan.

* Diibaratkan seperti orang buta dan berada pada tempat yang amat panas.



~sumber majalah al-ustaz.

DALAM HATI SIAPA TAHU



PERASAAN DALAM HATI TIADA SIAPA YANG MENGERTI.


Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?
Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih?
Adakah kenyataannya seperti kta lihat?

Hati tidak ada seorang pun  yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadang kala kita tidak dapat memahami apa yang ada didalam hati.

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagiaan itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita sedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika kita berasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.

Cukuplah diri kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.

"CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG."

Waktu ini disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Saya dapat bayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, di sini ada hati yang terluka kerananya, sedih kebahagiaan yang dirasakan olehnya.

Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa.



DALAMNYA HATI SIAPA YANG TAHU?


Senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan pada setiap orang didekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah dan tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu.

Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahu dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit dan lara hati ini.

Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan kita, ketika tak seorang pun memahami perasaan dalam hati kita.


SubhanallahWalhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati kita yang sedang kita pupuk kembali. menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.


"Sabda Rasulullah saw: "Perbanyakalah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan" (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.)

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil ni'mal maula mani'man nashir


Ya Rabb....

Semuanya datang dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepada-Mu Ya Rabb....

Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hatiku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tiliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaran-Mu Aamiin Allahumma Aamiin.


~blog Aku Islam


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...