Thursday, 30 June 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.


Saat ini aku sangat rindu padamu. Entah mengapa setiap laku mengingatkan kepadamu. Ketika aku ingin bercerita dan meluahkan rasa...engkau tiada disamping.

Setiap hari aku terpaksa gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari mereka sedang aku sendiri punya cerita yang lebih perit.

kalaulah mereka sepertimu memahami dan menyokong, pasti ingin aku kongsikan semua yang telah aku lalui.....Tapi mereka tidak sepertimu....yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh...

Banyak yang inginku sampaikan padamu...kerana aku tak mampu tuk berbicara dengan mereka. Mereka seperti memahami tapi sebenarnya tidak. Dan bila semangatku hilang ...aku hanya berdiam diri saja kerana tak mungkin akan aku luahkan pada mereka yang hanya suka mengambil kesempatan atas kebaikanku....

Aku seolah-olah hilang....dan di lembaran yang mulia ini aku benar-benar kerinduan untuk menatapmu....papa semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah .....Aamiin.



ZUHUD




Dari Ibrahim bin Adham r.a. yang ditanya tentang apa yang membuatnya bisa mencapai tingkat zuhud. Ia menjawabnya ada tiga perkara:

Pertama; Bahawa kubur itu menakutkan, sedangkan saya tidak punya sesuatu yang dapat menyelamatkan.

Kedua;  Saya melihat perjalanan (dari dunia ke akhirat itu) sangat jauh, sementara saya tidak punya bekal.

Ketiga;  Dan saya melihat kepada Allah yang Maha Perkasa mutlak sebagai hakim sedangkan saya tidak memiliki alasan.




BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Andai datang ribut melanda...ombak mempamerkan kuasa...kuatkan semangatmu...usah biarkan bahteramu karam...karam dibadai perasaan....
Ku pasti kau ada tempat persinggahan...walau tidak seindah mana...berhijrahlah ke pelabuhanku.
Ku rela menjadi pelindungmu walau tidak sekebal mana...ku rela jadi payungmu walau tak sekuat mana...ku rela menjadi pembimbingmu walau tidak sebaik mana....

Andai aku tahu apa yang berlalu...takkan ku biarkan kau karam...walau dalam pelukan bayangan alam...tak kala angin berubah arah...kita harus tabah...kadang kala kita harus melawan arus...untuk mengecapi keindahan dan kebahagiaan.....

Yang menjadi impian semua...insan yang inginkan kejayaan...dalam kehidupan!!!




Wednesday, 29 June 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Aku kata aku rindu. Mengertikah bahawa punca rindu adalah waktu, dan ubatnya juga adalah waktu, Kau kata kau sayang , sedangkan sayang hanya boleh disebut dan didengar dalam diam. Kita kata kita bercinta...tapi bukankah hanya masa yang hanya boleh membuktikan sebenar rasa....

......dan kalau rindu adalah aku, sayang adalah kamu dan cinta adalah kita.....huuu.



KENALI TUHAN YANG MENGUJIMU



Apabila ujian kesakitan, perpisahan , kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa, terdetik juga kata di dalam hati, apa Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini?

"Subhanallah,tanpa disedari seolah-olah kita telah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hamba-Nya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba.Terutama ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah 'istirja' setiap kali diuji.........innalillah wa inna illahihirajiun, yang ertinya 'kami ini milik Allah dan kepadaNya kami akan dikembalikan' Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi mengamuk apabila diuji, kita hanya hamba....

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu.Kenallah sifat ilmu, kasih sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah akan mencintaiNya. Bila sudah cinta ,kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hambaNya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak tahu atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti barulah kita tersedar, Ya Allah, mujur Kau takdirkan begitu.
Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah),"sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila Dia menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati."

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji , nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi apabila nafsu terdesak hati dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan., kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesungguhnya akan melemahkan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkbalik kepahitan ujianan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa, mengejar kesoronokan dunia sehinnga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah.Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walau sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung.Inilah kebaikan  disebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman:
".....Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah megetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (surah Al Baqarah:216)

Dengan ujian juga Allah'membersihkan' kekotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan sihkandosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya. kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan saja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda"barangsiapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya." Jadi bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang yang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian itu akan mendekatkan mereka  kepada Allah.Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.





- Petikan dari blog Pahrol Mohd Juoi
http://genta - rasa.com





Tuesday, 28 June 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Semoga kita digolongkan di kalangan mereka yang memanfaatkan masa yang sangat berharga dan tidak mensia-siakannya.

Semoga Allah s.w.t. lapangkan masa untuk kita beribadah kepada-Nya, dan tidak melupakan-Nya dalam setiap detik hidup kita. Semoga Allah s.w.t. memberkati usia kita, dan mengakhirinya dengan pengakhiran yang baik.....aamiin.



Monday, 27 June 2016

Apa Punca JIWA KOTOR ?




Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah "qalbu" iaitu hati." (HR Bukhari).

Apa yang boleh difahami daripada hadis di atas,hati sangat berperanan dalam kehidupan jiwa manusia, kerana hati yang bersih akan melahirkan jiwa yang bersih dan selalu taat serta tunduk terhadap perintah Allah s.w.t. Sebaliknya hati yang kotor akan mempengaruhi jiwa untuk melakukan
perkara-perkara yang tidak baik dan selalu melanggar aturan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t

Jiwa yang kotor adalah jiwa yang tidak bertauhidkan Allah s.w.t. Jiwa menjadi kotor disebabkan oleh penyakit yang menghinggapi hati sehingga jiwanya dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah(penyakit hati) seperti riak, hasad dengki, pemarah, dendam, tamak haloba dan sebagainya.

Hati yang dipenuhi dengan cintakan keduniaan juga menjadi penyebab kepada kerosakan jiwa, sedangkan cinta yang perlu ada dalam hati hanyalah kecintaan kepada Allah s.w.t.

Sebagaimana orang yang ditimpa sakit tidak terdaya dan tidak bersemangat untuk berbuat apa-apa, begitu juga orang yang sakit jiwanya, tidak mampu berbuat kebaikan. Sebaliknya mereka ini lebih terdorong untuk melakukan perkara yang tidak elok dan berdosa.

Orang yang berjiwa kotor tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya. Dirinya akan sentiasa resah dan gelisah disebabkan oleh perbuatan dan kesalahan yang dilakukannya belum lagi diselesaikannya, samada melibatkan dosanya dengan manusia atau dengan Allah s.w.t.

Sekiranya seseorang itu belum pernah melakukan dosa-dosa besar, tetapi jiwanya tidak tenang, seharusnya dia muhasabah dirinya. Mungkin ada perbuatan dosa-dosa kecil yang dilakukan tanpa disedari. Ini adalah kerana dosa-dosa kecil apabila dilakukan secara berterusan boleh menjadi titik hitam dan lama kelamaan boleh merosakkan hati dan menjejaskan segala amal kebaikan yang dilakukannya.

Dosa-dosa kecil ini ibarat debu yang mengotori cermin, apabila cermin tidak dibersihkan, debu-debu akan mengotori cermin sehingga tidak dapat melihat wajah kita di cermin tersebut. Lebih teruk lagi apabila seseorang itu berterusan melakukan dosa dan bermegah-megah dengan dosa yang dilakukan. Ini akan mengakibatkan hati dan jiwanya menjadi kotor sehingga menutup ruang kebaikan yang ada dalam hatinya.





SEBAB JIWA JADI KOTOR.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan jiwa menjadi kotor, iaitu:

Rosak akidah, sehingga sanggup mempertikaikan hukum Allah s.w.t. dan tidak takut melanggar perintah dan larangan-Nya.

Miskin akhlak, berperangai buruk dan cenderung melakukan kejahatan dan maksiat serta bermegah-megah dengan nya.

Hubungan dengan Allah tidak baik, seperti tidak menunaikan segala suruhan yang diperintahkan Allah s.w.t. seperti mendirikan solat, berpuasa, menunaikan zakat, haji dan sebagainya.

Hubungan yang tidak baik antara sesama manusia. Contohnya bersikap individualistik, tidak bertegur sapa serta bersikap materialistik.....






"Akhir-akhir ini banyak sekali kerosakan akhlak yang melanda umat Melayu yang beragama Islam. Ini boleh dilihat dengan berleluasanya amalan seks bebas dan seks songsang, masalah pembuangan bayi, rempit dan berbagai-bagai lagi kerosakan akhlak. Antara punca ini berlaku adalah hubungan anak dengan ibu bapanya tidak elok. Masyarakat kita pada hari ini rosak disebabkan oleh rintihan dan tangisan ibu dan ayah terhadap perlakuan anak-anak mereka.

"Ada daripada kita yang tidak menjaga adab dengan ibu bapa, ada yang menganggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada yang sanggup membentak dan menderhaka kepada kedua-dua insan yang membesarkan kita dengan penuh susah dan payah.

"Berapa ramai pula daripada kita yang langsung tidak menjenguk dan bartanyakan khabar ibu dan bapa di kampung disebabkan sibuk dengan urusan kerja dan aktiviti seharian. Berapa ramai pula ibu dan bapa yang dihantar ke rumah perlindungan, lebih teruk lagi ada yang sanggup membiarkan ibu dan bapa mereka hidup melarat, dan dibiarkan merempat tanpa penjagaan yang sewajarnya.

"Berkata Imam Ghazali; "Seorang ibu yang menangis walaupun sebesar lalat, sudah cukup Allah s.w.t. menjunamkan anaknya ke dalam api neraka selama 60 tahun," Kata-kata ini menggambarkan betapa besarnya dosa dan kesalahan menyakiti hati ibu dan bapa.
Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang memancing kemarahan ibu dan bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah s.w.t. dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah s.w.t. redha kepadanya." (HR Baihaqi)

"Tanda Allah s.w.t. sayang kepada hamba-Nya ialah, apabila seseorang itu ingin berbuat kebaikan, Allah akan membuka jalan seluas-luas padanya. Tetapi jika dia ingin berbuat kejahatan, ada saja halangan yang menimpa. tetapi sekiranya Allah sudah tidak sayangkan hamba-Nya dan tidak mempedulikannya lagi, Allah akan membuka segala ruang dan jalan untuknya berbuat kejahatan.

"Janganlah sampai Allah s.w.t. sudah tidak sayang dan memperdulikan diri kita.Seandainya ada dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan, hendaklah kita segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.




- sumber dari majalah iman




BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan maianan atau dijadikan pendamping seumur hidup. Dia menilai melalui cara kita melayani kata-katanya.

Kalau kita terhegeh-hegeh atau senang percaya, dia akan main-mainkan perasaan kita dengan ayat ayat keramat. Kalau kita ada perinsip, dia akan hormat kita.

Hanya lelaki yang berani  jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya.Dia buktikan dia benar-benar serius mencintai kita. Dia tiada peluang untuk permainkan kita....



Saturday, 25 June 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Yakinlah dengan tiga perkara.......

Tiada yang lebih sayang pada kita selain Allah.
Tiada yang paling mengetahui kegundahan kita, selain Allah.
Tiada yang berupaya menghilangkan kesulitan kita, selain Allah....




Friday, 24 June 2016

DIBALIK CERMIN MIMPI

             

               

Dibalik cermin mimpi
Aku melihat engkau

Di dalam engkau
Aku melihat aku

Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi
Yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayangku hilang

Diselubungi kerdip nurani
Mencurah kasih
Kasih murni
Mencurah kasih

Dibalik cermin, cermin mimpi
Ada realiti yang tidak kita sedari

Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang

Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi....pelangi



LAGU; M.NASIR
LIRIK;S.AMIN SHAHAB






MOGA TAK LUPA DIRI....




......lupa diri, tak sedar diri dan riak....perkara yang paling takut berlaku padaku. setiap kali terlajak aku ishtigfar banyak-banyak....jauhkan aku dari semua itu. Biar manusia disekeliling berperilaku demikain asal bukan aku....

.....jangan lupa asal usul, aku ada kini kerana wujud dulu....




DATANG DAN PERGI

                  




......dalam kehidupan orang sering datang dan pergi....dilupai dan diingati
yang pergi tinggalkan memori
yang datang bawa perubahan....yang pasti di mana kita
meletakkan diri agar disukai.....tak dibenci.......




                        

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Kenangan hari guru yang lepas...buat sahabat... guru2 semua...

semoga sihat,...panjang umur...murah rezeki....berbahagia selalu....
semoga menjadi guru cemerlang, gemilang dan terbilang....

* Banyak dapat bunga....tanda tugas guru mengharumkan dunia...
*  Dapat pen.......tanda guru bijak melakar kata....
* Dapat pemadam.........tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta....
* Dapat mesej ..........tanda guru sentiasa diingatan......

.....guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang.
dalam tawa ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina....berbahagialah menjadi guru.......

.....entah tiba-tiba jer teringat hari guru...huhuhu...



Thursday, 23 June 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Jangan disalahkan pertemuan seandainya berlaku perpisahan. Kerana tiada pertemuan tiada juga perpisahan.

Sebuah pertemuan mungkin tidak terduga atau di luar perancangan. Namun berlakunya perpisahan pasti bermula dari perancangan. Jika tiada perancangan atau niat, tidak mungkin berlakunya perpisahan......



JOM KITA BERFIKIR






Dalam sehari berapa banyak kita berfikir?

Dan setiap kali sesuatu yang perlu kita berfikir, berapa lama masa diperlukan?

Berfikir- tidak kiralah berapa banyak kita melakukannya dalam sehari, atau berapa lama masa diperlukan, kita seharusnya perlu berfikir untuk memenuhi keperluan sesuatu yang kita fikir.

Selagi kita mampu berfikir, dan ada kalanya sesuatu yang kejadian yang memerlukan kita berfikir, itu menandakan otak kita masih mampu berfikir.

Bagi sebilangan kita berfikir itu amat berat. Tapi masih ada yang mampu melakukannya, dengan segala usaha mengikut keperluan untuk apa yang perlu difikirkan.





Berfikir tak seharusnya diabaikan.

Mengabaikan berfikir bermakna kita tidak peka terhadap sesuatu yang memerlukan tindak balas pada fikiran kita.

Dalam menjalani kehidupan harian mungkin banyak perkara yang perlu difikirkan.

Contohnya, setiap kali telinga yang mendengar, seharusnya ia serentak dengan berfikir. Kenapa? Agar sesuatu yang menerjah di telinga itu tidak salah pendengaran atau penilaian, atau tidak salah penerimaannya.

Begitu juga, serentak mata yang memandang sesuatu kejadian, fikiran juga perlu pantas bertugas. Kenapa? Agar sesuatu yang dilihat itu mungkin memerlukan tindak balas fikiran, atau supaya mata dan akal tidak tersalah tafsir dengan apa yang dilihat itu.

Berfikir, walaupun tidak semudah mengunyah dan menelan makanan, namun tidak seharusnya dipandang remeh.

Sekalipun ia sesuatu yang negatif atau melampaui moral kemanusiaan, perlu juga difikirkan.Lebih-lebih lagi dalam situasi yang memerlukan kita berfikir.





"Jangan berfikir apa yang difikir itu tidak perlu difikir. Maka terfikirlah kita sebagaimana keperluan yang difikirkan ?"





AL-BIMA SAKTI 




BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Kekadang sebilangan kita ni, kalau cerita pasal keburukan orang lain, kitalah ke depan. Tak takut dosa langsung. macamlah kita baik sesangat....

Kekadang ada juga diantara kita, sebanyak manapun kita asyik buat perkara yang tak baik, selagi kita rasa orang tak tahu apa yang kita buat tu, selagi itulah kita tak pernah rasa bersalah.

sebenarnya bukan saya nak mengata...hanya berkata-kata saja....!



Wednesday, 22 June 2016

TANDA SESEORANG ITU IKHLAS




Orang keji atau puji baginya sama sahaja.
Dipuji hati tak berbunga, dikeji hati tidak pula derita.

Kalau dia rajin atau beribadah diwaktu sorang atau diwaktu ramai sama sahaja.
Tak pula bila ramai panjang berjela doanya, agar dikata alim ilmu agamanya.

Apabila letih bekerja, dia tidak marah-marah pula dengan orang lain yang menggangunya atau langsung tak buat kerja.
Tidak pula naik angin atau banding-bandingkan kerjanya kerana ia yakin Tuhan sentiasa memerhatikannya kerana kerja juga ibadah niat kerana NYA.

Kalau dia membuat ibadah atau berbuat kerja hatinya tidak pula berkata "moga-moga ada orang yang melihat dan memujinya."
Dilihat atau tidak dari segi bekerja atau beribadah, dia tekad buat itu semua kerana Allah sebab dia yakin jika dia ikhlas benda susah akan menjadi mudah.





Setiap kebaikan yang dia buat dia tak suka orang lain melihatnya kerana ia bimbang hatinya berbunga-bunga.
Kerana itu dia tahu semua nikmat Tuhan yang punya kuasa, bagi dirinya hanyalah hamba yang hina.

Kalau di puji susah hatinya, resah gelisah dibuatnya,. Namun kalau dikeji hatinya boleh menerima apa sahaja, dalam hati kecilnya selalu berkata "Aku hamba Allah tentu ada cacat celanya."
Kalau dipuji, pertama yang keluar dari mulutnya "Syukur Alhamdulillah" dikeji juga bersyukur kerana telah membetulkan kesilapan dirinya yang mungkin secara tidak sengaja dilakukan.









Dia berbuat baik bukan kerana digesa-gesa, tapi sayang sesama manusia dan cintai kepada Tuhannya.
Tanpa disuruh atau dipaksa dengan sendiri dia akan menghulurkan bantuan dengan wajah yang ceria sedikitpun tiada selindung kata dalam hatinya.

Dia berbuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tak buat apa kata orang pula.
Bagi dirinya jawatan itu satu amanah yang tertanggung di bahunya bukan masyarakat yang ditakutinya tapi azab Allah itu menjadi perkara yang terpenting punca segala azab derita dunia dan di akhirat sana.







Dia tidak bersikap kalau rajin dipuji dia akan rajin buat, kalau tak dipuji langsung tak buat.
Baginya segala pujian hanya bagi Allah semata-mata kita di dunia hanya sementara dipuji atau dikeji
semuanya pun akan mati tapi yang baik akan sentaisa diingati....dikeji akan selalu dijauhi untuk diteladani.







Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebut supaya orang tahu.
Dia sentiasa malu dengan apa yang telah diberikannya kerana dia akan rasakan terlalu sedikit sumbangannya kerana itu dia tidak suka menyebut-nyebut , dia malu andai orang tahu segala apa yang diberikannya itu timbul hati berbunga riak, kerana dia tahu pemberian Allah padanya berlebih lagi tiada terhitung olehnya.






Bukan pula dihadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak mulia.
Badi dirinya adalah sama di hadapan atau di belakang orang sekalipun dia senantiasa diperhatikan oleh Allah, dia tidak selindungkan apa sahaja dari manusia tentang dirinya yang patut semua tahu dan andai dia rasakan ada yang patut dia sembunyikan itu semua kerana dia mahu orang lain bimbang akan dirinya berlebihan dan mewujudkan simpati orang, dia ceria dan ramah dengan semua kerana itu ukhwah sesama manusia, namun batasan tetap dijaganya biar terkadang orang tersalah anggapan, namun niatnya tetap satu bukan untuk dirinya segala apa yang dilakukannya itu.

Itulah niat hatinya tetap sama andai terpahat disanubarinya tak akan hilang andai dibawa ke mana-mana, tak akan berkurang sedikit pun andai selalu disebutnya, selagi nyawa masih dijasad selagi itu sentiasa terpahat kalimah keramat.......

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."








sumber dari Sebutir kasih  Sejuta sayang.




RINDU

                                                 

            
   
                                                    


Pandanglah ke bawah
untuk sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas 
untuk insaf amalmu yang terbatas
moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan
tapi harus ditempa oleh kerikil ujian
seringkali kealpaan dan mazmumah diri
diperingatkan oleh kesempitan rezeki

Sejauh mana kita mengasihi manusia
dibatasi oleh seutuh mana kita pada yang esa
hitunglah kesyukuranmu
bukan kesukaranmu

Kekadang Tuhan menyempitkan
agar kau tidak hanyut dalam kesenangan
kekadang Dia melapangkan....
agar kau tidak selalu dalam kesempitan....
kekadang Dia melepaskan kau dari kedua-duanya....
agar engkau tidak bergantung kepada
sesuatu selain daripada-NYA.....



Rahmat Allah itu terbentang luas untuk hambanya yang menagih kasih dan keredhaan-NYA.
Jadilah hamba itu............




BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Setiap orang memang ingin menjadi yang terbaik. Kalau boleh menjadi terbaik segala-galanya. Kerana kebiasaan yang tebaik itu disanjung, dianugerah, dihargai atau apa saja yang berkaitan dengannya.

Namun dalam usaha kita menjadi yang terbaik, janganlah guna jalan singkat...termasuk menggunakan penipuan atau memijak kepala orang lain. Jauhilah sikap membuat fitnah untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kejujuran dan keikhlasan itu penting. Bukan dengan cara mengambil kesempatan atau kepentingan diri sendiri dan menyakiti hati orang lain....

Sesungguhnya keikhlasan dan kejujuran itu lebih afdal dan mulia.....



Tuesday, 21 June 2016

KATA-KATA ITU DOA

                         



Dua orang sepupu, Azam dan Haikal sangat rapat  dan selalu menghabiskan masa bersama-sama. Mereka pergi ke sekolah bersama-sama, mengaji dan Khatam Al-Quran bersama-sama, keliling kampung berkonvoi dan menghabiskan masa bermain juga bersama-sama.

Rumah mereka  sebelah menyebelah.Sangat dekat. Mereka berkongsi telaga yang sama sebagai sumber air. Malah sayur-sayuran yang ditanam pun dikongsi bersama hasilnya.

Pada suatu hari, Azam dan Haikal bermain-main di halaman rumah mereka. Melihat buah jambu air yang merah ranum di atas pokok, mereka sepakat ingin memanjat pokok itu. Tujuannya satu, hanya ingin menikmati keenakan jambu yang banyak air itu di tengah-tengah terik bahang matahari.

Memanjat pokok itu kemahiran semulajadi yang dimiliki mereka berdua. Kurang seminit, masing-masing telah duduk di atas dahan pilihan mereka. Mereka memilih posisi yang memudahkan mereka untuk mencapai buah jambu air yang bergayutan.

Kedudukan Azam lebih tinggi daripada Haikal. Haikal memilih dahan yang rendah sedikit. Petik dan terus dikunyah. Seronok benar mereka menikmati jambu air segar dari pokok.
Ibu Haikal yang kebetulan baru memberi makan ayam di belakang rumah ternampak anaknya dan Azam yang berada di atas pokok.

"Haikal, buat apa di atas pokok itu? Nanti jatuh. Kan ada banyak kerengga tu," jerit ibu Haikal. Mendengar jeritan ibunya, Haikal segera menoleh ke arah suara itu. Akibatnya Haikal hilang keseimbangan badan dan ketika cuba menggapai dahan berdekatan, terpegang pula sarang kerengga yang berbalut kemas di balik helaian-helaian daun.

Gedebuk!! Haikal tetap jatuh ke tanah walau telah cuba mencapai dahan terdekat. Sewaktu Haikal hampir-hampir terjatuh, pokok jambu itu bergoyang-goyang. Azam yang berada lebih tinggi daripada Haikal turut hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.
Pada masa yang sama, bapa Azam yang berada di dalam rumah terdengar jeritan ibu Haikal tadi dan terus menjenguk ke keluar tingkap.

"Hati-hati Azam!! Pegang dahan tu kuat-kuat!!" Azam berjaya berpaut kuat dan bertindak segera turun dari pokok. Tiada apa-apa yang berlaku kepada Azam.


PENGAJARAN: Kata-kata mencetuskan doa. Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif. Begitu juga sebaliknya....






-- sumber majalah--




TEMPAYAN YANG RETAK


Pada zaman dahulu,tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan.
Dia melakukan segala kerja di rumah: daripada membersihkan halaman,memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah dan kerja-kerja di dapur.

Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan. Malangnya salah sebuah daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya air yang diangkut akan berkurang kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja.

Demikianlah berterusan selama setahun lebih.

Suatu hari tempayan yang retak itu merasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu.
"Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sedih sangat,"kata tempayan penuh kesal.
"Kenapa kamu cakap macam tu? Kenapa kamu sedih?" tanya lelaki tersebut.
"Aku sedih aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini."
"Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan."

Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya. Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.

"Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?" soal lelaki tersebut.




"Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku," jawab tempayan yang retak itu.
"Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?"
"Tentulah kamu"
"Tidak kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga itu selama ini. 

Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan."

Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak.


PENGAJARAN: Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia.
Pasti ada kelebihan dari sudut yang lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan caranya tersendiri....




BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.Semua benda pasti ada buruk dan baiknya.
Demikan juga dengan perkahwinan...

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya makin tak terurus. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah...

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.....

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Nilailah hati itu dengan teliti kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.....



Monday, 20 June 2016

BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Menyayangi orang yang buat baik pada kita itu mudah.
Menyayangi orang yang menyakiti kita itu luar biasa.

Orang yang menyakiti kita adalah orang yang dipinjamkan Allah untuk mendewasakan kita.
Jika bukan dia , Allah tetap hantar orang lain untuk mendidik kita
Kita juga sering Allah kirimkan untuk menyakiti orang lain tanpa kita sedar.Jika bukan kita akan tetap ada orang lain yang Allah kirim untuk menyakiti dia.....

sebab itu kita dan dia sama sahaja....
jadi mulakanlah sekarang....walau sakit ,pilu dan kecewa kerana dengan memaafkan kita boleh menyayangi...dan dengan menyayangi kita dan dia akan mula sembuh....

LUKA




Adu saya pada teman
Aku dah letih 
Aku dah penat
Aku rasa aku dah give up
Aku rasa aku dah tak mampu nak fikir
dan aku fikir aku akan terus gagal.


Pesan teman pada saya
Bersabarlah
Katanya....
Sabar itu penawar
Sabar itu ubat
Sabar itu rahmat.

Buat dia 
Saya mengerti
Saya memahami
Saya tak kisah
Saya tahu
Saya dah agak
Saya dah biasa
Saya dah kalih
dengan situasi ini
Hati saya dah kebal.

Tapi sekebal sekeras hati saya
Saya tak bisa tuk berbohong
Saya sedih
Saya menangis
Saya akan terus merindu
Kerana saya masih sayang
Tapi saya akur
Bila takdir sekali lagi
Tidak berpihak pada saya
Saya pasrah bila
Ketentuan itu tidak bersama saya
Saya redha
Bila ujian ini makin menghimpit
Bila terlalu banyak persoalan
yang perlu saya jawab
sedang skrip jawapannya 
hilang bersama pencarian saya.

Saya rimas
Saya resah
Saya sakit hati
Saya benci
bila saya terpaksa menelan
sebulatnya
Setiap pertanyaan sinis
Setiap gurauan tajam
Setiap kata yang menerjah
ke saraf telinga.

Ya Allah
Aku mohon setitis
KETENANGAN
dari selautan Rahmat
dan Rahman-Mu


Aamiin.






                                                            - sufi idany
                                                                                                                   




SAYA MANUSIA BIASA




Saya hanya manusia biasa 
terbias kata dari hati

menilik diri pada cerminan realiti
titis jernih tidak pernah kenal erti kering
setia bertandang kala hati sebu dan sebak 
Saya masih lagi manusia biasa

kesilapan sering mengusik ruang 
membilang dan menghitung
 
tulah-tulah kesilapan dulu
 
mengira-ngira kesal yang berbunga
 
ada kala ibarat lalang

mengikut saja puput sang angin bertiup 
Saya tetap manusia biasa

punya rencah rasa yang berjutabersarang, mengikat
menjerat dan terjerat
kelat rasa, pahit mengundang 
sakit di kesan, merah mengalir 

ria tawa terselit dalam tangis dan lara
 
kerana
Saya manusia biasa


-by sufi idany




Sunday, 19 June 2016

RESET MINDA YANG DIUJI

                              
                          


Berada dalam Zon Allah , memenuhkan dalam hati, dengan hanya yakin pada Allah. dan jangan sesekali kejar bayang-bayang yang hanya duniawi. berada dalam zon Allah, membuatkan diri kita seperti magnet, samada magnet bahagia, ketenangan atau yang lain-lain.. 

untuk mendapat magnet baik di sekeliling kita, kita kena beri untuk jadi magnet baik kepada orang yang lain. seperti mana kita menyuruh orang lain berdoa moga kita menjadi orang yang baik tapi tiada usaha. hidayah itu perlu dicari. kena cari ilmu. jangan hanya terikut-ikut.  

bina diri sendiri dahulu. kerana dengan batu bata yang kuat akan melahirkan institusi yang kuat. dan doa. yakin dengan doa kita. dan cuba mencari taqwa dalam hidup kita. kerana pakaian yang terbaik ialah taqwa. ingat 3T tiap tiap hari; Taubat, Taqwa, Tauhid.  

bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan sibuk runsing dengan apa yang kita takde :) Ingin Membunuh Diri Kerana Cinta? 

Orang yang ingin membunuh diri bermakna dia tak sayang diri. kalau tak sayang diri, macam mana nak sayang orang. orang tak dapat sayang orang macam mana nak dapat kasih sayang orang. Penyelesaian kepada segala masalah ialah dengan kesedaran keTuhanan dengan mencari ilmu, seperti pergi ke masjid, berjemaah dan segalanya. 

Bersyukur 

Siapa yang bersyukur, dia akan bahagia hari ini. siapa yang tidak bersyukur, dia tidak bertqwa, orang yang tak ada taqwa adalah kerana tidak ada sifat ihsan. orang yang tidak ada sifat ihsan kerana tidak beriman. orang yang tidak beriman sebab dia belum islam. (Islam hanya sekadar nama?) 

Macam mana nak celik mata dan hati? 

orang yang celik mata hati dan mata mampu melihat pokok dan dalam masa yang sama memuji dengan kebesaran Allah. melihat sesuatu dengan mata terus kaitkan dengan kebesaran Allah :) 

Mulut Neraka @ Mulut Syurga? 

kalau mulut syurga, lepas jumpa kita, rasa bahagia, orang rasa seronok tentang diri dia dan rasa nak jadi baik. kalau mulut neraka, bila orang dah jumpa kita, orang rasa stress, rasa inferior, rasa malu, rasa takde semangat. kalau mulut neraka, tindakan neraka, bermakna emosi negatif.fikiran negatif. kena tengok nilai tauhid kita. 


You can choose to heal or you can choose to suffer  




~Perkongsian di IKIM~




MAHA Mengetahui.......




JANGAN MENGELUH...

Kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.


Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman, (I' am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia menegetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).


Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqrah ayat- 126)


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah  ayat-286).


Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Al-Imran  ayat -139)


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45).


Kita bertanya : Apakah yang aku dapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...? (At-Taubah ayat 111).


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya, hanya kepada -Nya aku bertawakal". (Surah At Taubah- ayat 129).


Kita bertanya : Aku tidak dapat tahan!!!

."....dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat-12).






BICARA HATI HAMBA





Kehidupan yang penuh dengan duri maksiat, duri angan-angan kosong, duri keraguan, duri kejahilan, duri keegoan, duri kemalasan, duri kedegilan, duri kemarahan......mampukah diri untuk menghadapinya??

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu.

Ingat kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

"Sesiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" (Surah Al-Talaq 65:2-3)





BICARA HATI HAMBA

Alhamdulillah.

Bila kita bangun dari tidur, langsung kita tidak tahu apa yang akan berlaku sepanjang hari yang kita lalui. Bila kita nak tidur dan muhasabah diri kita, kita akan tersenyum atau menangis keseorangan apabila memikirkan apa yang telah berlaku.

Bukannya mengeluh. Bukan kita tahu pun ... tapi Allah telah tetapkan untuk kita susah, senang, sedih,gembira,menangis tersenyum,bahagia....semua itu bukan kita yang aturkan.

Hidup hanya sementara...macam-macam yang perlu difikirkan....semoga aku dapat memiliki kekuatan menahan diri dan bersabar terhadap sesuatu cubaan dan bertahan terhadap sesuatu hal yang tidak menyenangkan....


Kehidupan dunia yang tidak kekal ibarat musim menuai yang hampir tiba namun hancur musnah akibat bencana, sehinggakan seolah-olah tidak pernah tumbuh apa-apa semalam.

Itulah hakikat dunia.Dalam sekelip mata keindahan dunia boleh lenyap dan berakhir.Apakah kita masih mahu mengharapkan nikmat sementara berbanding nikmat yang kekal abadi.....





Saturday, 18 June 2016

CINTAILAH SETULUS HATI




"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar- benar menyintainya setulus hati."


..............................................................................................................



"Sakitnya jadi wanita itu....disaat mereka menyukai seseorang, mereka hanya bisa diam.
Berharap orang yang disukainya peka"

.................................................................................................................




"Andai setiap ketulusan dibalas dengan ketulusan mungkin takkan ada hati yang terluka. Tapi kita tak bisa memaksa sesiapapun untuk membalas setiap kebaikan..."


...................................................................................................................




"Walaupun hati sering menangis tapi aku bukanlah seorang pesimis...hidup ini kenyataan dan harus ditempuh dengan berani....."


................................................................................................................





"Sunyi tu milikku...menemani dengan penuh kesetiaan. Tanpa perlu suara....Tanpa perlu kata-kata...
Perlukah ada luka agar aku tidak kehilangan kata-kata.
Perlukah derita itu agar bahagia itu lebih dihargai......"




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...