ALHAMDULILLAH
Sudah seminggu kita berada di bulan Ramadhan dan memberi ruang kepada kita untuk terus menambahkan amal dan ibadah kepada-Nya di bulan yang penuh baraqah ini. Mungkin ada dikalangan kita yang tidak merasai kedatangan ramadhan ini, melainkan berpuasa di siang hari. Tidak kurang juga diantara kita merasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraikan ramadhan pada tahun ini. In shaa Allah kita termasuk dalam golongan orang yang sering menantikan ramadhan ini.
Sama-samalah kita meningkatkan amalan kita di bulan ini. Mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita. Janganlah diharapkan imbalan yang kita boleh lihat pada masa sekarang. Fikirlah untuk kehidupan di masa akan datang, Itulah yang lebih berharga buat kita yang hanya bergelar sebagai musafir di dunia ini......