|
Imam Abu Hanifah (w.150H) ialah seorang peniaga sutera. Beliau menjual dan membeli sutera daripada para pelanggannya. Pada suatu hari,seorang wanita datang untuk menjual kain sutera miliknya. Abu Hanifah bertanya "Berapakah harga yang engkau inginkan? " Wanita itu menjawab "Seratus dirham". Abu Hanifah berkata "Harga kain ini lebih mahal daripada itu. Berapa harga yang kau inginkan?"
Perempuan itu menaikkan harga menjadi dua ratus dirham. Abu Hanifah tetap berkata," Harganya lebih mahal daripada itu." Perempuan itu terus menambah harganya sehingga mencapai empat ratus dirham. Namun Abu Hanifah tetap berkata "Harganya lebih daripada itu " Akhirnya perempuan itu berkata "Engkau hendak mempermainkan aku.?" Abu Hanifah menjawab "Tidak" Jika engkau mahu tahu, sila datangkan seseorang yang mengetahui harga sebenar kain tersebut.
Orang itu menilai kain itu dengan harga lima ratus dirham. Imam Abu Hanifah lalu membelinya dengan harga tersebut. Kejujuran seperti ini yang kita harapkan daripada setiap orang yang melakukan solat. Dia tidak sekali-kali cuba mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain, walaupun dia mampu melakukannya, apa lagi menipu untuk keuntungan peribadi......
|
Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Sunday, 12 June 2016
KHUSYUK DI MASJID, JUJUR DI PASAR.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah. Semua rezeki yang ...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...