Friday, 31 March 2017

BUKTI CINTAKU...


Cinta itu indah. Sudah menjadi fitrah manusia untuk dicintai dan mencintai. Namun jika ianya disalah ertikan mampu membuatkan setiap yang mengalaminya terluka dan terpesong dari erti cinta yang sebenar.

Cinta merupakan anugerah Allah pada setiap hambanya yang bergelar makhluk, seperti manusia.
Corak penyampaian cinta setiap makhluk Allah adalah berbeza satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis cinta antaranya, cinta kepada Allah, agama, para Nabi, ibu bapa, keluarga, sahabat dan harta benda.

Cinta kepada manusia sentiasa berubah-ubah dan mudah pudar. Namun cinta yang paling agung dan hakiki adalah cinta hamba kepada Penciptanya. Sebagaiman firman Allah swt yang bermaksud:





"Katakanlah ( wahai Muhammad): " jika  benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ( ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Surah Al-Imran- ayat 31 )

Menerusi ayat suci ini, dapat diringkaskan bahawa cinta yang sebenar adalah milik Allah. Sekiranya seseorang individu ikhlas mencintai-Nya, Allah akan lebih mengasihi dan mengampunkan segala dosa hamba-Nya.

Cinta perlu dibuktikan. Apa bukti cinta kita kepada pencipta kita, Allah? Mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala dan menunaikan kewajipan berzakat adalah salah satu daripada manifestasi kesyukuran hamba kepada Tuhannya.

Harta benda merupakan sesuatu yang sangat dicintai manusia. Hakikatnya manusia tidak akan memberikan sesuatu yang menjadi milikan melainkan cinta kepada Yang Maha Esa melebihi segalanya.

Menunaikan zakat menunjukkan sikap sanggup berkongsi harta yang dimiliki individu dengan golongan yang memerlukan. Ini kerana, harta yang Allah berikan bukan untuk mereka sahaja, tetapi terdapat hak insan lain. Atas sifat mengasihi Allah ke atas hambanya, maka digantikan dan ditambah-tambah lagi harta mereka dengan pelbagai nikmat lain seperti keluarga bahagia, hidup yang berkat, kesihatan yang baik dan sebagainya.

Terdapat banyak kelebihan pada hamba yang mencintai Allah dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan balasan di dunia. Sama halnya dengan mengeluarkan zakat, Allah bukan sahaja memberi keuntungan di dunia, bahkan lebih banyak lagi di akhirat.



CINTA SAMPAI KE SYURGA


Mari kita lihat cinta milik siapa, dibekal oleh siapa, dan sampai ke mana? Maka jawapannya pastilah cinta itu adalah anugerah daripada Allah, milik Allah dan usaikan hingga ke syurga.

Mari kita bayangkan akhirat pula. Di Mahsyar nanti kita bertanggung jawab ke atas diri sendiri, tidak ada siapa yang dapat menolong sesiapa, 'nafsi-nafsi ' sendiri-sendiri.







CINTA DIRI SENDIRI

Ini bermakna cinta pertama yang harus dimiliki ialah mencintai diri sendiri sebagai hasil ciptaan Allah. Bagaimana mulakan cinta diri sendiri  untuk dibawa sampai ke syurga?
Proses ini tidak akan berlaku jika pemilik diri tidak mempunyai ilmu tentang Penciptanya, terutama tentang kasih cinta dan kemurahan Allah.

Kehebatan kekuasaan Allah ialah dengan menyedari bahawa fizikal kita semuanya ciptaan Allah, minda kita hadiah daripada Allah, dan roh kita ciptaan Allah.


 

Sudahkah kita mencintai semua anggota kita yang dianugerahkan ini? Dan kita harus tahu bagaimana untuk mencintai diri ini hingga layak sampai ke syurga. Dan jika diri ini tidak sampai ke syurga, bagaimana pula kita mahu menghantar ahli keluarga  kita ke syurga dengan cinta ini?

Mulailah dengan mencintai anggota fizikal yang nampak dan dapat disentuh, dilihat dan dirasakan. Betapa ramainya kita yang tidak berasakan [dengan perasaan, bukan dengan ingatan] bahawa seluruh anggota tubuh kita ini adalah pinjaman daripada Allah.

Oleh itu cintailah diri kita dahulu semasa di dunia, agar sentiasa bersih daripada dosa dengan menjaganya daripada terjebak dengan hal yang boleh membawa murka Allah secara sedar atau tanpa disedari dalam setiap gerak hidup kita.



Inilah namanya membina  matlamat diri. Matlamat hidup kita adalah untuk menjadi hamba Allah, bukan hamba perut dan bukan hamba dunia. Kita mahu disebutkan sebagai khalifah Allah di dunia [melakukan semua hal kerana Allah] dan memenuhi janji untuk menjadi calun syurga Allah di dunia dan di akhirat. Jika matlamat ini tercapai barulah kita mampu berkata..."Saya ingin masuk Syurga dengan cinta Allah ini."

Setelah diri layak menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, dan Khalifah Allah, maka barulah kita luaskan cinta kita kepada anak dan ahli keluarga yang lain untuk dibawa bersama kita ke syurga, atas dasar cintakan mereka kerana Allah....

~sumber iman.






Thursday, 30 March 2017

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Hidup manusia penuh dengan rahsia. Hanya sebahagian kecil rahsia kehidupan ini yang kita ketahui.
Selebihnya hanya Allah yang tahu. Ada beberapa perkara yang tidak kita ketahui dalam perjalanan hidup ini iaitu jodoh, rezeki dan ajal.

Inilah yang sering menjadi kejutan, Allah sentiasa menguji kita sebelum memberi hadiah yang terbaik. Ada orang yang terlalu rapi perancangannya sehingga dia yakin dan meletakkan pengharapan paling tinggi kepada semua impian dan bertekad merealisasi semua cita-cita yang tersimpan di dalam sanubari....

Puas berusaha tetapi tidak berjaya. Sehingga berasa kecewa dan hampir putus asa. Namun Allah tidak pernah kejam kepada hambanya, kejutan diberikan. Di sebalik musibah dan dugaan tersebut hamba ini dilorongkan ke jalan lebih baik.

Perancangan Allah jauh lebih cemerlang dari cita-cita asalnya. Saat ini diri terasa begitu kerdil. Baru kita sedar, akal yang diberikan begitu dangkal sehingga kita menjadi buta melihat sesuatu lebih indah yang Allah mahu berikan kepada kita.

Dan inilah namanya manusia, kesilapan sentiasa menjadi teman yang mengajar kita erti sebuah kehidupan.....



RAHSIA CANTIK DARI SERATA DUNIA...


CHINA

Wanita dari China mempunyai kulit yang putih dan bersih....amalkan mencuci wajah dengan air rendaman beras. Beras dikatakan kaya dengan antioksidan dan dapat membantu melambatkan penuaan.




KOREA

Jika inginkan kulit yang cerah dan kemerahan amalkan pengambilan ginseng seperti wanita Korea. Herba ini digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan dan ramuan untuk merawat pelbagai masalah kulit. Ia membantu menjadikan kulit cantik dan sihat.




INDONESIA

Seperti yang kita ketahui wanita Indonesia tidak dapat dipisahkan dengan jamu. Mereka menggabungkan herba terpilih seperti kunyit, temulawak dan manjakani untuk merawat kecantikan dalaman dan membantu melangsingkan tubuh, hasilnya  wajah tampak muda dari usia.




ISRAEL

Kaum hawa di sini yakin dengan khasiat lumpur hitam yang berasal dari Laut Mati. Mereka berendam di dalam lumpur ini sambil menggosokkan badan. Ia bukan sahaja menjadikan kulit cantik, membuang sel kulit mati dan merawat masalah jerawat pada tubuh.





INDIA

Minyak kelapa digunakan untuk merawat pelbagai masalah rambut seperti kering dan bercabang. Selain itu mereka juga menggunakan kunyit hidup sebagai lulur untuk merawat masalah kulit. Hasilnya kulit menjadi lembut dan halus.




YUNANI

Wanita di sini memasak air dengan Rosemary. Ramuan ini digunakan untuk membilas rambut agar bersinar, sihat dan beralun cantik. Ia semula jadi yang menjadikan mahkota wanita Yunani menawan.





AUSTRALIA

Minyak tea tree digunakan secara meluas untuk merawat kulit di Australia. Titiskan minyak ini di dalam pembersih, kemudian oles pada wajah. Campuran minyak tea tree akan membantu membersihkan kulit secara mendalam disamping mengekalkan lelembapan kulit.




Wednesday, 29 March 2017

KENALI LELAKI

KENALI LELAKI MELALUI SUKAN KEGEMARANNYA....


BOLA SEPAK


Lelaki yang gemar sukan begini memiliki sikap suka bersaing.
Tapi awas! 
Bila mereka sudah teruja dengan perlawanan
anda  di sebelah pun tidak dihiraukan...




BADMINTON

Lelaki sebegini fokus dan miliki kemahiran tersendiri.





TENIS

Lelaki yang menggemari sukan begini bersifat
mewah keperibadiannya.
Mereka juga ada sisi glamor yang membuatkan
wanita mudah jatuh hati padanya.




HOKI

Lelaki yang gemar sukan ini bersifat lasak dan fokus.
Dalam masa yang sama mereka juga
penyabar orangnya.




GOLF

Walaupun tiada pilihan terpaksa berpanas, namun sukan ini
tetap menjadi pilihan dan mempunyai minat yang
tersendiri. Lelaki yang menceburi sukan ini tidak terlepas
dipandang seorang yang macho dan mempunyai
'poket yang tebal'.





PING PONG

Pastinya lelaki yang terlibat dengan sukan ini bersifat
tangkas dan cepat bertindak terhadap sesuatu
situasi yang dihadapinya..



KALAM CINTA...



jika mencintai seseorang rahsiakan rasa cinta itu
kerana Allah Maha Mengetahui

jika kita mengasihi seseorang pendamkan rasa itu
kerana Allah merancang sesuatu

jika kita menyayangi seseorang hadirkan perasaan  itu
pada Allah kerana Allah pasti menyambutnya

jika kita merindui seseorang pasakkan perasaan di dalam
lubuk hati yang paling dalam

kerana Allah sudah menyimpannya di dalam
rasa yang perlu kita pendam

jika kita mengimpikan bahagia dengannya
alirkan dengan doa mujahadah pinta pada Allah

moga istikharah menjadi penawar gelisah
dalam berukhwah

jika kita hadir rasa cemburu terhadap seseorang jangan
sesekali kita luahkannya kerana dia masih belum milik kita


adulah pada Allah moga hatinya tetap untuk kita
moga rasanya ada buat kita
dan moga cintanya tersimpan rapi untuk hati
seorang perempuan yang bakal digelar isteri...







aku tidak minta dirimu sehebat mereka
mampu berpanah kata petah membuka bicara
yang aku pinta suci malumu menghiasi peribadiku
diammu bukan kerana tidak mampu berbicara
tetapi demi menjaga redha dan baraqah dari-Dia

aku tidak minta dirimu secantik bidadari dunia
mampu mencairkan mata dan hati adam yang terpana
yang aku pinta kecantikan akhlak luhur peribadimu
sopanmu tanda kau solehah
cintai agamanu bukti kau hamba Allah

aku tidak pinta darimu tulus menabur janji setia
merakam kata bahagia mengukir kata syurga
yang aku pinta bekalan nasihat dan doa darimu
setia menemani hari-hariku
tanda ingatan aku dan dikau kepunyaan-Dia

Aku tidak pinta darimu pandai bergaya
pakaianmu mengikuti corak semasa
yang aku pinta cerminan gayamu di dalam syarak agama
terpelihara auratmu, terjaga maruah dirimu dan keluargamu
lambang dikau serikandi agama

aku tdak pinta suaramu lunak yang mampu mengasyikkan mereka
alunan yang tega menggugat iman mereka
yang aku pinta suaramu yang mampu memberi kata semangat
kata nasihat disaat aku tenat pada detik aku tidak mampu untuk melihat
setia suara itu berdoa dan mengingatkanku bahawa kita ada Pencipta

aku tidak minta dirimu sempurna dari segala
tepat memenuhi cita rasaku
yang aku pinta agar aku mampu menjadi pelengkap hayatmu
melengkapi kekuranganmu dan kekuranganku
untuk sama kita rasa tribulasi ranjau kehidupan ini.


~secangkir bicara~

ANEKA PETUA...



TOMATO HILANGKAN SUNBURN.

Individu berkulit sensitif memang mudah terkena sunburn.Untuk membantu mengurangkan
kesan sunburn, boleh cuba gunakan tomato.
Caranya ialah cuci bersih tomato tersebut. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada
kulit wajah yang terkena sunburn itu dengan perlahan-lahan. Biarkan tomato itu kering di atas
kulit wajah anda. Kemudian cuci menggunakan air bersih dan lap kering.




RAHSIA CANTIKKAN KULIT WAJAH DENGAN AIS.

Ais boleh membantu anda mendapatkan wajah yang cantik. Oleskan ais  pada kulit
wajah setiap pagi dan sebelum tidur.
Kesannya anda akan dapat kulit wajah lebih bercahaya, pori-pori wajah yang semakin mengecil dan mengurangkan garis penuaan. Selain itu, kekerapan mengoles
ais pada wajah juga membantu menjadikan sapuan bedak asas lebih rata.




KUNING TELUR RAWAT RAMBUT GUGUR.

Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan menggunakan kuning telur. Caranya
ialah bancuh sebiji kuning telur bersama minyak zaitun. Kemudian sapu pada
kulit kepala dan biarkan selam 90 minit. Selepas itu bilas bersih dengan menggunakan
syampu supaya rambut kembali harum.
Hasilnya rambut anda akan semakin kurang gugur dan boleh bertambah sihat.





PETUA KURANGKAN SAKIT KEPALA.

Sakit kepala memang boleh mengganggu kehidupan seharian. Justeru cuba
hilangkan kesakitan itu dengan cara berikut. Minum jus limau purut hangat
seteguk demi seteguk dan berehat.
Boleh juga cuba bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata. Selain itu
cuba mandi dengan air hangat kemudian urut kepala sehingga ke bahagian
belakang leher. Selapas itu, rehatkan tubuh dan tidur seketika.





TIP SIMPAN SAYUR LEBIH TAHAN LAMA.

~  Pastikan sayur berkeadaan kering sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

~  Gunakan plastik menyimpan sayur-sayuran yang khas. Jangan bercampur-
  campur.

~  Rendam kertas putih kosong dalam air kemudian balut sayur berdaun
sebelum disimpan.

~ Potong belakang sayur jenis buah ( timun, lobak merah) Kemudian sapu
sedikit garam dan minyak kelapa ditempat yang dipotong.





ELAK WAJAH BERKEDUT.

Sering peningkatan usia wajah memjadi berkedut.
Elakkanya dengan memarut sebatang lobak merah kemudian satukannya bersama
tepung jagung dan kuning telur. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher
sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas bersih
dengan air suam. Amalkan selalu.






MENGHILANGKAN BISA TULANG.

Bagi menghilangkan bisa-bisa tulang, campurkan air sejuk dan air panas di dalam 
sebuah baldi. Letakkan sedikit garam dan amalkan mandi dengan air tersebut
setiap kali mandi. Di samping itu, makan tiga ulas bawang putih dan sebesar 
ibu jari halia yang sudah dibakar. Amalkan setiap tiga hari tiga malam.





HAPUSKAN KUTU.

Kehadiran kutu di kepala tentu merunsingkan. Hilangkan kutu dengan beberapa ulas
bawang putih yang ditumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan
lumurkan pada rambut. Balutkan kepala yang telah dilumur tadi selama satu jam
sebelum dicuci.






HILANGKAN GATAL DAN TANDA GIGITAN NYAMUK.

Bagi menghilangkan rasa gatal dan mengelakkan gigitan daripada bertanda,
ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam  jawa.
Sapu dibahagian gigitan nyamuk. In shaa Allah tiada bekas gigitan nyamuk
dan rasa gatal juga berkurangan.





ATASI KELESUAN.

Sekiranya tubuh anda  sering sahaja merasa kelesuan, didihkan daun mengkudu 
dengan sedikit halia. Tapis airnya dan amalkan meminumnya secawan pada waktu 
pagi dan petang. Tubuh akan segar dan bertenaga.




~sumber mingguan wanita.



ERTI KEHIDUPAN....


Pernahkah terlintas difikiran bahawa kehidupan harian kita  kurang bermakna. Hidup terasa kosong dan tidak ada apa-apa yang harus dicari dan direbut. Nikmat masa yang ada hanya perkara biasa dan ia dibiarkan berlalu begitu saja.

Berilah makna pada kehidupan ini. Rasakan bahawa kehadiran kita di muka bumi ini merupakan anugaerah besar daripada Pencipta. Setiap tindak-tanduk, pada setiap saat adalah amal-amal yang bermakna.

Secara semulajadi kehidupan seseorang itu adalah jangka masa yang Allah s.w.t. berikan kepadanya. Ia bermula dari nafas awal hingga ke nafas akhir. Antara nafas pertama dan nafas terakhir itu merupakan tempoh hidup seseorang di atas muka bumi ini.

Berapa jarak masa antara dua nafas itu tidak diketahui, tetapi jarak masa itu adalah usia seseorang di atas muka bumi. Usia itu ketentuan Allah s.w.t. yang patut dihargai kerana kehidupan merupakan anugerah.

Kita sedar bahawa ukuran kejayaan dalam hidup ditentukan oleh bagaimana individu memanfaatkan sensori tubuh bermula dari nafas pertama hingga ke nafas terakhir. Dengan kata lain deria tubuh sedar dengan setiap gerak geri yang dilakukan dalam kehidupan ini. 

Pada setiap saat atau setiap nafas, individu sedar dengan apa yang dia lakukan adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan bermakna untuk dirinya dan diri orang lain di sekitarnya....






Tuesday, 28 March 2017

DISEBALIK RAHSIA BUTA



Buta biasanya disabitkan dengan kehilangan fungsi salah satu pancaindera iaitu mata.
Walaupun begitu pada yang celik mata tapi tak tahu menilai apa yang dilihat menggunakan mata hati
pun tak guna juga dan ia dipanggil buta juga tetapi bukan buta mata tapi buta hati.

# buta dari melihat kebenaran akibat penglihatannya hanya memfokuskan melihat harta dunia dan kejahilan.

#buta mencari jalan ke majlis-majlis ilmu tetapi lebih gemar menyusuri lorong-lorong mungkar.

#buta mengejar kejayaan dan pangkat tetapi meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat yang kekal.

#buta hanya memandang pada paras rupa seseorang itu tanpa mengambil kira akhlak dan hati budinya.

#buta dari melihat kebesaran Tuhan yang Maha Pencipta tetapi lebih gemar menonton hiburan yang melalaikan.

#buta dari melalui jalan yang lurus dan telah ditetapkan landasanya kerana asyik melalui jalan yang bersimpang siur menuju kemaksiatan.


Daripada pengajaran di atas, seseorang walaupun ianya buta mata tetapi jikalau hatinya tidak buta hati, dia lagi mulia daripada orang yang baik pancainderanya iaitu mata tetapi hatinya terlalu buta hati.
Ibarat buta mata hati...




NASIHATILAH MANUSIA WALAUPUN KAU SEORANG PENDOSA...






Nasihatilah manusia walaupun Engkau seorang pendosa..Amanahmu sebagai Khalifah di atas muka
bumi.  "Amar Makruf Nahi Munkar"

Mungkin ada sebahagian orang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa  dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira.
Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorang pun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah s.a.w. tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

" Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah nabi Muhammad s.a.w.".


Said bin Jubair berkata:
"Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorang pun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar".


Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa'id bin Jubair berkata:
" Benar apa yang dikatakan Sa'id. Siapakah yang tidak memiliki sedikit pun dosa dalam dirinya?".


Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin Abdillah:
" Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu". Mutharrif menjawab: " Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan".


Al Hasan balik berkata:
" Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorang pun diantara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorang pun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran".


Berkata Ibnu Hazm:
"Apabila orang yang mencegah daripada perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak seorang pun yang mencegah dari yang munkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w.".


( Semua nukilan di atas dapat ditemukan dalam kitab Al-Jami'li Ahkamil Quran: 1/367, Al-Qurthubi).


Imam Nawawi berkata:
" Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal.
Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah.
Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu: mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran ; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut'.

( Syarah Shahih Muslim: 2/23, An -Nawawi ).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.


~sumber Jiwa Hamba

BUKAN MUDAH CAPAI KEJAYAAN...


Hidup ini memang penuh dengan perjuangan. Jika kita ingin berjaya dan menjadi manusia yang sukses maka kita perlu melalui proses-proses yang menyakitkan agar kejayaan dapat diperoleh daripada hasil usaha sendiri.

Dari kecil kita jatuh bangun penuh kepayahan. Sejak kecil kita sering sakit terhantuk dan tersadung kerana kaki kita yang masih lembik. Namun tanpa kita sedari dengan kesusahan dan kepayahan itulah akhirnya kita berjaya berdiri tegak dan berjalan sendiri.





Bukan senang untuk berjaya, tetapi itu tidak mustahil. Itu fitrah alam yang saling berkait rapat. Sebab itu kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan.
Dan untuk mendapatkan sesuatu memerlukan banyak pengorbanan dan sudah tentu pengorbanan itu memeritkan...akar bagi sesuatu pembelajaran amat pahit rasanya tetapi buah yang diperolehi amat manis.





Bak kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Begitu jugalah dengan kehidupan kita yang penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Seorang bayi dilhirkan ke dunia bersama tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi tangisan dan akhirnya , dia akan mati dan dihantar ke kubur dengantangisan juga.





Ada juga yang berpendapat bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah. Tetapi sebagai seorang Islam, kita tidak boleh mempunyai pendirian seperti itu. Jika kita mengutuk hidup, bererti kita mengutuk Penciptanya. Sedangkan Allah tidak mencipta kehidupan untuk menderita.

Hakikatnya kita diciptakan untuk menikmati hidup dan pulang ke akhirat untuk merasa kenikmatan yang abadi. Tetapi kita perlu berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita.




Sikap diri merupakan tunjang kepada kejayaan sendiri. Sikap yang baik mengelakkan diri kita daripada terus berserah dan bertawakal semata-mata. Rasa bertanggung jawab terhadap tugas membuatkan seseorang itu berusaha sendiri dengan kebolehan yang dimiliki dan akhirnya memohon pertolongan daripada Allah.

Sifat  kebergantungan pada diri sendiri perlu ada dalam diri dan masyarakat kerana sikap seperti itu membawa kepada kemajuan sesuatu bangsa.




~ sumber motivasi kehidupan.


Monday, 27 March 2017

KATA-KATA HIKMAH



Ketahuilah bahawa kesusahan itu dapat membuka pendengaran
dan penglihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu
mengingatkan hamba kepada Tuhannya dan dapat menambah
pahala.


Jangan terpengaruh dengan perkataan yang buruk dan ungkapan
keji yang dikatakan tentang dirimu, kerana kata-kata
itu akan menyakiti orang yang mengatakannya dan bukan dirimu.


Balaslah setiap kebaikan dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah 
kepada sesama manusia, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh dan ramaikanlah sahabat.


Diantara pintu kebahagiaan terbesar adalah doa kedua orang tua.
Oleh kerana itu, berusaha untuk mendapatkan doa
itu dengan berbakti kepada mereka berdua agar doa mereka
menjadi benteng yang kuat yang menjagamu dari semua
perkara yang tidak diingini.


Janganlah sekali-kali kamu melukai perasaan seseorang atau
kelompok tertentu. Jadilah orang yang mempunyai
lidah yang selalu berkata benar, bertutur dengan lembut, berbahasa indah 
dan jadikan orang yang ada di sekitar berasa aman.





Usahakanlah selalu membaca zikir-zikir tertentu, sebab ia
akan menjadi penjaga dan pelindung dirimu.
Didalam zikir ada kebenaran dan petunjuj yang akan membuat
waktu dirimu menjadi lebih bermakna.


Carilah rezeki yang halal dan jauhilah rezeki yang haram dan
janganlah dirimu meminta-minta kepada yang lain.


Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan
keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan
menghancurkan kasih sayang, dan memutuskan tali
silaturrahim.

Dahulukan dengan mengucapkan salam kepada orang lain,
hormati mereka dengan senyuman dan curahkan
perhatian kepda mereka agar dirimu menjadi orang yang
sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

Hindarilah kata 'nanti', menangguhkan pekerjaan dan
menunda kewajipan. Ketahuilah bahawa semua
itu adalah punca awal untuk kegagalan.





Biasakan diri dengan mengeluarkan sedekah meskipun hanya
sedikit kerana sedekah dapat memadamkan api
kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan keresahan
dan akan menambah rezeki.


Jadilah orang yang berpandangan luas. Berusahalah
untuk memaafkan sesiapa saja yang melakukan
kejahatan kepadamu agar dirimu boleh menikmati hidup
ini dengan damai dan hati yang tenang dan buangkan
jauh-jauh keinginan untuk membalas dendam.


Jangan buat musuhmu gembira dengan kemarahan dan
kesedihanmu kerana itulah yang diinginkan
olehnya. Jangan biarkan keinginan mereka untuk
mengeruhkan kehidupanmu.


Jangan menyalakan api permusuhan, kedengkian dan
kebencian terhadap orang lain dalam dadamu
kerana ia adalah azab yang menyeksakan seumur hidup.


Janganlah jadi seperti lalat yang hanya hinggap di atas
luka. Jangan terlalu suka diatas penderitaan
orang lain, membicarakan aib mereka, berasa senang
dengan kekeliruan mereka dan menginginkan
kejatuhan mereka.





Seorang mukmin tidak pernah bersedih kerana tidak
tercapainya dunia. Bahkan dia tidak cemas
dan tidak takut dengan bencananya, kerana dia tahu
bahawa dunia itu pasti akan hilang dan berlalu.


Jauhi cinta yang berlebihan dan cinta yang dilarang
sebab itu adalah azab bagi jiwa dan penyakit
hati. Segeralah bermohon perlindungan dan pertolongan
kepada Allah, berzikir kepada-Nya dan sibukkan
dirimu dengan ketaatan kepada-Nya.


Jika tali terlalu tegang, maka itu tandanya akan
putus.Jika malam sangat pekat, maka kegelapan
itu akan segera pergi. Jika urusan terasa
semakin susah itu ertinya kelapangan segera datang
Tidak mungkin satu kesusahan mengalahkan
dua kemudahan.


Setelah lapar pasti ada kenyang, setelah haus
pasti akan hilang dahaga, setelah sakit pasti ada
sihat dan setelah fakir pasti  ada kaya.
Kesedihan itu selalu diiringi oleh kebahagiaan.





Sunday, 26 March 2017

LIHATLAH AKHLAK TEMANMU...




Sesuatu yang sangat diharapkan itu justeru akan melahirkan kegelisahan.
Betapa banyak urusan yang berkesudahan dengan kegembiraan padahal permulaannya terasa begitu menyedihkan....

Seorang teman akan dapat mempengaruhi tingkah laku dan akhlak sahabatnya. Bila kita memiliki seorang teman, pasangan hidup, rakan pejabat....yang wajahnya berseri-seri, jiwanya tenang, dan optimis dalam kehidupan, maka dia akan mempengaruhi sifat-sifat mulia itu kepada diri kita.

Sebaliknya, apabila teman kita adalah seorang yang berwajah murung, berwatak bengis, gemar mencela, selalu cemas, lagi sentiasa gundah, maka sesungguhnya dia menebarkan kuman kecemasan yang hitam kepada sahabatnya dan menularkan penyakit itu kepada kita dan sahabat-sahabat yang lain.

Pertemuan itu tidak terbatas hanya kepada manusia . Di sana terdapat teman-teman yang lain, seperti buku, program-program di dalam televisyen, siaran-siaran radio, dan lain-lain. Di dalamnya terkandung hal-hal yang berfaedah dan sebaliknya. Di dalamnya ada yang membawa kegelisahan dan ada pula yang membawa ketenangan.

Maka apabila seseorang diberi taufiq untuk memilih buku-buku yang mendatangkan sikap optimis dan kesenangan dalam hidup, khususnya semangat perjuangan, kejayaan dan keyakinan diri, maka ia akan membuka banyak kebaikan baginya dan pintu-pintu pun akan meniupkan angin kejayaan dan kebahagiaan.

Namun apabila seseorang salah dalam memilih bahan bacaannya sehingga ia membaca buku-buku yang dapat menimbulkan kecemasan, menanamkan keraguan terhadap norma-norma kebaikan, memunculkan rasa tidak percaya kepada orang lain, dan menumbuhkan sikap tidak acuh terhadap kehidupan dan juga terhadap orang lain.

Maka sesungguhnya orang yang bersangkutan akan terpengaruh olehnya bagaikan kulit sihat dijangkiti oleh penyakit kurap. Adakalanya pula sikap tersebut akan mencemari kehidupannya hingga membuatnya menjadi keruh...






Jalan kebahagiaan ada di depanmu, carilah ia dalam
lautan ilmu , amal soleh dan akhlak
yang mulia. Bersikaplah objektif dalam setiap hal 
nescaya dirimu akan bahagia....


~sumber dari buku Jangan Bersedih
Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni~

Saturday, 25 March 2017

JADILAH PERMATA BERJIWA MULIA....


Pandanglah kehidupan dengan pandangan cinta dan optimis, sebab kehidupan adalah hadiah dari Allah untuk seluruh manusia. Terimalah hadiah dari Allah Yang Maha Esa dengan gembira dan senang hati.
Sapalah pagi dengan keceriaan dan senyuman yang indah. Sambutlah malam dengan keheningan dan ketenangannya. Jemputlah siang dengan keindahan dan kebahagiaan sinarnya.

Teguklah air yang segar sambil memuji dan bersyukur kepada Allah. Hiruplah udara dengan penuh kegembiraan dan kesenangan. Ciumlah semerbak harum bunga dan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pelajaran yang berharga darinya.

Nikmatilah anugerah yang diberkati di bumi yang ada pada berbagai jenis bunga, pada tiupan angin sepoi -sepoi pada keindahan taman, pda hangatnya sinar matahari dan pada cahaya rembulan.
Ubahlah semua anugerah dan nikmat alam ini menjadi modal dan membantu untuk menunaikan ketaatan kepada Allah, bersyukur pada-Nya atas semua nikmat yang telah diberikan-Nya, dan memuji-Nya atas kurnia dan anugerah-Nya.




Pemberian Yang Paling Utama dan Paling Jernih Adalah
Dari Mereka Yang Tidak Mempunyai Sesuatupun
Tetapi Mereka Mengetahui. Nilai Kata-Kata dan Senyuman
Kerana Berapa Banyak Orang Yang Memberi,
Tetapi Seakan-akan Bukan Pemberian Yang Mereka Hadiahkan
Melainkan Tamparan.





Tiada Suatu Kebahagiaan Pun Yang Lengkap Bagi
Seseorang Dan Tiada Suatu Kebaikan Pun 
Yang Sempurna Bagi Seseorang...

Usirlah Semua Kesedihan Dengan Menyebut Nama Allah
Yang Bergantung Pada-Nya Segala Sesuatu
Dan Hindari Serta Jauhilah Hawa Nafsu Yang Melenakan.

Jangan Biarkan Ada Sudut Gelap Dalam
Kehidupanmu Kerana Cahaya Itu Sudah Ada Dan Anda
Hanya Perlu Memicit Suis Untuk Menyalakannya.





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...