Monday, 6 June 2016

Warna-Warni kehidupan....

Alhamdulillah.
Salam Ramadhan.

Hari pertama berpuasa....dan  x de kelas  atau aktiviti hari ni...
Hari ini seperti memasuki permulaan hari yang baru.....banyak yang berlaku suka duka pada diri sendiri mahupun pada sahabat 2. Boleh dijadikan tauladan dan sempadan selayaknya menjadi panduan untuk diri sendiri.

Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada makna tersurat atau tersirat disebaliknya.
Semuanya untuk mengajar dan mengingati kita agar yakin hidup ini ada yang mentadbirnya lebih besar dan Maha mengetahui segala isi langit dan isi.

Allah pemilik alam semesta. Adakalanya Allah menguji orang lain untuk menyedarkan kita. Adakala Allah menguji kita pula untuk mendatangkan manfaat kepada insan lain....namun sebenar Allah mahu mendidik hati kita menjadi insan yang tahu erti simpati dan belas insan pada sesama insan. Dan contoh yang paling jelas ialah bila ditimpa bencana atau musibah. 

Walaupun kadang kala bantuan kita  sekadar sebaris doa ....selagi kita ni bergelar manusia punya hati dan rasa....maka selagi itu punya warna warni kehidupan....duka mahupun lara....bahagia atau sengsara....ketawa atau bermuram durja...itulah asam garam hidup kita.

Saat ini  realiti dan kenyataannya perlu kita hargai dan hayati andai ia satu yang bermanfaat atau suatu yang masih samar...di sinilah bermulanya jentera usaha, berdoa dan tawakal dibina sekukuh-kukuhnya...


Wassalam...



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...