Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Thursday, 31 August 2017
PEPATAH
Jangan biarkan kebencian dan dendam merosakkan fitrah muliamu dan merusuhkan suasana hatimu.
Kegagalan adalah cara Tuhan mengajarkan kamu tentang pantang menyerah, kesabaran, kerja keras dan percaya diri.
Jika tak mampu mensyukuri apa yang kamu miliki, maka sulit bagimu untuk bahagia. Rasa iri tak akan buatmu melangkah jauh dari hidup ini.
Seberat apa pun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahawa semua itu tak pernah melebihi batas kemampuanmu.
Jika kita yakin, hal baik apa pun yang kita inginkan akan kita dapatkan. Namun keyakinan itu harus pula disertai tindakan nyata.
Sibukkan dirimu mengingati kesalahan sendiri sebelum kamu sibuk mengingati kesalahan orang lain.
Aku belajar memberi bukan kerana aku ada lebih, tapi kerana aku faham bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa.
Jika kita marah pada seseorang, jangan sampai tak nampak kebaikannya, dan jika kita suka pada seseorang jangan sampai tidak nampak kelemahannya.
Allah tetap akan menduga tahap keimanan seseorang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya sebaik mungkin.
Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang mampu kita buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat, namun Allah menilai berdasarkan keikhlasan dan istiqamah kita pada amalan.
Buatlah apa yang Allah suka. Biarpun buruk di mata manusia, asalkan indah pada mata Pencipta.
Wednesday, 30 August 2017
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2017 adalah bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.
Penetapan Negeraku Sehati Sejiwa sebagai tema menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat-menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.
Sehati Sejiwa
Mencerminkan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
UJIAN ITU DIDIKAN DARI-NYA...
Ada masanya kita perlu merasai saat-saat kegagalan dan kekecewaan. Bahkan hanya mereka yang pernah diterjah badai kesusahan, kesukaran dan penderitaan saja yang dapat menikmati kemanisan erti kejayaan dan kemenangan.
Kehidupan adalah satu ujian, sebagimana kematian juga adalah satu ujian. Ia melingkari dan merintangi disetiap takah perjalanan yang lewati. Ia adat hidup dan perjuangan, ujian tidak pernah diam menghinggapi hidup manusia. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan kezaliman, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan serta palitan dosa-dosa.
Ujian nyata berbeza, namun ia tetap bernama ujian. Memang benar ada masanya kita rasa mahu rebah dengan asakan ujian-ujian yang menimpa. Apa yang penting bagaimana kita harus menghadapi ujian tersebut...kecewa, marah, putus asa, serik dan perit tidak mahu meneruskan hidup...?
Lihatlah ujian dengan akal yang sihat, jangan sesekali menilai ujian itu dengan pandangan nafsu yang menipu. Mengapa tidak kita pasakkan ke dalam hati bahawa ujian adalah guru yang mahu mendidik jiwa supaya sentiasa bermuhasabah akan kelemahan diri.
Kita tidak pernah belajar daripada kesenangan dan kemewahan. Tidak juga dari kemudahan dan kegembiraan. Kita akan banyak belajar dari kesusahan dan kesukaran. Kita juga banyak belajar ketika di dalam penderitaan. Walaupun tiada siapa pun yang mahukan kesusahan, tetapi dengan ujian kita banyak sesuatu. Kita dapat menimba pengalaman dan memperbaiki kesilapan dalam melayari liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini.
Justeru, lihatlah ujian itu adalah didikan Allah Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya di sebalik ujian itu, ada lorong yang terbentang untuk kita susuri buat menghampiri kasih sayang-Nya....andai diri mampu bersabar dengan ujian itu.
Gapailah kasih sayang-Nya yang tidak bertepi itu....
~sumber
HATI DILUKAI...
Siapa tak pernah terluka hatinya. memang memedihkan, bagai dihiris sembilu, dicucuk selumbar.
Sehingga mengundang kekecewaan, terasa putus asa dalam kehidupan.
Setiap insan memang menginginkan diri dihargai, dicintai dan mahu rasa bahagia. Itu adalah fitrah yang lahir dari lubuk hati.
Tetapi tidak semudah itu untuk memperolehinya. Liku-liku yang dilalui, tidak sedikit kecundang di sepanjang jalan.
Penuhilah keyakinan disegenap jiwa bahawa di sana ada hikmah tersembunyi walau pun hati sering dilukai. Sesungguhnya di sebalik kelukaan itu ada janji Allah buat mereka yang sabar. Anggaplah kelukaan itu satu ujian dan dugaan, bahawa ia adalah hidayah Allah untuk menarik kita agar mendekatkan diri kepada-Nya.
Kelukaan dan kekecewaan itu terlalu manis dan indah andai kita menilainya dengan pandangan mata hati. Juahi prasangka buruk kepada Allah, bimbang ianya akan menjerumuskan kita kepada kufur nikmat lantas menafikan segala yang ditakdirkan adalah yang terbaik buat hamba-Nya.
Tanamkan rasa syukur dan sabar.
Syukur kerana kita percaya masih ada sinar kebahagiaan di sebalik kelukaan. Bukankah Dia telah berjanji disebalik kesusahan ada kesenangan. Maka yakinlah sepenuhnya.
CETUSAN HATI
Pesan untuk Semua
Berpesan-pesan itu satu penawar. Berpesan itu perlu dengan ilmu.
Berpesan itu dengan kebenaran.
Ia perlu dinyatakan meskipun, ada ketikanya sangat sukar.
Malah seringnya menerima pesanan,
sangat pahit untuk diterima...
Berbekalkan ilmu yang benar, seseorang mampu menilik ke dalam
diri untuk dikoreksi. Hati yang sentiasa terpelihara
dengan baik, mampu mengekalkan sifat mahmudah, penjana ketenangan
dan kebahagiaan pemilikinya. Juga boleh membahagiakan
orang lain.
Memang aneh apabila seorang manusia yang terang-terangan
melakukan kesilapan masih boleh merasakan
bahawa dia ialah mangsa kepada keadaan. Aneh apabila orang
yang telah melakukan sebegitu banyak kekejaman
masih menganggap dunia ini tidak adil kepadanya saat dia
memang selayaknya menerima hukuman.
Dalam berdoa, kita memohon agar diberikan ilmu yang
bermanfaat, bukannya banyak ilmu. Ilmu yang
bermanfaat ialah ilmu yang membantu kita untuk melakukan
amalan soleh.
Seorang pendakwah perlulah menggunakan perkataan yang sesuai
dengan kedudukannya sebagai dai iaitu mengelakkan
penggunaan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pendengar.
Apabila ada karakter, kelakuan anak atau situasi yang kurang kita
senangi, itu bermakna Allah mahu mengangkat darjat ilmu
kemahiran dan kekebalan hati kita melalui sabar. hal ini kerana sabar
ialah alarm yang Allah sediakan supaya kita bersegera
untuk belajar dan bertindak dengan sesuatu yang baharu.
Dosa kecil yang dilakukan oleh golongan alim dan pendakwah
serta yang berpewatakan agama akan menjadi dosa besar
kerana ia akan diikuti oleh orang awam.
Pada akhir zaman ini, penggunaan perkataan fitnah digubah dan
ditukar menjadi gosip supaya masyarakat tidak
memandangnya sebagai sesuatu yang berat dan berliabiliti.
Gosip ini juga dianggap sebagai bahan hiburan
dan mungkin juga bahan bacaan ringan pada waktu lapang.
Monday, 28 August 2017
UNTUNGNYA HIDUP KAYA DAN BAHAGIA
Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Hampir semua dalam hidup ini memerlukan wang, cuma satu perkara yang perlu diingat bahawa tidak semua yang diperlukan boleh didapati dengan wang, antaranya ialah kebahagiaan.
Bahagia tidak mudah diperolehi dan belum tentu akan tercapai melalui wang yang bertimbun-timbun. Berapa ramai para hartawan dan jutawan yang hidup menderita dan terseksa lantaran mencari bahagia yang tidak kunjung tiba. Dalam pada itu, masih ramai yang beranggapan, wang boleh menjadikan seseorang itu hidup bahagia. Dengan wang kita boleh mendapatkan apa saja yang kita impikan. Apabila semua yang dihajati telah diperolehi, maka tercapailah apa yang dinamakan bahagia.
Tetapi hakikat sebenarnya, harta dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan seseorang kerana kebahagiaan yang hakiki bukanlah terletak pada harta yang melimpah ruah, tetapi ia hanya akan dirasai oleh hati dan perasaan seseorang.
Miskin atau Kaya.
Kekayaan tidak menjamin seseorang untuk hidup bahagia, sepertimana kemiskinan juga tidak semestinya membawa seseorang itu hidup menderita dan sengsara. Ada orang yang kaya raya dan banyak harta, tetapi hidupnya dihimpit derita, resah dan gelisah sepanjang masa sedangkan keperluan hidupnya cukup untuk segala-galanya; kereta besar, rumah besar, isteri cantik dan lawa tapi hati tetap tidak merasa bahagia.
Untuk menjadi kaya, manusia sanggup melakukan apa saja. Mungkin disebabkan itulah ada yang sanggup melakukan apa saja demi wang. Tetapi bahagiakah nanti jika wang yang diperolehi itu adalah dari sumber yang tidak halal dan tidak berkat, akan bahagiakah hidup kita?
Kita tidak mahu menjadi seperti Abu Lahab yang dimurkai Tuhan,
Firman Allah dalam surah al-Masad yang bermaksud: "Binasalah kedua- dua belah tangan Abu Lahab dan sesesungguhnya dia akan binasa. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat meolongnya. Dia akan menderita dalam bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api. Dilehernya ada sejenis tali daripada tali-tali yang dipintal daripada sabut."
Kekayaan dan kebahagiaan kedua-duanya adalah penting dalam hidup. Ada orang yang hidup dalam serba kekurangan, miskin harta benda dan tidak punya banyak wang tetapi hidupnya bahagia, nyenyak tidurnya, sedap apa saja yang dimakannya, ini kerana dia redha dengan apa yang ada, sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang diberi dan tidak pernah merungut dan menyalahkan takdir ilahi.
Walaupun miskin, dia tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki yang halal dan berkat. Walaupun tidak pernah memiliki wang yang banyak dengan hasil kerja yang dilakukan, tetapi dia tetap berasa puas dengan hasil yang diperolehi daripada kudrat dan tenaga sendiri dengan melakukan kerja yang halal.
Walaupun menempuh banyak dugaan dan cubaan, tetapi kesabaran dan ketabahan tetap tersemat di hatinya. Maka disebab itulah hidupnya bahagia walau tidak punya harta berjuta.
Orang yang banyak harta pula belum tentu hidupnya bahagia. Dia sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Ada saja yang kurang di matanya dan ada saja rungutannya. Orang yang sebegini langsung tidak bersyukur dengan apa yang telah menjadi miliknya.
Tidak kira miskin atau kaya, mewah atau tidak punya harta, yang penting kita semua berhak untuk mengecap nikmat bahagia. Alangkah indahnya jika kita menjadi hartawan yang dermawan. Kekayaan yang diperolehi secara sah dan diberkati Tuhan akan membawa keberkatan, menghadirkan segala kebaikan, menghapuskan segala keraguan, menghilangkan segala kerisauan, menambah peluang dan mengukuhkan iman dan taqwa kepada Tuahn Pencipta sekalian alam.
Berdoalah kepada Allah memohon agar berkenan melimpahkan rezeki yang halal dan membawa keberkatan dalam hidup kita, keluarga kita dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang subahat mahupun yang haram.....
JANGAN CAKAP....
JANGAN CAKAP....JIKA PERCAKAPAN ITU;
- Mengandungi prasangka.
- Mencari-cari kesalahan orang lain.
- Mengumpat.
- Membicarakan perkara yang buruk-buruk.
- Menyebabkan orang lain rasa tidak selamat.
- Diucapkan tanpa berfikir.
- Mengandungi kata-kata yang dibenci oleh Allah.
- Mendatangkan kemarahan Allah.
- Dikeluarkan tanpa ingat kepada Allah.
Uqbah bin Amir meriwayatkan, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan aku selamat?
Jawab Rasulullah, "TAHANLAH LIDAHMU DARIPADA BANYAK BERCAKAP, SELALULAH BERIBADAT DAN TANGISILAH DOSAMU." (HR Tirmizi)
Saturday, 26 August 2017
TANGAN JADI SAKSI
Pen jika digunakan untuk menulis, maka itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Namun sebaliknya, jika pen digunakan untuk mencucuk orang, maka itu zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Begitulah juga dengan internet. Apabila berbincang mengenainya, kita selalu dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif. Internet banyak mudarat, berbanding manfaat. Tentunya kenyataan itu berat sebelah kerana manfaat sedia terhidang andai kita dapat menyalurkannya pada jalan yang betul.
Banyak dosa berpunca dari lidah. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, tangan telah mengambil tempat lidah.. Mengumpat, berkata dusta, menfitnah, lucah dan maki hamun serta banyak lagi, segala-galanya mudah di hujung jari.
Lebih teruk lagi sehingga ada ucapan dan tulisan berani yang membawa kepada syirik dan murtad. Misalnya mempersendakan sunnah Nabi dengan mengatakan perkara tersebut kuno, menolak syariat Allah kononnya tidak sesuai dengan masyarakat kini dan sebagainya.
Difikir-fikir, dengan lidah (tangan ) juga boleh menjadi sumber pahala. menyebarkan kebaikan, menyuburkan kasih sayang dan menanam rasa cintakan ilmu. Semua ini boleh dilakukan semudah di hujung jari. Asal sahaja kreatif, tentu boleh menarik minat orang muda untuk mendekati Islam. Bayangkan orang yang didakwah ibarat seperti orang yang putus harap dan berada di tepi gaung. Bila-bila saja dia akan terjun.
Namun dai yang kreatif akan menggunakan ruang dan peluang sehingga orang tadi membatalkan hasratnya. Maka, manfaatkan ruang media sosial yang ada sebagai saham akhirat. Biar ada kebaikan yang ditiru dan dikenang meskipun kita telah tiada.
Diri manusia menjadi gelanggang dosa dan pahala. Fikiran dan anggota dan anggota badan menjadi pintunya. Namun fikiran dan anggota badan, dikawal oleh hati. Hati yang subur dengan iman akan sentiasa berhati-hati saat menggunakan internet. Mereka sentiasa memikirkan nasib yang bakal ditanggung. Begin with the end of mind.
Ingat satu saat, apabila mulut tidak mampu berkata dan tangan menjadi saksi atas perbuatan kita. Moga -moga tangan mampu menjawab seakan begini, "Aku bersaksi tuan aku menggunakan Internet untuk menyebarkan Islam."
Ketika itu hari pembalasan sudah tiba!!
~sumber majalah solusi
CETUSAN HATI
Sebagaimana tawa dan senyum manis yang kupersembahkan kepada luka-luka dalam diriku. Bukan perkara mudah bagiku untuk bahagia.
Meski negaraku diambang resah, resah mencari letak toleransi dan hati nurani. Atau meski bumi sudah diambang pilu, pilu kerana sebagian dirinya tak merindukan lagi damai dalam genggaman.
Bukan perkara mudah bagiku untuk bahagia. Walau nyawa-nyawa para malaikat terpenggal di depanku. Walau kertas dan pena seakan tak ada ertinya. Dan walau seribu duka meliputiku. tetap saja bahagia bukanlah perkara mudah bagiku.
Sebab nyatanya manusia diciptakan oleh Tuhan tidak dengan hati yang lemah.
Jika kau menjadi bintang kecil di langit kelam.
Kau ingin aku menjadi apa?
Menjadi bulan yang menemanimu bersinar?
Atau menjadi bumi yang dapat kau terangi?
Mungkin memang beginilah awalnya. Kita saling menyakiti hingga rasanya ingin mati. Namun akhirnya kita mengetahui, bahawa segala rasa sakit yang ada itu pun masih kita cintai sampai kini. Sebab rasa sakit itu ada kerana kebahagian kita yang berlebih, hingga kita melampaui batas semesta.
Meski bagiku mencintaimu tidak pernah terbatas, sebagaimana langit mencintai awan yang bagaimana pun wajahnya...!
Maafkanlah tuan, apabila dalam pelukmu aku tak akan sanggup berpura-pura bahawa tak bersamamu adalah perkara yang baik-baik saja.
Jadi, kumohon berpura-puralah kau tak peduli bahawa tawaku adalah tawa sebenarnya. Bahawa senangku adalah senang sebenarnya. Sebab pedulimu buat aku runtuh....
Tuan, bagaimana aku harus mengakhiri KITA? Sedang sejak awal segala tentangmu yang bersamaku adalah sebuah kebahagiaan.
Bagaimana bisa aku tahu bahawa kebahagiaan yang bersamamu hanyalah sebuah ujian dalam hidupku? Bagaimana bisa aku akan mudah menerima bahawa kamu hanya datang sebagai sebuah kenangan di masa lalu? Sedang sejak bersamamu aku tak lagi mengenal luka...
~sumber
CETUSAN HATI
Maksud hati ingin menggenggam, namun nyatanya tak sampai
Maksud hati ingin memandang, namun nyatanya terlampau jauh
Maksud hati ingin diam-diam, namun nyatanya tetap patah hati jua
Seandainya mencintaimu semudah mencintai langit
Maka mungkin tidak akan ada patah diantara harap.....
Friday, 25 August 2017
KECEWA BUKAN BERAKHIRNYA BAHAGIA
Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada airmata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlalu pergi dengan hati yang rela.... Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.... Menangisi keseorangan dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.... Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?
Dan kita merintih sayu.... Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.... Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.... Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.... Walau kita tahu, masa yang dulu takkan kembali berputar.... Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah....Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi....
Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari... Seolah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.... Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang....
Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.... Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.... Mana perginya satu azam yang kuat dulu.... Mana perginya anak keluarga ini yang berjanji mahu berjaya dalam hidup....
Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.... Kenangan sering dikaitkan dengan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan....Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk dilupa....
Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca.... Kerana saat bersama dia itu tidak bisa berulang lagi.... Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga.
Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.... Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuan-Nya.... Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukan-Nya... Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun Iman....
Kadang kita selalu dengan hayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.... Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu....Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.... Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu pembohongan yang nyata.... Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti....
Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita....Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang....
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.... Cinta itu bukan milik kita lagi.... Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu, yang kita rasakan cinta.... Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.... Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.... Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.... Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat....
Jangan diharapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang panjang....
~sentuhan maya
KITA KELIRU APA RASA HATI
Betapa indahnya nikmat sepi itu jika bersulam cinta pada yang satu.....
Kita bertemu di alam waktu yang amat sukar....
Pertemuan kita mungkin adalah pada masa yang salah.... Kerana pada tika pertemuan kita.... Ada dia antara kita.... Ada insan lain yang lebih awal dari aku.... Ada insan lain yang sedang berkasih dan sayang antara kamu dan dia.... Sedangkan aku cuma watak ketiga....
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.... Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu....
Hakikatnya amat payah kita buang kerana kamu telah lama bertakhta di hati namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi....
Hidup kita sering saja didatangi kenangan masa lalu.... Yang sering saja berganti dengan suka duka dengan seseorang yang pernah hadir pada hidup kita.... Kadang kita tidak pernah tahu menilai erti perasaan yang hadir.... Dan sering saja kita salah dalam menilai erti rasa itu....
Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran dari seseorang.... Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai....
Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.... Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.... Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.... Tak akan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.... Dan rasa itu akan pudar dan hilang dimamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya....
Ada kalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan.... Ada kalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk dikecewakan.... Kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita.... Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya....
Dan kadang kita bodoh dengan mencinta orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita....
Kita terus hilang..
Kita hanyut..
Di dalam kepentingan jiwa ini..
Kita keliru..
Dan kita terus membohongi diri sendiri..
Kerana kita..
Terlalu bodoh di dalam menilai..
Untuk menghargai insan yang menyintai kita....
~sentuhan maya
SANG PELAMUN
BELAYAR BERSAMAMU
ternyata benar kata orang
hidup itu seperti belayar
angkat jangkar
kembangkan layar
ikuti arah mata hati
selaraskan dengan tuju
arahkan ke tempat itu
sebuah pulau yang belum bertuan
terlihat persisirnya idaman
arahkan ke pulau itu
lalu akan ada badai
seperti seorang pelayar sejati
badai dan pusaran hidup tidak kita hindari
kita nanti
nanti
waktu bukanlah lagi sebuah masalah
pun jarak tak pernah membuat lelah
kerana sesaat kita berhenti dan bertemu
belahan hati - peneman setia
yang ternyata benar itu adalah kamu...
YAKIN
ada jarak antara di sini dan di situ
terdengar mudah
dekat saja
ada maksud antara ini dan itu
terlihat mudah
rentan patah
ada saling antara aku dan kamu
tak mendengar
tak melihat
kita percaya
tanpa memusingkan segala
MENGENALIMU
tanpa menahan nafas
aku menyelamimu
dirimu yang jernih dan manis
hingga pekat dan tak tergambarkan
aku kenali sedemikian
tidak ada waktu yang menjadi ukuran untuk mengerti seseorang
seberapa dalam kau melihat
seberapa dalam yang kau kecap
itu menjadikanmu seseorang yang paling dekat
tak peduli jarak dan waktu
kau yang paling lekat dan satu.
Akan datang saatnya kepahitan terungkap sebagai kebaikan. Memang perlu proses pendewasaan diri agar sampai dengan selamat di titik itu. Tidak perlu terburu-buru.
Ku jelajahi waktu dan bertemu dengan diriku yang dulu. Aku berkata pada diriku yang telah sekian waktu menghabiskan harapan dengan mengejar sosok matahari. "Berhentilah. Kau nantikan lebih lelah sendiri."
Sebelah mataku bermain dengan hati. Sebelah yang lain terlihat terkatup. Menutup diri dari segala kemungkinan. Aku berkata pada diriku yang dulu. Aku berkata pada diriku yang dulu. "Berhentilah menutup mata. kerana kau tahu jelas itu percuma." kerana yang kau buntuhkan bukan melihat. Tapi mendengar juga, kan?"
BISIKAN
bisikanmu ku dengar lagi
entah dari sarang yang mana
aku sempat mencari
aku hanya menemukanmu di masa lalu
bukan di masa depan
namun bisikanmu masih menderu
tak berkesudahan
ah, kau sudah jadi hantu ya?
bayang-bayang makin pekat menganggu
bisikanmu kudengar lagi
aku kini menyedari,
lalu berusaha tak peduli.
DARI DALAM SEBUAH TULISAN
aku bersajak dengan disiram cahaya bulan
yang masuk ke sela-sela ventilasi kamarku
terdengar pula suara ombak yang riang
yang bersimfoni dari persisir pantai yang tak tenang
desir-desir nadir itu
semakin nyata tanpa sebuah hadirmu
di kealpaanku, aku mencarimu
aku bersiasat dengan waktu
hingga nyala-nyala lampu yang sementara kuhidupkan ini
pelahan meredam
dalam diam
aku meramumu kata untuk hari jadimu
disetiap rindu dua manusia
ada sebuah harapan
harapan untuk yang terbaik
harapan untuk jadi lebih baik
sampai harapan itu jadi kenyataan
tak lepas pula baik dan buruk
manis dan pahit
aku dan kamu
harapan selalu menyimpan pesan untuk masa depan
aku di sini jauh-jauh darimu
masih pula bersajak
memerdekakan jejak-jejak
yang sempat dalam kautanam
agar kita selamanya selalu memikirkan - merasakan
kerana hanya dari sebuah fikiran
sebuah tulisan jadi sebuah kenyataan
seperti harapan
tulisan pun mempertemukan
bersabarlah sayang, di masa depan
kita kelak melepas liarnya kerinduan
buah dari besarnya harapan yang sedari dulu kita tanam
~sangpelamun
Thursday, 24 August 2017
IKHLAS RAHSIA ALLAH
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku mengasihinya"
(HR Abu Hasan Al-Basri)
Kerana ikhlas satu rahsia Allah s.w.t. tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.
Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan untuk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.
Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja.
Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas.
Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah s.w.t . Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.
Begitu juga kalau orang puji, pujian itu tidak membekas di hatinya. Tidak timbul rasa bangga, puas hati dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu, disebabkan oleh pujiannya.
Bagi orang-orang yang ikhlas, pujian dan kejian tidak pernah difikirkan apalagi hendak diharapkan. Mereka sangat takut kalau - kalauAllah menolak amalan dan memurkai mereka
Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredhaan Allah s.w.t.
Mereka tidak bimbang nasib diri, rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu."
Seseorang yang mencari keredhaan Allah s.w.t, akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya. Ketika orang jahat bertindak jahat kepada mereka, mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah. Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.
Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin. Ketika mendengar orang menghina mereka, langsung dihantarnya hadiah pada orang itu.
Bila ditanya apa tujuan hadiah itu, jawapan mereka adalah, "Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita. Memberi pahala sama seperti memberi syurga. Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar kepada kita, memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya."
Begitulah hati yang ikhlas. Semoga Allah s.w.t mengurniakan kita hati yang ikhlas, sebab ikhlas itu anugerah daripada-Nya.
~sumber Agama itu nasihat.
SEDARLAH...
Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, " Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati." (HR Abu Daud)
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. akan keadaan umat Islam pada hari ini. Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
Dunia luar datang mengepung
Dunia Islam sudah terkurung
Ibarat buih hanyut terapung
Dipukul ombak besar menggulung
Bilangan banyak tidak berguna
Bila 'wahan' penyakit kita
Takutkan mati, cintakan dunia
Sangat rosak iman di dada.
SEDARLAH DAN BANGKITLAH ISLAM
~sumber.
Wednesday, 23 August 2017
BERDOA DAN TERUS BERDOA
Di setiap detik, teruslah berdoa dan mengingati Tuhan agar impian menjadi kenyataan. Namun apakah kesemua doa kita dimakbulkan sebagaimana yang kita kehendaki.
Tuhan memakbulkan doa kita dengan tiga cara iaitu apabila Allah menyatakan ya, maka kita akan mendapat apa sahaja yang kita minta. Apabila Allah menyatakan tidak, mungkin kita akan memperolehi yang jauh lebih sesuai untuk kita. Apabila Allah membisikkan tunggu, kita mungkin akan mendapat yang terbaik sesuai dengan kehendak-Nya.
Bersyukurlah kita kita kepada Allah yang telah mengurniakan hati yang bersih sehingga kita dapat menyingkap segala hikmah di sebalik kejadian yang kita rasa dan kita saksikan.
Apa pun takdir Allah kepada kita, Allah tidak pernah sesekali menzalimi makhluk-makhluk-Nya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat Allah, maka dia telah membina ikatan yang kuat kepada-Nya.
Apakah rahsia agar kita sering mengharapkan nikmat-Nya dan apakah rahsia yang dapat mengundang nikmat-Nya itu? Rahsianya ialah kita harus bersyukur atas nikmat yang diterima walaupun kecil. Jangan kita lepaskan nikmat yang besar dengan tidak mensyukuri nikmat yang kecil.
Usah kita risau dengan nikmat yang belum ada, tetapi risaulah dengan nikmat yang ada, tetapi tidak disyukuri. Sesungguhnya, nikmat Allah seperti rezeki sungguh luas dan banyak tetapi semuanya adalah rahsia Allah.
Allah telah memberi jaminan kepada setiap makhluk-Nya. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini sudah dilengkapi rezeki masing-masing. Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Allah telah menetapkan takdir semua makhluk sejak 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. " ( HR Muslim )
Oleh itu, selayaknya kita tidak perlu cemas mengenai rezeki kerana Dia sudah pun memberi jaminan kepada kita. Persoalan rezeki sudah diatur oleh Allah. Perkara penting yang perlu dilakukan ialah kita sempurnakan ikhtiar, doa dan tawakal kepada-Nya, pasti akan dikurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah sentiasa melimpah ruahkan rahmat-Nya, mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan yang Dia redhai. Apabila Allah redha kepada kita, maka kita akan dapat merasakan betapa Allah itu dekat dan tidak jauh daripada kita.
Sebenarnya, kita yang sering menjauhkan diri daripada Allah. Bila doa kita tidak dimakbulkan, kita akan bertanya di mana Allah? Sikap dan akhlak menusia terhadap Allah sendiri menyebabkan insan hilang pedoman, merasakan diri dilupakan dan seolah-olah tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih sentaiasa terbuka di sisi Allah.
Manusia lebih rela ke sana sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaaan atau urusannya terhadap sesama makhluk sehingga lupa untuk memohon bantuan dan bertawakal kepada Allah. Bersusah payah kita berjumpa orang lain untuk mengadu rasa hati dan derita dan kita lupa untuk mengadu kepada Allah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-hamba-Nya dengan penuh rahmat.
Firman Allah;
" Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu ( wahai Muhammad ) tentang AKU, ( maka jawablah ) sesungguhnya AKU ini dekat, AKU menjawab seruan orang yang berdoa kepada-KU apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menjawab seruan KU (menunaikan perintah-KU ) dan beriman kepada-KU, supaya mereka selalu berada di atas petunjuk." ( Al-Baqarah: 186 )
Jika TUHAN sudah takdirkan sesuatu untuk kita, maka yakinlah bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan yakinlah bahawa penghujungnya nanti akan membawa kebaikan kepada kita juga. Mungkin hasilnya tidak dapat kita lihat dalam masa terdekat, tetapi lambat-laun kita akan sedar juga dan ketika itu, barulah kita insaf bahawa kita pernah mempersoalkan ketentuan TUHAN.
Segeralah beristighfar memohon keampunan di atas keterlanjuran kita. Hikmah sesuatu perkara itu susah untuk kita tentukan. Yang penting kita harus redha. Setelah berusaha dengan pelbagai cara dan keputusan yang kita terima tidak seperti yang kita harap-harapkan, maka lebih elok kita redha dan berserah. Yakinlah itu yang terbaik untuk kita yang telah Allah tentukan. In sha Allah, ALLAH akan memberi ganjaran yang kita tidak pernah terfikir kerana hikmah itu adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Tuesday, 22 August 2017
ADA YANG DIAM-DIAM...
Tahukah kamu, di balik resahnya kamu dalam penantian, ada yang diam-diam mengagumimu. Ia tak berani mendekat, kerana ia tak mahu kalian saling menumbuhkan harap.
Tahukah kamu, di balik gelisahnya kamu dalam pengharapan, ada yang diam-diam mengamati setiap gerak langkahmu. Ia tak berani menyapa, tapi ia selalu menggenggam namamu dalam doanya.
Tahukah kamu, di sebalik khuatirnya kamu akan ia yang nanti datang, ada yang diam-diam bersujud kepada Tuhan. Kerana ia tak berani kalian saling menatap mata, ia takut itu akan menjadi dosa. Ia menyerahkan seluruh takdir hanya pada Tuhannya.
Ia tahu, Tuhan telah menyiapkan jalan yang indah untuknya, untuk kalian berdua. Saat ini sedang memantapkan niat. Sebentar lagi ia akan datang.
Bersabarlah dan tetap menjaga diri. Sebentar lagi, ada yang diam-diam akan datang menjemputmu dan kemudian memintamu untuk bersanding dengannya, ia akan memintamu untuk menjadi teman hidupnya.
HAL YANG INDAH TELAH MENANTIMU
" Often Allah takes things away from us, only to replace them with something greater / better....Yasmin Mogahed.
Siapakah yang tidak pernah kehilangan ? Kamu ? Dia ? Atau Mereka ? Tidak adakan ?! Kita semua pernah merasakannya dengan kadar yang berbeza-beza.
Silakan jika ingin menangisi kehilangan. Itu wajar. Atau bahkan sampai menangis sesunggukan. Itu juga silakan. Tidak ada yang melarang. Hanya saja tidak baik berlama-lama dalam kesedihan. banyak hal yang jauh lebih penting untuk difikirkan.
Sedar atau tidak kamu saat ini, itu tidak menjadi masalah. Kerana pada akhirnya nanti kamu tetap akan sedar bahawa hal-hal yang telah Allah ambil dari hidupmu akan diganti dengan yang lebih baik, bahkan jauh lebih baik.
Dan jika kamu percaya, sesungguhnya hal yang indah telah Allah siapkan. Jika kamu percaya, sesungguhnya hal yang indah telah mmenantimu di masa depan. Kamu hanya perlu percaya kepada-Nya. Percayalah pada garis yang Tuhan takdirkan.
Dan untukmu, apa pun yang sedang kamu hadapi hari ini, tatanglah ia dengan penuh percaya diri. Lalu jalanilah hari ni dengan bahagia, kerana hal yang indah telah menantimu di sana,
" Jangan lupa bersyukur dan tersenyum untuk bahagia yang secukupnya.
~catatan sederhana.
Monday, 21 August 2017
BICARA SAHABAT...
Kadang kita rasa rimas dengan kawan yang tegur kita, yang nasihat kita tetapi itulah sebenarnya sahabat kita yang benar-benar sayangkan kita.
Sebagai sahabat untuk kekal positif. menjadi contoh yang baik. Nasihat dengan baik. Hari ini hari dia mungkin esok lusa mungkin kita..
Hidup penuh mehnah dan tribulasi. Tak mampu kita nak menilai bagaimana struggle orang lain dan membanding dengan diri sendiri.
Dalam kita nak orang lain faham yang kita hanya manusia, ajar-ajarlah juga diri untuk faham yang orang lain juga manusia.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai niali yang indah.
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur disakiti, diperhatikan dikecewakan, didengar diabaikan, dibantu ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang! Tapi nak luah tu, pastikan ada juga nak bernikah, Bukan luah nak cop saja..
Jika benar cinta, mestilah hendak bersama-sama ke syurga sana. Apa-apa tindakan kita ke neraka, bukan cinta namanya..
Cemburu buta selalunya berakhir dengan kebinasaan. Sangka buruk itu lebih cenderung pada dosa. banyak percerian berlaku kerana itu juga..
Fitnah rindu boleh bertukar menjadi fitnah "Sobwah" sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah..
Kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah dan agama, Allah tak akan lenyapkan perasaan itu..
Setiap perbuatan ada akibat, buruk dan baik wujud. Tuhan Maha Menilai tidak leka, tiada yang terlepas..
Kadang-kadang jauh kita mencari tenang. tetapi sebenarnya Pemilik Tenang ialah Yang Maha Dekat dengan kita..
Allah jaga aib kita kerana kita tak buka aib orang lain...Pegang ini betul-betul. Sampai mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...
-
Kita selalu dinasihati supaya bersabar, tetapi jarang ditekankan tentang keperluan menepati waktu. Jika sabar itu nilai murni. B...