'Di tahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama Islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.
Ketika itulah, muncul Umar bin Abdul Aziz, dilahirkan oleh Allah untuk umat ini. Dengan semangatnya yang sangat tinggi, beliau melihat sedikit saja penyelewengan dan meninggalkan jihad itu sebagai tanda awal terseleweng dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang rancak juangnya. Beliau berkata dengan nada dukacita :
"Aku ni sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Di atasnya telah mati orang tua, telah membesar orang yang kecil, orang Ajam (yakni bukan Arab) telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu."
Kalimah yang telah diucapkan khalifah Umar Ibnu Aziz dengan rasa dukacita yang sangat-sangat. Sedangkan pada masa itu, beliau
mengambil kuasa yang menguasai seluruh bangsa-bangsa, kebaikan tersebar dengan baik dan secara umumnya umat masih berhukum kepada syariat Allah.
mengambil kuasa yang menguasai seluruh bangsa-bangsa, kebaikan tersebar dengan baik dan secara umumnya umat masih berhukum kepada syariat Allah.
Ianya adalah rasa besar seorang mukmin terhadap dosa-dosa walaupun kecil, sedikit bid'ah, kezaliman yang ringan dan wujudnya petanda gaya hidup mewah.
Itulah jiwa mukmin yang sebenar yang terlalu sensitif terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman, sunnah dan bid'ah, menyumbang dan berada dalam zon selesa.
Kerana itu, seorang mukmin itu sepatutnya sentiasa berusaha mencari yang lebih sempurna. Dia tidak akan memejamkan matanya atau mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan.'
[Petikan dari Muntalaq]