Sunday, 5 June 2016

INFO

 Maksud Tanah Haram...


Selain kota Mekah, Madinah juga istimewa kedudukannya kerana diangkat menjadi tanah haram.Tanah haram bermaksud bumi yang aman untuk makhluk hidup. Di atasnya dilarang:

   Berlaku pertumpahan darah.

   Memburu haiwan.

   Menebang pokok.

Hadis Nabi s.a.w. menjelaskan:

"Ibrahim telah mengharamkan Mekah maka dia pun menjadikan Mekah sebagai tanah haram. Dan aku menjadikan Madinah sebagai tanah haram, iaitu wilayah yang berada antara dua jalan sempit diantara dua gunung, tidak boleh ada pertumpahan darah, tidak boleh membawa senjata untuk berperang, dan tidak boleh memukul pohon-pohonnya dengan keras (hingga berguguran daun-daunnya) kecuali untuk makanan ternak."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pembuka Kota.


Menurut pakar sejarah, orang yang mula-mula mendirikan atau membuka Madinah adalah seorang bernama Yathrib. Beliau keturunan Nabi Nuh dari generasi keenam atau kelapan, dan memimpin sebuah kabilah bernama A'bil.


Nama-nama
MADINAH

Madinah mempunyai banyak nama, ahli sejarah menyatakan kota ini mempunyai lebih 100 nama.Antara yang disebut di dalam hadis ialah:

* Yathrib


*Al-Madinah

*Thobah

*Thoibah

*Ad-Daar wal Iman

Selain itu, Madinah juga dikenali sebagai:

*Al-Mahbubah

*Al-Qasimah

*Darul Abrar

*Darul Hijrah

*Darussalam

*Darul Fatah

*Al-Mukhtarah

*As-Salihah

*Al-Munawwarah

Dan lain-lain.......






Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...