Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang bernafas lagi hari ini....aamiin.
Pagi ni cuba kita perhatikan alam di sekeling kita....keheningan pagi dengan mentari mula mencelah keluar....bunga-bunga segar dan mekar.....burung berterbangan di angkasa luas....
Semuanya menyentuh jiwa...cuba kita renungkan, mungkin kita dapat kesedaran dan keinsafan bagaimana setiap yang hidup pasti ada yang menciptakannya.
Tetapi mengapa kita masih sombong dan angkuh dalam kehidupan ini?Seolah-olah dunia ini kita yang memiliki...kita yang punya....seolah tiada pembalasan di akhirat untuk ditakuti....
Tetapi sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan...dan biarlah kesalahan yang kita lakukan itu hanya sekali sahaja dan tidak berulang lagi.
Semoga dari situ kita akan belajar memperbaiki kelemahan kita sendiri. Tiada yang lebih baik dari mendapat kesedaran dan mengubahkannya.....in shaa Allah.
Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Alhamdulillah. Andai datang ribut melanda...ombak mempamerkan kuasa...kuatkan semangatmu...usah biarkan bahteramu karam...karam dibadai pe...
-
Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempu...
-
Biarkanlah hari-hari berbuat semahunya Berlapang dadalah jika takdir menimpa Jangan berkeluh kesah atas musibah di malam hari...