Saturday, 11 June 2016

Nilai Sekeping Wang Kertas.




                                         



Diandaikan dua keping wang kertas berlainan nilai ini mampu bercakap, boleh berkogsikan bersama untuk kita mengambil iktibarnya.
Andaikan mereka pernah disimpan bersama, kemudian dikeluarkan, terpisah dan bertemu semula. Di sebabkan lama terpisah mereka pun berbual-bual dan bertanyakan antara satu sama lain tentang pengalaman yang dilalui sepanjang tidak bertemu...

Dengan nada sinis wang RM 100 bertanya kepada wang RM1: " Kenapa badan kamu kelihatan begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

Mendengar pertanyaan tersebut, dengan sedihnya wang RM1 menjawab: " Macam mana aku tak lusuh dan berbau hamis, sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan buruh binaan, penjaja tepi jalan, penjual ikan dan akhirnya jatuh ke tangan pengemis."

Lalu wang RM1 bertanya balik kepada wang RM100: "Kamu pula , kenapa kelihatan masih baru, rapi dan bersih seolah-olah tidak terusik?"

Dengan bangganya  RM100 pun menjawab: "Manakan tidak, sebaik saja keluar dari bank, aku terus disambut oleh perempuan cantik, dan beredarnya pula di kedai-kedai dan restoran-restoran yang mahal, di kompleks membeli belah dan juga di hotel-hotel besar serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Wang RM1 mendengar jawapan daripada sahabatnya itu dengan tenang. Kemudian wang RM1 bertanya lagi: "Pernahkah engkau berada di tempat-tempat ibadah?"

Terkedu seketika wang RM100 mendengar pertanyaan tersebut, lalu menjawab: Ahhh....belum pernah." 

Lalu wang RM1 pun berkata lagi: " Ketahuilah sahabatku, walaupun nilai aku cuma RM1, tetapi aku selalu berada di tempat-tempat ibadah dan beredar dari tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin, namun tidak sedikit pun aku mengeluh, bahkan aku selalu bersyukur kerana walaupun nilaiku
kecil tetapi manfaat yang aku sumbang sangat besar.

Lantas menangislah wang RM100 setelah mendengar kata-kata daripada sahabatnya itu kerana dia merasakan dirinya begitu basar, hebat dan tinggi tetapi rupa-rupanya dirinya tidak bermanfaat selama ini.




MORAL: Jangan diukur berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi ukurlah berapa manfaat hasil pendapatan yang kita perolehi untuk digunakan ke arah kebaikan. Dan ingatlah bahawa kekayaan bukanlah untuk kesombongan......



-sumber dari majalah iman.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...