Alhamdulillah.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang ditunggu oleh kita...bulan Ramadhan.
Jadikanlah bulan Ramadhan ini satu titik permulaan yang baru.... daripada yang baik kepada yang lebih baik.
Hakikatnya bulan ramadhan ini disebalik pahala berganda, bulan ini merupakan bulan tarbiyah kepada diri kita sejauh mana kita mampu untuk meneruskan amalan -amalan kebaikan berterusan dengan istiqamah pabila berakhirnya ramadhan....
Masing-masing mengejar pahala sebanyak mungkin dengan menjaga perkara-perkara yang sepatutnya daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar- besarnya. Sekurang-kurangnya bulan ramadhan ini dihormati dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNYA.
Marilah kita sama-sama merebut peluang bulan ramadhan dengan berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah....mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Dan sentiasalah bermuhasabah diri kita yang sentiasa kekurangan dalam banyak hal supaya kita sentiasa sedar bahawa diri kita milik Allah.Tingkatkan amalan....banyakkan ibadah....tambahkan thaqafah , eratkan ukhuwah...in shaa Allah...dunia akhirat kita najah.....
salam ramadhan dariku yang dhaif....