Kita gagal mendidik diri istiqamah kerana terlalu banyak perkara yang mneghitamkan hati...
Orang yang merasai menang sementara kerana menetang kebenaran, tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga - Hamka.
Serikan hidup anda dengan senyuman, kerana dengan senyuman, seluruh persekitaran hidup anda akan lebih baik...
Setiap kali kita menarik nafas bersyukurlah kerana masih dikurniakan nyawa untuk meneruskan kehidupan dan melakukan amal kebajikan...
Apabila menerima teguran usah terus melenting, bersyukurlah kerana masih ada yang mahu menegur kesilapan kita...
Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. - Hamka.
Manusia tidak akan ada untuk kita sepanjang masa,
Tapi Allah sentiasa ada untuk kita sepanjang masa.
Selagi berkayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh.
Nikmatilah ujian sepanjang jalan, jangan mengeluh banyakkan bersabar...
Gunalah cermin untuk mencari kesilapan diri sendiri.
bukan kanta untuk membesarkan kesilapan orang lain.
Biarpun solatmu beribu rakaat, sedakahmu berjuta ringgit
Tapi saat kau guris luka hati ibumu...nescaya syurga bukan milikmu....
Bukan mudah untuk berubah.
Dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalan ke sujud menghadap Allah.
Jangan memperkecilkan dosa kecil, kerana gunung yang besar terbina daripada butir-butir pasir yang kecil...
Bumi Allah amatlah luas, namun satu saat apabila takdir sudah datang angkasa pun menjadi sempit...
Hari ini kita di atas tanah. Esok lusa ...tanah pula di atas kita.
Itu pasti. Lipat gandakanlah amalan sementara masih di tanah....
Antara perkara yang paling banyak mendatangkan penyesalan adalah kerana terlanjur dalam berkata-kata. Fikir dulu sebelum luahkan...
Jangan kita jadi manusia yang bibir dan jari menulis yang baik tetapi hati penuh hasad dan kebencian.
Usaha untuk mencapai kejayaan akan melalui banyak cabaran.
Yang pastinya menguji kesabaran....bangkit jika jatuh kerana Allah ada...
Dua penyakit berbahaya......
Cintakan dunia takut mati
Cintakan wanita takut menikahi.....
Orang yang menyibukkan dirinya dengan urusan orang lain,
maka dia telah membuang separuh ketenangan dari hidupnya sendiri.
Apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat.
Tetapi apa yang kita dapat, itulah yang sebenarnya kita perlukan....
Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik...
Berusaha yang terbaik....bersyukur dan bersabar.
Kita dilahirkan dengan keadaan kepala dahulu yang keluar baru kaki,
Sebab itu kita disuruh berfikir dahulu sebelum kita melangkah....
Lupakan kisah lalu yang membuatmu menangis tapi jangan pernah lupakan pengajaran yang membuatmu berdiri teguh...
Tulislah yang baik-baik walaupun diri belum baik.
Sekurang-kurangnya itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk....