Thursday, 28 September 2017

AKU HAMBA SAHAYA



"AKU HAMBA SAHAYA"

Suatu ketika Ibrahim bin Adham pergi ke suatu kawasan di padang pasir, seorang tentera lelaki menemuinya lalu bertanya: "Adakah kamu seorang hamba sahaya?"

"Ya, "Jawabnya.

"JIka begitu, tunjukkan aku kota yang didiami ramai orang," katanya.

Ibrahim Adham lalu menunjukkannya ke arah kuburan.

Tentera itu menegaskan bahawa dia bertanyakan arah kota keramaian, bukannya kuburan.

Marah dengan jawapan Ibrahim Adham, tentera itu memukulnya hingga luka dan kemudiannya berjalan menuju ke kampung halamannya.

Orang yang mengenali Ibrahim Adham bertanyakan perkara yang berlaku. Tentera itu menceritakan kisahnya bersama-sama Ibrahim.

Lalu mereka berkata: "Adakah kamu tidak mengetahui bahawa lelaki ini ialah Ibrahim bin Adham?"

Tentera itu segera turun dari kudanya lalu mencium tangan dan kepala Ibrahim sambil memohon maaf kepadanya.

Seseorang bertanya kepada Ibrahim: "Mengapa engkau mengatakan engkau seorang hamba?"

Jawab Ibrahim: "Aku mengiakannya kerana memang benar aku seorang hamba Allah. Ketika dia memukul kepalaku, aku memohon kepada Allah untuknya syurga."

Mereka bertanya lagi: "Engkau memohon kebaikan untuk orang yang telah menzalimimu?"

Ibrahim menjawab: "Aku sedar, aku akan diberi pahala atas perlakuannya kepadaku. Aku sama sekali tidak menginginkan diriku  memperoleh ganjaran kebaikan, sedangkan dia memperoleh ganjaran buruk."

[Ihya' 'Ulum al-Din]



Pengajaran:


Mukmin yang sejati tidak hanya memikirkan hal diri sendiri. Cintanya kepada sesiapa sahaja yang ada disekelilingnya bukan kerana kepura-puraan, sebaliknya kerana tingginya nilai keimanan.







WAJAH

Jaa'far bin Sulaiman menuturkan: "Jika aku menemukan kekerasan di dalam hatiku, aku akan segera pergi dan melihat wajah Muhammad bin Wasi' al-Azdi. Wajahnya menggambarkan seolah-olah dia baru sahaja kehilangan anaknya."

[Siyar A'lam al-Nubala']


AIR MATA

Fudhail bin 'Iyadh menuturkan: "Seorang Mukmin apabila melihat Mukmin yang lain, maka dia akan menemui ketenangan."

Abdullah bin Mubarak berkata: "Apabila aku melihat wajah Fudhail, kesedihan dalam hatiku akan mula muncul kembali. Meskipun begitu, aku akan dapat melawan  nafsu walaupun air mataku mengalir."


Pengajaran:

Berkawan dan mendekati orang yang ikhlas merupakan salah satu jalan tarbiah diri uttuk mencapai keikhlasan. Bukankah  berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terpalit bau wanginya?






BOHONG ORANG SOLEH


'BOHONG' ORANG SOLEH


Suatu hari, seorang lelaki telah melarikan diri daripada dikejar musuhnya. Dia meminta pertolongan daripada seprang lelaki soleh.

"Tolong sembunyikan aku daripada orang yang mengejarku," katanya.

Orang soleh itu berkata: "Baringlah di sini." Kemudian dia melemparkan seikat daun kurma ke atas tubuh badan lelaki tersebut.

Ketika orang yang mengejar lelaki tadi bertanyakan keberadaannya, lelaki soleh itu berkata: "Dia berada di bawah timbunan daun kurma ini."

Para pengejar tadi menganggap orang itu berbohong lalu mereka pun meninggalkannya. Akhirnya, lelaki tadi terselamat daripada niat jahat para pengejarnya kerana kejujuran orang soleh tersebut.


Pengajaran: 

Orang yang jujur ialah orang yang beruntung. Kebiasaannya Allah akan memelihara mereka daripda melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan-Nya.
Bahkan mereka juga mudah bertemu jalan keluar ketika dihimpit sebarang kesusahan. Benarlah, jujur itu kunci menjemput redha Allah.






"JIKA AKU MENINGGAL TERLEBIH DAHULU"


Said bin Musayyab mengisahkan pada suatu ketika,  Abdullah bin Salam dan Salman berjumpa. Salah seorang daripada mereka berkata kepada yang lain: "Jika kamu meninggal dunia terlebih dahulu, jumlah aku dan ceritakan perjumpaanmu dengan Allah. Jika aku meninggal dunia terlebih dahulu, aku pun akan melakukan hal yang sama."

Salah seorang daripada mereka bertanya: 'Bagaimana orang yang sudah mati boleh menemui orang yang masih hidup?'

Salah seorangnya daripadanya menjawab: "Hal itu tidak mustahil kerana roh bebas pergi ke mana-mana sahaja di syurga.'

Ketika salah seorang daripada mereka meninggal dunia, roh temannya yang sudah meninggal dunia mendatangi sahabatnya yang masih hidup dan berpesan kepadanya: 'Bertawakallah dan kamu akan mendapat khabar gembira kerana aku belum pernah melihat engakau bertawakal kepada Allah.'"

[al-Tawakkul]



Pengajaran: 

Rahsia tawakal ada dalam hati manuisa. Jika manusia telah berniat dan bertawakal kepada Allah, tidak ada satu pun rintangan yang akan membatalkan niatnya. Waspadalah dengan hati yang masih mengharap pada manusia ketika dalam kesempitan sedangkan lidah menyebut, "Aku bertawakal kepada Allah."




Wednesday, 27 September 2017

ANEKA PETUA



PUCUK KADUK BANTU HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA

Pucuk kaduk yang tumbuh meliar di kawasan kampung, bukan sahaja enak dijadikan ulam. Malahan pucuk atau daun kaduk mampu menyembuhkan batuk dan selsema.
Caranya cukup mudah iaitu dengan hanya mengambil segenggam pucuk kaduk, tambahkan 3 cawan air dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan ini setiap hari sebelum tidur atau sehingga sembuh....







PUTIHKAN SIKU DAN LUTUT DENGAN MINYAK ZAITUN

Selain menjadi bahan dalam masakan, minyak zaitun juga dipercayai mampu memutihkan kulit secara semula jadi. Ambil beberapa titis minyak zaitun dan sapukan pada kulit badan terutamanya bahagian lutut dan siku. Amalkan langkah ini setiap hari bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan melembapkan kulit. Biarkan selama setengah jam sebelum anda mandi seperti biasa. 
Usai mandi, sapukan losyen pelembap pada kulit dan kerap amalkan di kawasan kulit yang hitam agar kawasan tersebut lebih putih.








MINUM SOYA SUSU BADAN BERTAMBAH BANYAK

Bagi kaum ibu yang menyusukan bayi, pasti sahaja bimbang apabila susu badan mulai berkurang pengeluarannya. Anda boleh mengatasi ini dengan cara mengamalkan minum susu soya setiap hari disamping meminum susu segar dalam menggalakkan penghasilan susu badan.








JUS LIMAU NIPIS HILANGKAN HANYIR SUP IKAN

Sup ikan amat digemari ramai apatah lagi menggunakan ikan yang segar, sup akan terasa manis. Namun anda jarang memasaknya sendiri kerana bimbang rasanya yang hanyir.
Sebenarnya mudah sahaja untuk menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sup iaitu dengan memasukkan dua sudu kecil jus limau nipis ke dalam sup ikan sebelum anda menutup api. Perahan jus limau nipis bukan hanya menghilangkan bau hanyir, malah akan lebih melazatkan rasa sup anda.






MINUM AIR PUTIH UNTUK CANTIKKAN MATA

Sebenarnya selain untuk kesihatan tubuh, pengambilan air putih yang secukupnya mampu mengelakkan bahagian mata daripada kering dan berkedut.
Cuaca negara kita yang panas dan penggunaan penyaman udara setiap masa akan membuatkan mata anda menjadi berkedut. Tetapi sebelum tidur,elakkan diri anda daripada minum air dua jam sebelum tidur.



NIKMATNYA YANG MELIMPAH



"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu  (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (tanda bersyukur). Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diingininya)."

(Surah al- Kauthar 108: 1-3)


Catatan.

Banyak Yang Allah Beri

Antara sebab ayat ini diturunkan kerana ejekan yang dilemparkan oleh kaum kafir Quraisy selepas mendapat tahu kematian Qasim dan Ibrahim, anak lelaki Rasulullah bersama Khadijah yang masih kecil. Ayat ini memberi kesedaran bahawa nikmat  yang telah  dan akan Baginda terima sangat besar, baik di dunia mahupun di akhirat. Ujian yang diberikan adalah untuk mendidik Baginda agar lebih kuat dan sabar ketika berdakwah.



Telaga al-Kauthar

Sebahagian tafsiran menyebutkan bahawa al-Kauthar dalam ayat ini merujuk kepada telaga al-Khautar. Memang salah satu nikmat yang akan diberikan kepada Nabi dan umatnya ialah nikmat telaga al-Kauthar.
Anas bin Malik menceritakan bahawa, suatu hari dia melihat Nabi saw. tersenyum lalu dia bertanya sebabnya. Jawab Baginda, telah diturunkan kepadanya surah al-Kauthar iaitu nama bagi sebuah sungai besar yang akan diminum oleh umat Muhammad sebanyak bintang-bintang di langit. 
(Riwayat Ahmad)



Solat Dan Berkorban

Banyak nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt selama ini. Disebabkan itu, Allah menyuruh hamba-Nya untuk menunaikan solat dengan ikhlas ketika mendapat nikmat, serta melakukan ibadah berkorban tanda kesyukuran. Inilah yang dilakukan oleh Nabi saw.



Tuesday, 26 September 2017

MUTIARA KATA


"Zuhud ialah tidak panjang
angan-angan dalam urusan
duniawi, bukan dengan memakan
makanan yang tidak sedap
dan bukan pula mengenakan pakaian
yang sangat sederhana."

~ Sufyan al-Thauri~




"Pengetahuan bukanlah apa
yang dihafal, tetapi apa yang
memberi faedah."

~Imam al- Syafii~




"Balaslah tamak halobamu
terhadap dunia dengan qanaah,
sebagaimana engkau membalas
musuhmu dengan qisas."


~Ibrahim al-Marastani~



"Taqwa terbahagi kepada
dua. Taqwa zahir dan taqwa
batin. Taqwa zahir adalah
dengan menjaga batas syariat,
disertakan dengan niat dan
keikhlasan."

~ Ibn Ata'illah~



"Sekiranya kamu bersahabat
dengan orang jahil yang tidak
menurut nafsunya, adalah lebih
baik kamu bersahabat dengan
orang alim tetapi menurut
nafsunya. Ilmu apa yang hendak
dikatakan ada pada seorang alim
yang masih menurut nafsunya,
dan kejahilan apa lagi yang hendak
dikatakan pada seorang yang jahil
mampu menahan nafsunya."


~Ibn Ata'illah al- Sakandari~




"Sesiapa yang memujimu,
maka ketahuilah bahawa segala
pujian itu berlaku kerana
pandainya Allah menyembunyikan
keburukanmu. Maka kembalikan
pujian itu kepada zat yang telah
menutup aibmu, bukannya kepada
yang memujimu."


~ Ibn Ata'illah al- Sakandari~



"Aku tidak mengetahui adanya
maksiat yang lebih besar dan
lebih buruk selain daripada lalai
mengingati Allah."


~Sahl Abdullah al- Tustari~




"Antara hikmah Allah
menyembunyikan urusan dan
hakikat roh adalah semata-
mata untuk mengembalikan
diri manusia kepada kesedaran
akan sifat lemahnya mereka
di hadapan Allah."


~Al-Sya'rawi~




"Orang yang tidak khusyuk samalah
seperti orang yang mengunci jendela
pada setiap malam agar tidak dimasuki
pencuri. Pada saat tangannya menolak
engsel, matanya memastikan ia
benar-benar berhasil mengunci jendelanya,
bahkan telinganya sempat pula
mendengar bunyi engsel menyelak pintu.
Namun kerana kegagalannya
untuk khusyuk, sebaik tiba di pembaringan
lantas ia bangun kembali sambil bertanya
hati sendiri: "Adakah aku telah mengunci
jendela?' Lalu, apa gunanya mata
yang melihat, tangan yang bergerak
dan telinga yang mendengar sewaktu
jendelanya dikunci?"


~Buya Hamka~


Sunday, 24 September 2017

PUISI KHALIL GIBRAN





KEHIDUPAN


Engkau di bisiki bahawa hidup adalah kehidupan
dan dengan penuh ketakutan
engkau sabarkan apa yang telah dituturkan
padamu penuh kebimbangan
kuwartakan padamu bahawa hidup adalah
kegelapan jika tidak diselimuti oleh kehendak
pengetahuan
dan segala macam pengetahuan akan kosong jika tidak
diiringi kerja
dan segala kerja kehampaan kecuali disertai cinta
engkau sesungguhnya telah menambatka  dirimu
dengan wujudnya kamu
wujud manusia lain dan wujud Tuhan.







CINTA YANG AGUNG


Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan masih
peduli terhadapnya....
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu
masih menunggunya dengan setia
Adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu masih
menunggunya dengan setia....
Adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu
masih bisa tersenyum sambil berkata "Aku turut
berbahagia untukmu "Apabila cinta tidak berhasil....
Bebeskan dirimu.....
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang
ke alam bebas lagi....
ingatlah....
Bahawa kamu mungkin menemukan cinta
dan kehilangannya....
tapi....
Ketika cinta itu mati....
Kamu tidak perlu mati bersamanya....
Orang kuat bukan yang selalu menang
Melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh....







KISAHKU


Dengarkan kisahku....
Dengarkan tapi jangan menaruh belas kasihan
padaku, kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan
pada hal aku masih tegar dalam penderitaanku....
jika kita mencintai, jika kita bukan dari diri kita, juga
bukan untuk diri kita
jika kita bergembira, kegembiraan kita bukan berada
dalam diri kita, tapi dalam hidup itu sendiri, jika kita
menderita, kesakitan kita tidak terletak pada luka kita
tap dalam hati nurani alam.

jangan kau anggap cinta itu datang kerana
pergaulan yang lama atau rayuan yang terus menerus
cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas tak
tercipta dalam sesaat, ia tak akan tercipta bertahun-tahun
atau bahkan generasi-ke generasi


wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa
dan raga adalah sebuah kebenaran,
yang terbuka namun rahsia; ia hanya dapat difahami melalui
cinta, hanya dapat disentuk dengan kebaikan
dan ketika cuba untuk menggambarkannya ia
menghilang bagai segumpal wap.








CERMINAN DIRI


jika sifat kalkulatif matualisme
membuat kau jauh dari ku.....
bererti fahaman individualisme
masih teramat dangkal.....
aku benar-benar kecewa soal itu....
percuma mukutku berbuih sampai robek
kau takkan pernah faham maksudku....
dan jika  kalturalis masih mengikat kuat
di dalam fikiranmu sampai mampus pun kau tak akan bisa terima aku....!
kau seperti kau ortodox yang selalu ingin menepatkan egomu
di atas altar penyembahan itu....
selalu ingin  disanjung
seperti anak kecil yang di colok
permen ke mulutnya....
jika egomu di perolok
mukamu merah menyala bagai api....!
dasar manusia ortodox.....!



Saturday, 23 September 2017

MENJADI LEBIH BAIK



Ketika terjatuh, segeralah berdiri
Sudah pandai berjalan , belajarlah berlari
Mulai terasa lelah, kuatkan lagi niat di hati

Berhenti sejenak untuk melaju lebih cepat
Mundur selangkah, lalu mulai lagi dengan bismillah
Sudah jauh melangkah, tetaplah sabar dan istiqamah


Kerana sejatinya hidup ini tentang bagaimana kita berusaha
Untuk jadi peribadi yang lebih baik dari hari ke hari.
Kerana sejatinya perbaikan diri adalah proses panjang yang tak berkesudahan


Semoga usaha kita  hari ini membuat kita menjadi lebih baik. Semoga muhasabah kita hari ini membuat kita dipertemukan lagi di syurgaNya nanti.




Kadang kita harus menempuh jalanan berbatu untuk mencapai apa yang kita impikan.
Jalanan yang berliku.
Jalanan yang membuat kita kadang harus terjatuh berkali-kali.
Jalan yang kadang membuat kita berfikir.
Apakah jalan yang kita tempuh ini sudahlah tepat?


Meskipun kita tidak tahu akan seperti apa ujian dan cubaan seperti apa yang akan ada di depan sana.
Tetapi sejauh ini, tetaplah bertahan.
Tetaplah lanjutkan perjalanan.
Walau mungkin jalanannya akan lebih terjal, lebih curam, lebih berliku.
Selama kita melangkah bersama dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Semuanya dapat kita lalui perlahan-lahan.


Percayalah, kelak jalan yang kita tempuh ini
Akan membawa kita kepada tujuan dan kebahagiaan yang kita idam-idamkan.
Atas izin dariNya, atas redha dariNya.

Jadi mahukah kamu bertahan bersama-sama?



Friday, 22 September 2017

PENGERTIAN SEBUAH CINTA



Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.


Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.


Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwainan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.


Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.


Cinta, jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya apapun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta. pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.


Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian.


Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan diantara akal dan rasa.


Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andaikata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki ? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan, derita diperasaan....


Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

~ indah bicara kerana hati

BERKASIH DENGANMU...

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan....
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuannya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka....

Indahnya tarbiah Allah, tersirat rahmat dan hikmah.
Diuji kita sebagai tanda sayangnya....bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya....

Begitulah rupanya berkasih dengan Allah.
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan....
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah pada hambanNya. 
Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.


Ya Allah, sentuhkanlah hati hambamu ini, saat dia  jauh dariMu,
Peluklah hatinya...saat dia mencintai sesiapa melebihi dariMu.
Peliharalah  imannya selalu, jadikan dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan menangis di hadapanMu agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu ujian yang datang dariMu....


"Semoga Allah memberimu pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap dugaan dan makbul untuk setiap doa....

~indah bicara kerana hati.


Thursday, 21 September 2017

BERHATI-HATI KETIKA MENGHARAP


"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan ?"
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.

Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberi kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada pemasalahan. Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tidak punya untuk memberi ?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi. 
Pada hal orang yang kita harapkan tersebut tidak berdaya untuk memenuhi harapan untuk dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tidak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.


Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikit pun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-ungkai ikatannya.

"Jangan risau kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."
"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan ."

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik,  
Namun dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan ?


Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tidak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi  tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari.
Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap  manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.


"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya , hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical sebagai hubungan dengan pencipta.


Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah jika manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharapkan kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tidak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.


"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan ) yang lain. dan hanya kepada Tuhan-Mulah kamu hendaknya kamu berharap."
[ Al-Insyirah :7-8 ]


Wallahu'alam....

~indah bicara kerana hati.



PELIK DAN UNIK


Hundertwasser House "Waldspirale"




The Crooked House




The Basket Building ( Newark ,Ohio)






Kansas City Public Library






Auto Residence (Salzburg, Austria )





Rumah Kubik Di Helmond






The Dancing House (Republik Czech)





Ideal Palace







Wonderworks Orlando Amusement Park






Nautilus Mexico





Rotating Tower, Dubai























Rumah Batu (Portugal)











Rumah Teres Nipis (London)








SALAM MAAL HIJRAH 1439



Firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."[al-Baqarah : 218 ]


Alhamdulillah, segala puji adalah milik-Nya. Syukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bertemu tahun baru 1439H. Pastinya dengan kesempatan ini menuntut kita melakukan muhasabah dan seterusnya melunaskan tanggung jawab dan pengorbanan kepada Islam dan umatnya. Hayatilah semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh jujungan mulia dan para sahabat baginda yang setia.

Salam Maal Hijrah 1439 . Moga tahun baru ini membawa keberkatan dan semangat yang lebih gigih untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.


Kata Imam Abu Hurairah ra.

"Setiap kalinya datang tahun baru.
Membuat daku risau dan resah selalu,
Kerana makin singkat umurku, 
Semakin dekat ajalku
Semakin tipis pengampunan Allah terhadapku,
Dan semakin dekatnya hari perhitunganku."


Allahu al-Musta'an......








Allah swt berfirman  yang bermaksud :

"Dan orang -orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia." [ al-Hajj :58 ]


Hijrah adalah satu tuntutan yang besar nilainya disisi Islam. Allah sendiri memerintahkan Rasulullah saw berhijrah pada saat sukar bagi baginda mendirikan negara Islam pertama. Para sahabat juga berhirah setelah mendapat restu Rasullah saw. Tetapi bukanlah sesuatu yang mudah untuk berhijrah.

Makna hijrah ialah meninggalkan kepentingan, mengorbankan harta dan menyelamatkan diri. Ia dilakukan dengan kesedaran bahawa diri mereka mungkin terbunuh atau dirompak pada awal mahupun pada akhir perjalanan. Demikian pula kesedaran bahawa diri mereka berjalan menuju masa hadapan yang belum pasti, sedangkan mereka tidak tahu apa yang akan menerpa mereka kemudian hari.


Hari ini juga kita digesa agar berhijrah. Tetapi hijrah kita bukanlah meninggalkan tanah tumpah menuju ke suatu tempat asing. Selepas pembukaan kota Mekah tidak lagi dianjurkan berhijrah sebagaimana hadis Rasulullah saw  :

Daripada Ibn'Abbas ra. katanya : sabda Rasulullah saw  :
"Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah." [ Riwayat al- Bukhari 1986M : 3/1025 ]


Hijrah yang mesti berlaku dikalangan orang Islam pada hari ini ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.


Benar, memang sukar untuk berhijrah. Namun tiada alasan untuk kita berkata tidak mampu melakukan yang terbaik. Keinginan dan keyakinan faktor kejayaan disamping doa dan tawakal kepada Allah. Penghijrahan bukan membabitkan soal perubahan semata-mata tapi soal jati diri dalam kehidupan. Kepayahan yang dihadapi adalah kemanisan dan kebahagiaan di masa hadapan. Alangkah bahagianya mereka yang dapat mengecapi kemanisannya.


"Pesan Imam al-Ghazali diantara cara untuk mengawal hawa nafsu  ada tiga iaitu duduk di dalam majlis ilmu, merapati para alim ulama dan berpakaian cara Islam."



~kembara mencari hamba.

Wednesday, 20 September 2017

TAUBAT SEORANG WANITA PENZINA



Imam Muslim dalam sahihnya, dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari Rasulullah saw duduk di dalam masjid, sementara para sahabat duduk mengelilingi beliau. Beliau mengajar, mendidik dan  mensucikan (hati) mereka.


Tiba-tiba datang seorang wanita berhijab masuk melalui pintu masjid. Melihat wanita itu Rasulullah saw pun diam, dan begitu juga para sahabat beliau. Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh  gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.


Dia menghadap untuk mencari kematian, kematian lebih ringan, jika disertai oleh pengampunan dan penghapusan dosa. Menjadi ringan setelah kematian tersebut terdapat keredhaan dan penerimaan dari sisi Allah. Dia berjalan sampai kepada Rasulullah saw. kemudian dia berdiri di hadapan beliau dan mengkhabarkan kepada beliau bahawa dia telah berzina.



Dia berkata, "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!"


Apa yang diperbuat oleh Rasulullah saw.? Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut? Tidak, bahkan merahlah wajah beliau hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang solehah, wanita yang keimanannya telah tersusuk di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya, "Pergilah, sehingga engkau melahirkannya."


Berlalu bulan demi bulan, dia mengandung puteranya selama sembilan bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, dia pun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata, "Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!"


Maka Nabi pun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik kerana merasakan sakit dan sedih, dikeranakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat, rahmat kepada burung, dan menyayangi haiwan.


Sebahagian ahli ilmu berkata, "Bahkan beliau, memberikan rahmat hingga kepada orang kafir. Allah berfirman tentang beliau, "Dan tidaklah aku utus kamu Muhammad, kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta. "Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya? Maka Nabi bersabda, "Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyempurnakannya, kembalilah kepadaku."


Maka wanita itu pun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahun pun bergilir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang membawa anaknya yang sedang memegang roti. Dia berkata: "Wahai Rasulullah, aku telah menyempurnakannya, memberinya susu, maka sucikanlah aku."


Dia dan keadaannya sunnguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.


Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan akan tegak.


Nabi bersabda, "Siapa yang mengkafil (mengurusi)  anak ini, maka dia adalah temanku di syurga seperti ini...." Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam (dilempari dengan batu hingga mati )


Maka manusia pun berkumpul, dan merejamnya. Memancutlah darah dari kepala wanita tersebut mengenai Khalid bin Walid, maka dia pun mencacinya pada jarak pendengaran Nabi. Maka beliau bersabda kepadanya, "Tenang wahai Khalid, demi Allah, dia telah bertaubat dengan pertaubatan yang seandainya penarik pajak bertaubat dengannya pastilah akan diterima darinya."


Dalam sebuah riwayat bahawa Nabi memerintahkan agar wanita itu direjam, kemudian beliau mensolatinya. Maka berkatalah Umar, "Anda mensolatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina." "Maka beliau bersabda, "Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebauh taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah?" (HR Ahmad)


Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya ini adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syaitan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. Ya , dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah, Ya, ini taubat Nasuha wahai hamba-hamba Allah.


Wallahu'alam...


Sikap sabar dalam mengahdapi semua persoalan hidup adalah satu anugerah dari Allah, tidak semua orang mendapat anugerah tersebut. Jika ada sifat sabar dalam dirimu, maka bersyukurlah kepada yang memberi kesabaran pada dirimu iaitu Allah swt.


~perjalanan yang singkat.







Tuesday, 19 September 2017

CATATAN BICARA HATI



Apa yang harus aku rasakan saat terbangun dari mimpi burukku ?
Bersyukur itu hanya mimpi, atau bersedih dan
takut mimpi itu adalah sebuah petanda ?


Kau dan aku bisa sama-sama belajar. Bagaimana menerima seseorang tanpa mengalahkan pengalaman masa lalunya. Bagaimana saling menerima dengan belajar berbesar hati atas kekurangan yang ada. Kita bisa mengisi satu sama lain. Agar terwujud apa yang kita ingin.


Kau dan aku bisa sama-sama mengerti. Bahkan hari-hari harus kita lalui dengan berbagai urusan nanti. Ada hal yang membuat kita harus sejenak berpisah. Ada hal yang harus memaksa kita saling mengalah. Jangan mudah lemah sebab itu. Kerana bagaimana pun jarak akan melahirkan rindu.


Kau dan aku harus sama-sama menguatkan. Saat semakin banyak di luar sana suara-suara yang melemahkan. Tidak semua orang menyukai kisah kita. Namun kau harus percaya, kita mampu melaluinya semuanya jika saling percaya. Jagalah dirimu dari suara-suara buruk tentang diriku.


Kau dan aku harus sama-sama sedar diri. Kita punya hal -hal yang tidak kita miliki. Kelemahan dan ego yang harus kita fahami. Jangan selalu ingin menang sendiri. Sebab perjalanan ini kita tempuh berdua. Kita harus lewati hari-hari sulit, pun hari-hari baik bersama.





Ketika mencintaimu, banyak hal kupelajari
Lagi dan lagi
Aku tak boleh bosan apa lagi berniat berhenti

Mencintaimu,ternyata bukan perihal hangat
Atau suka
Atau bahagia
Semata

Mencintaimu, ternyata bukan pula perihal memeluk erat ragamu
Atau memintamu memeluk erat ragaku
Kita boleh saling mendekap
Namun tak boleh


Mencintai adalah perihal melepaskan
Aku belajar melepaskan egoku, kerana bahagiamu adalah yang utama

Aku belajar mengendalikan cemburuku, kerana tak semua kendali atas kau adalah hakku.
Aku belajar melepaskan segala kekang atas inginku kerana
pada akhirnya takdir Tuhan adalah apa yang terjadi
Dan aku tak boleh hilang kendali.


Mencintaimu dengan seisi duniaku, adalah sungguh indah
Kerananya aku tak mahu memaksa dengan memelukmu erat
Kau harus bernafas lega
Kau harus bahagia.
Dan kita harus dengan  sedar saling mejaga.







Sampai hari ini pun aku masih belajar perihal memahami dirinya. Tidak sulit dan juga tidak mudah untuk menerka apa yang ada dalam hati dan fikirannya.
Dirinya seperti cuaca yang sangat cepat berubah, terkadang begitu cerah dan tiba-tiba bisa berubah menjadi hujan badai dalam waktu singkat.


~ boy-chandra-tia setiawati


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...