Wednesday, 8 June 2016

Cinta tak Sampai Hati..





Cinta  itu benar kalau ada gembira dan airmata.
Cinta itu tegar kalau ada rindu antara sendi.
Cinta kekar kerana ada dendam antara akal.

Perhubungan kalau didasarkan pada simpati dan tak sampai hati takkan
mampu dibawa ke mati.
Simpati hanya akan melambatkan mati sedangkan mati itulah
hakiki. Aku tak mahu  kau bercinta yang tak sampai
ke hati

"Kalau dia sayang, dia pasti akan datang.
Kalau dia benci usah kau sia-siakan ruang hati.
Simpan dan berikan pada yang lain. Yang lebih sudi...."
Ini mentera untuk tulis di hati.
Buat membalut luka ditoreh janji.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...