Wednesday, 31 May 2017

RINDU....




Cinta....
Ketika hati terbelenggu rindu
Ketika hati terbanjiri rasa
Dunia ini seakan fana
Meski dibaluti mimpi dan imagi

Cintai....
Ketika hati bersedih
Ketika hati menangis
Dunia ini seakan maya
Meskipun semua itu adalah nyata

Cinta....
Ketika hati tersakiti
Ketika hati tertusuk duri
Dunia ini dipenuhi benci
Meski semuanya tak pernah sepi

Cinta....Tahu kah kau?
Tak mungkin hati berbicara meski penuh dengan rasa
Tak mungkin bersuara meski dibaluti rindu
Kerana hati selalu terdiam meski dibaluti segudang rasa dan
 setumpuk rindu


Cinta ....Tahu kah kau?
Rindunya hati hanya dengan diam
Rasanya hati hanya dengan tersenyum
Walau di malam yang sangat sepi dan sunyi

Cinta....
kerana hati hanya ingin dimengerti
Kerana hati hanya ingin ditemani
Kerana hati perlu hati yang bisa mengubati rindu dan rasa.







Yang kau tak tahu, biarlah jadi rahsianya
Kerana aku juga begitu, lebik baik tidak tahu menahu dari
pada tahu dan terus mencari tahu akan membuat semakin
sakit.....






Malam sepi malam sunyi
Tanpa rembulan dan air hujan
Dan gigil menusuk hati
Menampar rasa dengan tawa

Beku rinduku
Kaku rasaku
Buta hatiku
Bisu mataku

Mimpiku hampa
imagiku maya
Menerawang dalam angan
Menembus lamunan semu

Berharap rembulan pengubat rindu
Berharap hujan penyejuk rasa
Menghangatkan hati
Membasahi diri

Dari penyesalan dan penderitaan jiwa.








Rinduku bukanlah Rindumu
Rasaku bukanlah Rasamu
Tatapku bukanlah Tatapmu

Meski kurasa ada
Namun Tak bisa Kuraba
Meski kutatap Nyata
Namun Tak bisa Kubaca

Hujan memang bisa membasahiku
Rembulan memang dapat menyinariku
Namun tetap tak dapat kumiliki







Sepertinya Kau bukanlah Dia
Dan Dia bukanlah Kau
Yang selama ini aku idamkan
Yang selama ini aku impikan
Yang selama ini aku lamunkan


Aku mungkin bodoh
Mataku mungkin buta
Hatiku mungkin tuli

Oleh rindu dan rasa mayaku
Yang selalu hadir setiap nafasku.







Ketika rindu menggelitik sepi
Menuai rasa mengusik hati
Menguak lamunan
Menumbuhkan mimpi


Bayang semu menoreh jiwa
Membangunkan cinta
Membelit jiwa
Dalam hangatnya rindu.






Ketika rindu berlabuh dalam hati
Ketika rasa menaungi diri
Menenggelamkan sedarku
Mengubur naluriku

Bayangmu menutupi pandangku
Menutupi sinar mentari
Aku gigil.....gigil kerana rindu
Aku beku.....beku akan rasa


Harapku mentari menghangatkan diri
Meleburkan rasa dalam hati
Meluluhkan rindu yang selalu menggebu
Menuntunku berjalan dengan sinarnya

Kerana bulan membutakan mata hatiku
Kerana bulan mengikat rinduku
Kerana bulan mengurung rasaku
kerana bulan membaluti mata dan hatiku...









Seperti kemarin menunggu rindu
Seperti kemarin meraba rasa
Tak akan luluh kerana amarah
Tak akan sirna kerana nestapa

Mungkin doaku tentang rindu padamu
Mungkin pintaku tentang rasa padamu
Mencuri pandangmu adalah ubat rinduku
Melihat senyummu adalah peluluh rasaku

Kau begitu erat melekat
Kau begitu kuat mengikat
Aku tak mampu menghapus rindu
Aku tak kuasa melepas rasa

Kerana kau selalu ada dalam setiap mimpiku




~ Tulisan Dlri~




SAMUDERA YANG LUAS




Jika cerita kita adalah sebuah puisi tentang samudera biru yang luas.

Maka aku adalah ombak yang bersyukur kerana menepi pada pantaimu yang tenang.

Di sepanjang lautan aku berkelana, menyimpan emosi terdalam tentang kehidupan sedalam lautan mampu menampungnya. Lalu kau dengan matahari yang memantul-mantul diantara butir pasirmu, tersenyum menyambutku dan mengatakan "duduklah di sini sejenak, tidak ada yang perlu kau khawatirkan, semua akan baik-baik saja."

Kamu yang berada di seberang samudera itulah pantai yang membuatku selalu ingin menepi dan pulang. Hanya padamu.

Tertanda Ombak







Tuesday, 30 May 2017

BICARA HATI HAMBA

ALHAMDULILLAH.


Semoga hari ini menjadi lebih bermakna....

Teringat kisah ini:

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai- LAUT INI PENCURI.

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pinggir pantai- LAUT INI BAIK HATI.

Seorang pemuda tenggelam di lautan, lalu ibunya menulis di pantai- LAUT INI PEMBUNUH.

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai- LAUT INI PENUH BERKAT.

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu.....

Maka -JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan.

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.  Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa.
Eratkan silaturrahim, walaupun sekadar doa....





BICARA SAHABAT



Aku melihat orang berpasang-pasangan, entah mempertahankan kenyataan atau saling mengelabui keadaan.
Ada yang menertawai kesedihannya, ada juga yang menangisi kebahagiaannya.
Entahlah, terkadang hidup kerap mengingkari kenyataan berkali-kali, dan bodohnya, kita tetap mengulanginya lagi.

Atau, barangkali hidup; hanya angan-angan dari angin yang selalu mendesaukan kebahagiaan juga kesedihan.
Sebagaimana cinta yang seolah-olah telah terjatuh terlalu begitu jauh, kebahagiaan harus dirasa, meski sekali lagi, semuanya seolah-olah bahagia...






Malam merambat terlalu pelan, dan detik-detik waktu, seakan sedang menghitung seberapa panjangnya detak-detak kesunyian.
Padahal kita saling bersisian, begitu dekat, sedekat hela nafas kita yang sedang disatukan.
Lalu kita menyedari, bahawa memang ada hal yang tidak harus kita bicarakan, bahkan seharusnya kita jadikan rahsia semesta.

Bukankah kita pernah menduga-duga, bahawa setiap dari kita pasti punya kata-kata yang memang pantas kita sebut sebagai rahsia?
Tapi kau dan aku adalah kita. Lalu mengapa harus ada rahsia diantara cinta?

Kepada cinta...
Cuba kau hitung
Berapa banyak orang yang terluka kerana kejujuran cinta? Dan beramai manusia berduka kerana dusta cinta?

Satu hal yang harus kita ingat, tidak semua hal dapat kita bicarakan, sekalipun kita tahu dan pernah mengalaminya, dan tidak semua hal kita dapat rahsiakan, meskipun semuanya tentang kita, tentang cinta.

Pada akhirnya, kejujuran adah cinta itu sendiri, dan kau.....Cinta...bagikau , Cinta...bagiku kau lebih daripada itu.

Monday, 29 May 2017

RENUNGAN LAPAR DAN KENYANG, IKTIBAR RAMADHAN




Berpuasa, satu perkara yang simbolik pada kita adalah lapar dan dahaga. Melabuhkan tirai berbuka, kekenyangan mula merajai diri. Lapar, dahaga dan kenyang. Teringat kepada satu kata-kata,

Di dalam kita yang menahan lapar ini terdapat 10 kebaikan. Dan di dalam kita kekenyangan terdapat pula 10 kemudaratan.

Apakah ia? Mari kita renungi disebalik lapar dan kenyang pada bulan ramadhan ini. Semoga ianya menjadi satu renungan kepada kita.


LAPAR
Menjernihkan hati, mencerdaskan otak dan menerangi penglihatan hati.

KENYANG
Menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

LAPAR
Merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.

KENYANG
Zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

LAPAR
Menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Disaat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.

KENYANG
Tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR
Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.

KENYANG
Menyebabkan seseorang itu melupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

LAPAR
Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG
Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR
Mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.

KENYANG
Syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

LAPAR
Menjimatkan perbelanjaan dikala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.

KENYANG
Sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR
Menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.

KENYANG
Tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.


Dalam sedang kita enak menikmati juadah yang lazat dan berkhasiat ketika sahur dan berbuka puasa, fikirkan sejenak. Adakah semua umat Islam dapat juga bersahur dan berbuka puasa sebagaimana kita yang bernasib baik ini? 
Kadang-kadang banyak makanan terbuang. Kadang-kadang kita merungut. Kadang-kadang kita terlupa bersyukur pada -Nya Yang Maha Pemberi Rezeki. Yang tidak putus-putus memberikan rezeki walau tanpa kita sedar.


Nun di sana anak kehilangan

Ibu dan ayah entah di mana

Nun di sana masih kedengaran

Tangisan insan yang kelaparan

Kesedihan melanda derita yang berpanjangan

Belas kasihan pengharapan

Dari redup mata yang lemah

Tak siapa dapat merasa di manakah belas kasihan

Ramadhan menginsafkan kita kesusahan mereka semua.

Ramadhan menyedarkan kita

Senang tak lama bahagia tak kekal

Ketenangan hanya pada-Nya, kembalilah kepada-Nya

Nun di sana masih ada jalan, putih peluang kebaikan

Sebulan di bulan Ramadhan


~sumber Jiwa hamba

Sunday, 28 May 2017

HAYATILAH KEINDAHAN RAMADHAN




Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh setiap orang yang beriman. Bulan yang disebut oleh Rasulullah saw. sebagai 'bulan umatku', satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah keujudan manusia. Kaum Nabi terdahulu tidak pernah dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia. Kaum Nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadhan itu, mengandungi seribu rahmat malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah saw. maksudnya "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Sebagaimana pintu syurga dibuka pada Ramadhan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih sayang, kemaafan, hidayah dan pertunjuk juga terbuka. Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat.
Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan  dalam sabdanya : "Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah."


Ramadhan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia.
Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan meningkatkan keimanan. Keempat-empat kompenen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.


Berhenti sebentar berfikir dengan rasional status perhubungan kita dengan Allah selama ini, ketaatan kepada Rasulullah saw  serta apa yang dibuat untuk agama, bangsa, negara, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga dan diri sendiri?
Rasulullah bersabda: "Sesiapa sahaja yang berpuasa pada Ramadhan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis riwayat Imam Muslim)


Ramadhan walaupun bulan kerehatan, ia buaknlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak memberekan sebarang pekerjaan.
Sepatutnya pada Ramadhan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat.
Ini kerana setiap tanggung jawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.


Selain daripada itu kefarduan puasa Ramadhan adalah untuk menjana suatu natijah peribadi terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah Taala.
dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah saw, telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu."


Ramadhan adalah bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat sahajalah, maka akan lebih mudah proses taqarrub seseorang untuk berserah diri kepada Allah Taala dalam banyak hal yang lain. Dengan itu juga akan lebih mudah pula seseorang mukmin itu membezakan sesuatu yang hak dan batil.


Rasulullah saw,  yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: "Umatku diberikan oleh Allah setiap Ramadhan perkara yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya: iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa hingga waktu berbuka. Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak bebas seperti biasa."


Bertitik tolak daripada itu, setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa setiap hari pada bulan Ramadhan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya  mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak. Puasa adalah satu ibadat tazkiyah al-nafs, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang.
Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dan jujur pada diri sendiri, bertanggung jawab, bertaqwa dan sabar.


Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini, mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang boleh dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu berpuasa maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama."
(Riwayat Bukhari)








TIPS MAKANAN UNTUK SAHUR KITA



Mudah berasa letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi tinggi yang untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok diambil ketika bersahur.


*  Yogurt

Yogurt mengandungi gula alami, protein dan pro biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.


*  Oatmeal


Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat di dalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.



*  Air atau jus


Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air  atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa.



*  Kekacang


Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.



*  Makanan kaya zat besi


Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama  keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan kandungan zat besi yang mencukupi.


*  Kismis


Kismis adalah jenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3, dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksida (anti penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.


*  Kurma Ajwa


Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma Ajwa adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sum-sum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan untuk membuktikan bahawa kurma Ajwa antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


Prof Madya Aslah juga berkata, buar kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandungnya. Memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt  menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.


~sumber jiwa hamba.




RENUNGAN RAMADHAN
















Ubadah bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan.
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya denagn keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di 
atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga
mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan daripada kamu.
Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia
yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.




KISAH PENGAJARAN


SEJERNIH AIR TELAGA

Seorang guru melihat muridnya duduk termenung kerana memikirkan nasib dirinya yang baru sahaja kehilangan wang. Beliau cuba mendekati lalu menyapa dan memberikannya segelas air berisi gula.

Guru : Tadi kamu minum segelas air yang aku isikan sesenduk gula, apa yang kamu rasakan?

Murid : Rasanya manis, guru.

Guru : Jika aku letakkan satu senduk garam, bagaimana rasanya?

Guru : Kalau begitu tentulah rasanya sangat masin.
Lalu sang guru mengajak murid itu ke telaga yang airnya sangat jernih. Dia menaburkan satu senduk gula.

Guru : Cuba kamu minum air telaga ini. Apa yang kamu rasa ?

Murid : Rasanya sangat segar wahai guruku.

Kemudian guru itu menaburkan satu senduk garam ke dalam telaga itu.

Guru : Sekarang kamu minum air telaga ini. Bagaimana rasanya?

Murid : Tetap segar, guru.

Guru : Begitulah kehidupan. manis dan masin itu tidak terasa bagi orang yang hatinya lapang dan penuh dengan rasa syukur.


*  Pengajaran: Belajarlah untuk berlapang dada dan bersyukur dengan segala nikmat yang kita miliki.
Kita mungkin kehilangan sebahagian nikmat namun kita sebenarnya masih memiliki pelbagai nikmat lain yang tidak kita hargai.






ANAK KAPAL MENGAJAR AHLI FALSAFAH

Ada seorang ahli falsafah menaiki sebuah kapal kecil untuk menyeberangi lautan. Kerana merasa bosan, dia kemudian mencari anak kapal untuk berbual.

Ahli falsafah itu bertanya kepada pelaut: "Adakah kamu mengetahui tentang falsafah?"
"Saya tidakmengetahuinya." jawab anak kapal.

"Wahh, sayang sekali. Kamu telah kehilangan separuh daripada kehidupanmu."

"Apakah kamu tahu tentang permasalahan metematik?" Ahli falsafah tersebut bertanya lagi dengan nada angkuh.

"Saya tidak tahu." jawab anak kapal tersebut.

Ahli falsafah itu menggelengkan kepalanya seraya berkata:
"Sayang sekali. Kamu juga tidak pandai dalam matematik. Ini bermakna kamu talah kehilangan separuh lagi dari kehidupanmu."

Ahli falsafah itu pergi meninggalkan anak kapal itu. Tidak lama kemudian, ombak besar tiba-tiba mengganas lalu membuat kapal tersebut terombang-ambing. Beberapa tempat telah dimasuki air.

Perahu tersebut akan tenggelam. Ahli falsafah mulai ketakutan. Tiba- tiba muncul anak kapal di belakangnya lalu dia pun bertanya kepada ahli falsafah itu:
"Tuan, apakah kamu tahu berenang?"
Ahli falsafah terus menggelengkan kepalanya dan berkata: "Saya tidak tahu. Cepat, tolong selamatkan saya."

Anak kapal itu ketawa dan berkata: "Berenang pun kamu tidak mampu, jadi sekarang apa erti dalam kehidupan yang kamu banggakan? Kamu akan kehilangan seluruh kehidupan!"


*  Pengajaran: Semua orang sebenarnya memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jangan disebabkan kelebihan itu, kita menjadi sombong mahupun angkuh. Ingatlah, akan sentiasa ada orang yang lebih pintar daripada kita. Kita juga masih perlu belajar dari kelebihan orang lain.



DIA YANG MENGHILANGKAN KERESAHAN



Saya menjalani kehidupan yang agak sukar pada minggu ini. Ada bebrapa perkara yang menerjah, sedikit meresahkan perjalanan hidup. Ada ketikanya ia merencatkan ruangan lena tidur.

Ujian dan musibah seringkali datang tanpa diundang, seringkali datang tanpa sebarang perkataan. Hadirnya menyembah resah, munculnya mengundang gundah.

Ujian dan musibah tidak dipinta, namun kita perlu sentiasa tahu bahawa ujian adalah rukun dalam kehidupan. Maknanya setiap daripada kita akan melalui bicara atau didikan Allah yang dinamakan ujian dan musibah. Tentunya kita mengharapkan setiap ujian itu membawa kita kepada satu tahap yang lebih baik.

Kita telah lama menghadam: "Ujian dan musibah datang dari Allah"

Benar, tiada siapa yang dapat menafikannya. Baik dan buruk semuanya di dalam ilmu-Nya yang Maha Luas. Tetapi di sana ada sesuatu yang perlu digigit sekuatnya bahawa Allah sangat kasih kepada hamba-Nya. Dia tidak menimpakan  sesutu ujian melainkan dengan kesanggupannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Al-Baqarah:286)

Tidakkah kalam yang mulia ini menghilang resah merobek ketenangan. Maka menjauhlah rasa gelisah, kecewa dan berputus asa. Fitrahnya, dalam setiap kesusahan dan kesedihan insan akan memanggil dan merayu kepada Allah swt. Bahkan yang pernah kufur pun memanggil Allah dengan penuh keikhlasan apabila terdesak ditimpa musibah. Allah berfirman di dalam surah al Ankabut ayat 65:

"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui ssesutu yang bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya."

Jika demikian seorang yang kufur, sudah tentu seorang Muslim yang beriman lebih-lebih lagi pergantungan harapnya kepada Allah ketika ditimpa musibah. Jarak langit dan bumi tersangat jauh sehingga ke hari ini tiada pakar yang dapat mengukurnya. Namun ianya menjadi dekat dengan doa yang dilafazkan.

"Ya Allah, bantulah aku, kasihanilah aku..." Lalu ungkapan doa makhluk di bumi ini dengan pantas naik ke langit. Maka turunlah pertolongan Tuhan yang Maha Pengasih kepada hamba-Nya.

Allahu al- Musta'an...



~ sumber dari kembara mencari hamba.

Saturday, 27 May 2017

KASIH SAYANG-NYA




KASIH SAYANG

Mendengar perkataan ini sudah cukup mendamaikan perasaan. Apa tah lagi jika kehidupan dikelilingi oleh kasih sayang. Tentu lebih indah dan mengsyikkan.

Suami mencurahkan kasih sayang kepada isteri, ibu bapa kepada anaknya. Orang tua kasih pada yang muda, yang kaya pada yang miskin serta pemimpin kepda rakyat jelata. Tentu kehidupan yang dilalui sungguh menenangkan dan menyenangkan.

Bagaimana pula jika tiada kasih sayang dalam kehidupan, dapatkah kita bayangkan keadaannya? Tanpa kasih sayang, lembah yang subur akan tandus kekeringan. Inikan pula manusia yang punya hati dan perasaan.

Kita hidup dengan kasih sayang. Benar, kerana kasih sayang Allah kita dapat menjalani kehidupan ini dengan sebaiknya. Kasih sayang Allah tiada pernah putus dan dan tiada bertepi. Kasih sayang Allah tidak pernah habis atau menyusut. Sama ada kita minta atau tidak Dia pasti memberi.
Cuba renung ke dalam diri, berapa kalikah kita meminta udara yang disedut dan dihembus. Rasanya tidak pernah terzahir dalam doa, tanpa sedar setiap hari kita menyedut dan menghembusnya. Alhamdulillah, Dia pernah menahannya walaupun sedetik.

Sebenarnya, kasih sayang Allah telah melimpah ruah sejak awal penciptaan kita sebagai hamba-Nya. Lihat dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, kita tinggal den berkembang di dalam alam kasih sayang ia itu rahim si ibu. Kemudian lahir sebagai bayi yang tidak mengerti apa-apa, lalu diberi pendengaran, penglihatan dan akal. Kita membesar menjadi kanak-kanak dan menjadi orang dewasa yang sempurna dengan keinginan dan kehendak. Bahkan kita dititipkan pula dengan  perasaan kasih sayang.


Bandingkan kasih sayang-Nya.

Umar bin Al-khattab ra meriwayatkan bahawa suatu ketika dibawa ke hadapan Rasulullah saw satu kumpulan tawanan perang. Ternyata terdapat seorang perempuan di kalangan rombongan itu sedang mencari-cari sesuatu (anaknya). Setiap kali dia menjumpai bayi di kalangan rombongan tawanan itu maka dia pun terus mengambil dan memeluknya dan menyusuinya.

Maka Rasulullah saw pun berkata kepada kami, "Apakah menurut kamu perempuan ini akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam julangan api?" Maka kami pun menjawab. "Tentu saja dia tidak akan sanggup melakukannya, demi Allah. Walau pun dia sanggup, pasti dia tidak ingin melemparkan anaknya."

Maka Rasulullah saw pun bersabda:"Sesungguhnya Allah jauh lebih menyayangi hamba-hamba-Nya dibandingkan kasih sayang ibu ini kepada anaknya." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya Allah swt. adalah sebaik-baik sumber kasih sayang!


~sumber kembara mencari hamba.

IMPI KULIT TEGANG




Lumrah alam yang tidak bisa dapat bisa dihalang..
Bila tiba masanya..
Tika lanjutnya usia..
Pastikan ada garis-garis halus di wajah
Menandakan usia makin meningkat seirng dengan
proses penuaan secara semula jadi kerana
berlakunya pengurangan metabolisme sel pada kulit
Semakin usia meningkat, sel kulit lebih banyak membebaskan radikal dan sistem
pertahanan juga semakin berkurangan.
Hasilnya kulit akan kekurangan kolagen dan fibres elastin.

Timbul garis halus....berkedut... hilang keanjalan kulit
Itu sudah pasti...
Namun tahukah kita?
pemilihan makanan yang betul mungkin dapat melambatkan
proses ini dan sekaligus membantu
menegangkan
kulit wajah
*
*
*
*
Apakah makanan untuk tegangkan kulit?
*
*
*
*


BUAH KIWI

Kaya dengan vitamin C yang dapat mempercepatkan penyembuhan
luka dan mencegah parut.
Kiwi dapat meningkatkan kolagen kulit agar tampak lebih muda.




IKAN

Sardin, Mackerel dan Salmon merupakan ikan yang kaya zat omega 3.
Ia menjaga kehalusan dan kelembapan kulit.




TOMATO

Mengandungi vitamin A & likopen yang merupakan antioksidan.
Likopen membantu mengurangkan kerosakan kulit
akibat sinaran matahari sehingga 48%
Secara tidak langsung
ia dapat mencegah kedutan.




Minyak Zaitun.


Ia kaya dengan vitamin E dan anti oksidan.
Ia dapat mencegah kekeringan dan kerosakan kulit sekaligus
membuat kulit lebih awet muda.





TELUR

Kandungan proteinnya dapat menjaga kesihatan kulit dengan mengekalkan kolagen.
Kandungan biotinnya berguna bagi menjaga kesihatan
kalenjar ' sebaceous' yang memelihara kekenyalan
dan kelembapan kulit.




SAYURAN HIJAU

Sayuran yang terbaik untuk tegangkan kulit adalah bayam.
Bayam membantu menjaga keremajaan kulit.
Kandungan klorofil melindungi sel-sel kulit daripada
bakteria dan radikel bebas.




ANGGUR

Bersifat anti oksidan
Ia dapat membantu melindungi jantung dan sistem sel tubuh.
sehingga anda kelihatan awet muda.

~Petikan dari artikel Harmoni.

Namun ....
satu lagi tip paling mudah
*
*
*
*




~sumber cetusan minda~



CARA HAPUS DOSA TANPA ISTIGHFAR



Bukan berhelah daripada beristighfar mahupun taubat, tetapi itulah hakikatnya. Allah sudi menggugurkan dosa kita walaupun kita tidak meminta. Betapa pemaafnya Allah. Bukan dengan satu cara malah banyak cara. 
Manusia yang ego berkata: " Aku tidak akan memaafkan dia selagi dia tidak meminta maaf." Dia sendiri ego dengan Allah. Sudahlah berat memohon maaf daripadaNya, hendak melakukan amalan yang menyebabkan Allah sudi memaafkan dia pun berat.......


33 Cara Hapus Dosa Tanpa Istighfar.


1.    Mati Syahid
"Orang yang mati syahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang." ( Riwayat Muslim )


2.    Sedekah.
"Sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api." ( Riwayat al-Tirmizi )


3.    Banyak Memberi Salam.


4.    Halalkan Hutang.
"Ada seorang peniaga yang membolehkan pembelinya berhutang. Apabila ada seorang yang mempunyai kesulitan hendak membayar, dia pun berpesan kepada pembantunya: 'Lepaskannya, semoga Allah kelak akan memaafkan kita. Maka Allah memaafkannya.' " ( Riwayat al-Bukhari )


5.    Buat Kebaikan Sebaik Terlanjur Buat Kejahatan.
"Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada.
 Segera susuli perbuatan jahat dengan perbuatan yang menghapuskannya.
 Bergaullah dengan orang lain dengan akhlak baik." ( Riwayat al- Tirmizi )


6.    Menyebut SubhanAllah Wabihamdihi 100 Kali.
"Sesiapa yang menyebut subhanallah wabihamdihi dalam sehari 100 kali,
dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Riwayat al-Bukhari )
Subhanallah wabihamdihi.......maksudnya: "Maha suci Allah dan dengan pujian untuk-Nya."


7.    Zikir Selepas Solat.
"Sesiapa yang bertasbih selepas solat sebanyak 33 kali,kemudian bertahmid 33 kali, kemudian bertakbir 33 kali ; semuanya jadi 99 kali lalu dia menggenapkannya menjadi 100 dengan - zikir berikut-,diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." ( Riwayat Muslim )
Maksudnya : "Tiada Tuhan selain Allah sahaja, tiada yang sekutu dengan-Nya.
Milik-Nya segala kekuasaan, untuk-Nya segala pujian. Dan Dia atas segala sesuatu, Maha Berkuasa."
  •        Tasbih;   Subhanallah
  •        Tahmid:  Alhamdulillah
  •        Takbir:   Allahuakbar

8.    Sebarang Musibah.
"Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang Muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati,   kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya." ( Riwayat al-Bukhari )


9.    Puasa Hari dan A'syura'.
"Puasa hari Arafah, sungguh saya berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya, dan setahun selepasnya. Sementara puasa hari A'syura', aku berharap Allah menghapus dos setahun sebelumnya." (Riwayat Muslim)
       Puasa hari Arafah: 10 Zulhijah. Hanya boleh dilakukan oleh selain jemaah haji yang
       sedang berwukuf di sana.
       Puasa hari Asyura: 10 Muharam


10.   Sebarang Musibah.
"Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya."( Riwayat al -Bukhari)





11.    Haji.
"Sesiapa yang menunaikan haji tanpa bercakap perkara yang keji, dan tidak juga membuat
perkara buruk, dia akan kembali seperti hari pertama ibunya melahirkannya." (Riwayat Ahmad)


12.   Masuk Islam.
 "Apabila seorang hamba masuk Islam dan membaguskan keislamannya, dihapuskan semua dosanya dan kesalahan yang pernah dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)


13.   Puasa Ramadhan.
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat berikutnya dan Ramadhan berikutnya ialah penghapus dosa antara keduanya selama mana dia menjauhi dosa besar." ( Riwayat Muslim)


14.   Puasa Hari Arafah.


15.   Azan.
"Seorang muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya, bahkan setiap makhluk yang hidup dan mati memohon ampun untuknya." (Riwayat Abu Dawud)

Cetusan: Jangan malu untuk azan. Azan dahulu sebelum solat, walaupun sendirian.

Nabi bersabda: "Tuhanmu kagum dengan seorang pengembala kambing yang berada di atas sebuah batu bukit, dia melaungkan azan untuk solat kemudian solat. Allah berfirman: 'Lihatlah
        hamba-Ku ini! Dia azan kemudian solat kerana takut akan Aku. Sungguh Aku ampunkan dosa
        hamba-Ku ini, bahkan Aku akan masukkannya ke syurga.' " (Riwayat al-Nasa'i)


16.   Doa Mendengar Azan.
"Sesiapa yang ketika mendengar muazin dia pun membaca- doa berikut- maka akan diampunkan dosanya." (Riwayat Muslim)
"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah sahaja, tiada yang sekutu dengan-Nya, dan Muhammad hamba dan utusan-Nya. Aku suka Allah itu Tuhan, Muhammad itu utusan dan Islam itu pegangan."


17.   Berwuduk.
"Tatkala seorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, ketika dia membasuh mukanya lalu mengalir keluar dari wajahnya segala dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau titisan yang terakhir.
Kemudian ketika dia membasuh dua tangannya, lalu keluarlah dari setiap tangannya segala dosa yang dilakukan dengan tangannya bersama air atau titisan terakhir. Kemudian ketika dia membasuh dua kakinya, maka keluarlah segala dosa yang dia jalanka dengan kakinya, dari tiap-tiap kakinya dosa yang dia tempuh dengan kakinya bersama air atau titisannya terakhir sehingga keluar habis bersih daripada dosa." (Riwayat Muslim)


18.   Berjalan ke Masjid.
"Solat seseorang bersama jemaah digandakan pahalanya berbanding solatnya di rumah atau di kedai sekitar 25 kali ganda! Hal itu apa lagi apabila dia berwuduk dengan sebaik-baiknya, lalu keluar ke masjid, dan tidak keluar melainkan semata-mata untuk solat. Maka tidaklah dia melangkahkan satu langkah melainkan diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Kemudian apabila dia solat, malaikat tidak henti-henti mendoakannya selama dia berada di tempat solatnya: "Ya Allah, selamatkannya. ya Allah sayangilah dia." (Riwayat al-Bukhari)


19.   Solat Fardu Lima Waktu.
 "Apa pendapat kamu sekiranya ada sebatang sungai di depan pintu kamu, lalu dia mandi di situ setiap hari lima kali, adakah masih terdapat kotoran padanya?" Sahabat menjawab: "Tentulah tidak ada lagi sebarang kotoran padanya. Nabi pun membalas: "Demikianlah ibarat solat fardu yang lima, Allah menghapuskan dosa-dosa dengannya." (Riwayat Muslim)


20.   Ucapan Amin Dalam Solat Berjemaah.
"Apabila imam mengucapkan amin, maka ucaplah amin juga, kerana sesiapa yang aminnya bertepatan dengan amin malaikat maka akan diampuni dosanya yang telah lalu."(Riwayat al-Bukhari)







21.   Menunggu Antara Dua Solat.
"Mahukah kamu aku ajarkan suatu amalan yang boleh menghapus dosa dan menaikkan darjat Sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda membalas: "Sempurnakanlah wuduk walau sesulit mana keadaan perbanyakan langkah ke masjid dan tunggulah untuk solat selepas usai satu solat.
Itulah ribat*." (Riwayat Muslim)

*Ribat pada asalnya bermaksud berkawal di sempadan demi berjaga-jaga daripada serangan musuh. Pahalanya syurga. Demikian baginda mengumpamakan amalan di atas.

Tip: Paling praktikal, antara maghrib dengan isyak
* Perhatikan, amalan  penghapus dosa ialah menunggu solat dan melangkah ke masjid. Kesemuanya isyarat untuk mendapat fadilat solat berjemaah.


22.   Solat Terawih.
"Siapa yang menghidupkan ramadhan* penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan segala dosanya yang lalu." (Riwayat al-Bukhari)

* Menghidupkan ramadhan merangkumi segala bentuk ibadah seperti membaca al-Quran dan sebagainya.


23.   Solat Jenaza.
 "Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia lalu ada 40 orang yang solat untuk jenazah
sedang mereka semua tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, melainkan Allah menerima syafaat mereka untuk si mati." (Riwayat Muslim)


24.   Solat Tasbih.
Rasulullah bersabda kepada bapa saudaranya: "Ada 10 dosa yang akan Allah swt akan  ampunkan jika engkau melakukan amalan ini sama ada dosamu yang pertama dan terakhir yang terdahulu dan yang baharu, yang tidak sengaja mahu pun yang disengaja, yang kecil mahu pun yang besar, yang tersembunyi mahu pun yang terang-terangan, ada 10 jenis dosa tersebut.
Caranya engkau melaksanakan solat empat rakaat....." (Riwayat Abu Dawud)

Hadis ini panjang. Cuba rujuk para ilmuan untuk mengetahui cara solat tasbih.


25.   Ibadah Malam Lailatulqadar.
"Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Sesiapa yang membangunkannya demi mencari peruntukan ganjarannya, maka Allah pasti ampunkan dosanya yang lalu dan akan datang. Lailatulqadar berlaku pada malam ganjil, sembilan, tujuh, lima, tiga atau malam terakhir." (Riwayat Ahmad)


26.   Bersyukur Atas Musibah.
Allah berfirman: Sungguh apabila aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepadanya, maka dia akan bangkit dari tempat tidurnya bersih daripada dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Riwayat al- Tabarani dalam al-Mujam al- Kabir)
Musibah menghapuskan dosa mengikut kadarnya, mana kala bersabar dan redha atas musibah menghapuskan kesemua dosa sekali gus, Tidak termasuk dosa besar.


27.   Doakan Kempunan untuk Orang Lain.
"Doa seorang Muslim buat saudaranya tanpa pengetahuannya mustajab. Dekat kepalanya ada seorang malaikat bertugas. Setiap kali dia mendoakan saudaranya untuk suatu kebaikan, malaikat yang ditugaskan itupun berdoa: 'Aamiin, semoga engkau pun dapat semisalnya.'" (Riwayat Muslim)



28.   Bercakap Baik.
"Sungguh antara amalan yang menjadi penyebab diampunkan adalah menyebarkan salam dan
 bercakap baik." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir)


29.   Doa Selepas Makan.
"Sesiapa yang makan lalu menyebut- doa berikut-, diampunkan dosanya yang telah lalu."
Maksudnya: "Segala pujian bagi Allah yang memberi makan aku dengan ini dan merezekikan aku dengannya tanpa daya dan kekuatanku." 


30.   Solat Jumaat.


~sumber majalah solusi.


Thursday, 25 May 2017

RAMADHAN YANG DINANTI



Menanti-nanti ketibaan bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan keriangan serta sentiasa mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadat-ibadat lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah swt.

"Tirai Ramadhan akan dibuka,
Cahaya kemuliaannya semakin bersinar di hati insani,
Yang setia menanti janji Ilahi,
Hiasilah cahaya itu dengan taqwa dan ibadah,
Agar hidup diberkati-Nya"


Renungan Sejenak.

  1. Ada yang bersungguh-sungguh dalam beramal dan ada yang lalai dan alpa.
  2. Berpuasa hanya sebagai adat bukannya ibadah. Faktor iman dan mengharapkan keredhaan daripada Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa.
  3. Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang dari melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya.
  4. Meninggalkan makan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggalnya solat subuh.
  5. Ibadah solat fardu dan solat sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.
  6. Bersungguh mengerjakan solat sunat Terawih dan Witir serta meninggalkan solat fardu lain.
  7. Bersungguh dalam perlaksanaan ibadah di bulan Ramadhan termasuk membaca al-Quran untuk diri sendiri tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.

Sesungguhnya
Kian berlabuh tirai Syaaban
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala ibadat Allah berkati...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak







ZINA HATI



Selagi dinamakan manusia kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, seringkali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dangan perasaan. Namun seorang muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi anataranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Pandangan mata itu satu dari sekian banyak anak panah iblis.." Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran. seperti firman Allah yang bermaksud : "Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." ( surah Yusuf, ayat 24)





Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu beribadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul  Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: " Sungguh jika hati telah berasaskan manisnya ibadah kepada Allah, dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah.
Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada di dalam kesempitan, kita bersungguh -sungguh dalam berdoa, berasaskan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasaskan hati terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan: "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan.
Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan uasahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."


Bernikah.

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah yang paling baik. Inilah ubat rindu paling baik.
Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang yang dicintai dan diidamkan...



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...