|
Azan mula diamalkan oleh orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan Ibn Umar r.a.: Pada mulanya
ketika orang Islam yang berhijrah ke Madinah,
mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu,
tidak ada orang yang menyeru ( melaungkan azan ) untuk menunaikannya.
Pada suatu hari
Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpul para sahabat untuk bermesyurat tentang cara
untuk memberitahu masuknya waktu solat
serta mengajak orang ramai agar ke masjid untuk melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu terdapat beberapa cadangan.
Ada yang mencadangkan dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat.
Ada yang mencadangkan ditiup serunai atau trompet.
Ada yang mencadangkan dibunyikan loceng.
Semua usul diajukan ini ditolak oleh Rasulullah s.a.w.
|
|
Umar bin Al khattab mencadangkan diteriakkan ucapan :
"Telah datang waktu solat"
Cadangan ini diterima oleh Rasulullah s.a.w tetapi Baginda
menukarkan lafaz itu dengan lafaz
" assolata jami'ah" yang bererti "marilah solat berjemaah".
Pada suatu malam,
Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk
menyeru orang ramai bersolat iaitu dengan mengumandangkan lafaz
Allahu Akhbar....( dan seterusnya lafaz-lafaz azan ).
|
|
Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah s.a.w.
& Baginda berkata:
"Mimpimu itu mimpi yang benar
dan lelaki yang dalam mimpinya itu adalah malaikat."
Maka Rasulullah s.a.w. pun menyuruh Abdullah bin Zaid mengajarkan
kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan.
( Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini )
|
|
Apabila Bilal bin Rabah melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut,
Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya
sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya
Saiyidina Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang
Abdullah bin Zaid bermimpi.
|
- Olahan Sumber
Bahan Bacaan Ensiklopedia Solat.