MATA
indahnya kau ciptaan ilahi
sesuai dengan empunya diri
yang tak dapat ditukar ganti
walau ditukar dah tak sama lagi.....
MATA
lirikan mata runtuhan hati
dari mata turun ke hati
memang nafsu terbit di hati
melihat jamuan dunia yang tak terperi
fitrahnya mata sukar ditafsir lagi......
MATA
kegunaanmu tidak terbatas
yang baik kurang yang jahat terlintas
adakah itu tuntutan teratas
nafsu menguasai iman tercantas
adakah kau bijak menangkas.....
MATA
anugerahmu diberi Yang Esa
sememangnya itu fitrah manusia
tapi tidak bersyukur dengan nikmat yang ada
Wahai sahabat yang bermata.....
kata ini untukmu dan aku juga
renungi nikmat Allah yang tak terkira
adakah mata diguna dengan sempurna.....
MATA
rabun diberi keluhan menanti
sebenarnya itu peringatan dari ilahi
antara sedar ditarik nikmat yang pasti
untuk hamba berfikir dan merasai.....
Hilang nikmat mata...
"SIBUTA" pula diberi nama
tapi hatinya lebih terang dari si bermata
lebih bersyukur dari yang bermata
mencari rezeki di alam semesta
andai kita di tempat mereka
adakah kita mampu merasa
naluri tak pernah fikiran takut yang menjelma
sememangnya kita takut tak bermata
tapi tak bersyukur apa yang ada.....
MATA
ayat al-Quran itu penawar segala
adakah mata selalu membaca
atau sekadar diwaktu derita
air mata mengalir entah kan kenapa
bukan kerana banyaknya dosa
tapi mungkin ditinggal kekasih jiwa.....
MATA
jahil sungguh manusia ini
air mata bukan tuk menginsafi diri
tapi menjadi peluah masalah di hati.....
MATA
gelaran diberi untuk si mata
untuk mengambar si empunya mata
jiwa hati bersinarlah mata
bersyukur tak terkira kerana mata
yang mempunyai kuasa
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata lagu tercipta....
-coretan dari Blog Karya Jiwaku