Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"
Murid 1 ... Orang tua
Murid 2 ... Guru
Murid 3 ... Teman
Murid 4 ... Kaum Kerabat
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Surah Ali Imran : 185)"
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 ... Negeri China
Murid 2 ... Bulan
Murid 3 ... Bintang
Murid 4 ... Matahari
Imam Ai-Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita , apapun kenderaan kita, tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita kena menjaga hari ini, hari esok dan hari -hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran AGAMA."
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 ... Gunung
Murid 2 ... Matahari
Murid 3 ... Bumi
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling besar sekali ialah HAWA NAFS (Surah A'raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 ... Baja
Murid 2 ... Besi
Murid 3 ... Gajah
Imam Al-Ghazali : "Semua itu benar tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
( Surah Al-Azab : 72), Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT. meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin )di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 ... Kapas
Murid 2 ... Angin
Murid 3 ... Debu
Murid 4 ... Daun-daun
Imam Al-Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar tapi yang paling ringan sekali di dunia ini MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."
Imam Al-Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid -murid dengan serentak menjawab... "Pedang."
Imam Al-Ghazali : " Semua jawapan itu benar tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."