Quran dari segi bahasa bermaksud bacaan. Di dalam Al-Quran, sendiri digunakan perkataan Quran dengan maksud demikian, iaitu dalam surah al-Qiyaamah ayat 17-18; "Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya."
Definasi al-Quran adalah: Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan membacanya adalah ibadat.
Kalam Allah yang diturunkan kepada para nabi lain seperti Nabi Musa a.s. atau Nabi Isa a.s. tidak dinamakan al-Quran. Begitu juga kalam Allah seperti hadis Qudsi tidak dikira sebagai al-Quran, malah tidak dianggap ibadah jika membacanya.
- sumber dari majalah iman. . |
Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saturday, 4 June 2016
Maksud Al-Quran
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Alhamdulillah. Andai datang ribut melanda...ombak mempamerkan kuasa...kuatkan semangatmu...usah biarkan bahteramu karam...karam dibadai pe...
-
Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempu...
-
Biarkanlah hari-hari berbuat semahunya Berlapang dadalah jika takdir menimpa Jangan berkeluh kesah atas musibah di malam hari...
