Antara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan ketika membacanya adalah surah Al-Kahfi, tambahan pula dibaca pada hari Jumaat.
Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki 110 ayat. Begitu banyak hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini.Sebahagiannya adalah yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab sahihnya. Antaranya ialah:
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali Jumaat."