MEMBERI KASIH SAYANG Curahkan kasih sayang terhadap kedua-dua ibu bapa sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan oleh mereka....... |
MEMBERI NAFKAH
Menjadi tanggung jawab anak memberi nafkah
dan bantuan kewangan kepada ibu bapa.
Janganlah anak terlalu berkira dengan
ibu bapa kerana sumbangan itu
sebenarnya tidak seberapa berbanding apa yang
dibelanjakan oleh ibu bapa untuk membesar
dan mendidik anak....
MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL
Sekiranya ibu bapa hilang tempat tinggal atau rumah yang
diduduki tidak sesuai untuk di diami, maka menjadi
tanggung jawab anak menyediakan tempat tinggal yang
sesuai dan selesa.
Sebaik-baiknya, ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat
menjamin keselamatan dan keperluan seharian mereka
diuruskan dengan baik....
MEMBERI PERHATIAN
Ibu bapa yang diabaikan akan berasa kesunyian. Mereka
terasa disisih dan berasa tidak dipedulikan. Hal ini
akan memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan
Sekiranya dibiarkan berterusan akan memberi kesan kepada
kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.....
MEMENUHI PERMINTAAN
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding
tugas lain. Sesungguhnya memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik
berbanding melakukan ibadat sunat malah,
keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama
daripada berjihad di medan perang.....
MELAKUKAN APA YANG DISUKAI...
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu
yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak
disukai mereka bermakna melakukan perbuatan
derhaka. Anak yang derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat
keberkatan dalam hidupnya dan disegerakan
balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.....
BERCAKAP DENGAN LEMAH LEMBUT
Rendahkanlah suara dan lemah lembut apabila bercakap
dengan ibu bapa demi menjaga perasaan mereka.
Sesungguhnya anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan
suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan
ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang
mungkin menyinggung perasaan mereka.
Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk
menjelaskan keadaan sebenar.....
MENGHADIAHKAN KEJAYAAN
Sekiranya memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat
pekerjaan, dinaikan pangkat dan sebagainya, seharusnya dimaklumkan
kepada ibu bapa. Bawa kedua-dua mereka bersama-sama dalam
majlis untuk meraikan kejayaan tersebut.....
MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap
meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang
menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya....
MENDOAKAN KEBAIKAN UNTUK IBU BAPA
Anak perlu mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan
mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan
walaupun mereka telah meninggal dunia.....