Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Tuesday, 21 June 2016
KATA-KATA ITU DOA
Dua orang sepupu, Azam dan Haikal sangat rapat dan selalu menghabiskan masa bersama-sama. Mereka pergi ke sekolah bersama-sama, mengaji dan Khatam Al-Quran bersama-sama, keliling kampung berkonvoi dan menghabiskan masa bermain juga bersama-sama.
Rumah mereka sebelah menyebelah.Sangat dekat. Mereka berkongsi telaga yang sama sebagai sumber air. Malah sayur-sayuran yang ditanam pun dikongsi bersama hasilnya.
Pada suatu hari, Azam dan Haikal bermain-main di halaman rumah mereka. Melihat buah jambu air yang merah ranum di atas pokok, mereka sepakat ingin memanjat pokok itu. Tujuannya satu, hanya ingin menikmati keenakan jambu yang banyak air itu di tengah-tengah terik bahang matahari.
Memanjat pokok itu kemahiran semulajadi yang dimiliki mereka berdua. Kurang seminit, masing-masing telah duduk di atas dahan pilihan mereka. Mereka memilih posisi yang memudahkan mereka untuk mencapai buah jambu air yang bergayutan.
Kedudukan Azam lebih tinggi daripada Haikal. Haikal memilih dahan yang rendah sedikit. Petik dan terus dikunyah. Seronok benar mereka menikmati jambu air segar dari pokok.
Ibu Haikal yang kebetulan baru memberi makan ayam di belakang rumah ternampak anaknya dan Azam yang berada di atas pokok.
"Haikal, buat apa di atas pokok itu? Nanti jatuh. Kan ada banyak kerengga tu," jerit ibu Haikal. Mendengar jeritan ibunya, Haikal segera menoleh ke arah suara itu. Akibatnya Haikal hilang keseimbangan badan dan ketika cuba menggapai dahan berdekatan, terpegang pula sarang kerengga yang berbalut kemas di balik helaian-helaian daun.
Gedebuk!! Haikal tetap jatuh ke tanah walau telah cuba mencapai dahan terdekat. Sewaktu Haikal hampir-hampir terjatuh, pokok jambu itu bergoyang-goyang. Azam yang berada lebih tinggi daripada Haikal turut hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.
Pada masa yang sama, bapa Azam yang berada di dalam rumah terdengar jeritan ibu Haikal tadi dan terus menjenguk ke keluar tingkap.
"Hati-hati Azam!! Pegang dahan tu kuat-kuat!!" Azam berjaya berpaut kuat dan bertindak segera turun dari pokok. Tiada apa-apa yang berlaku kepada Azam.
PENGAJARAN: Kata-kata mencetuskan doa. Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif. Begitu juga sebaliknya....
-- sumber majalah--
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...